08 Ogos 2014

Raya kedua ketiga dan seterusnya 2014

Sebab semalam(raya pertama) tak kemana-mana, hari ni plannya nak keluarla beraya ke rumah saudara mara. Kesian kat anak-anak. eh sebenarnya maknya yang sangap lebih..ehehehe

eheheh..sebelum beraya kita kasi satu pose...

ok ready...adoi baru raya satu hari aku dah gemuk balik..hiiissshhhhhhhhhhhh...
selpie pulak..eheheheh..

Pergi rumah sepupu Azam, macam biasa takde gambo ye..maluwww tak buat perangai batak asyik bergambo je..hahahha..lagipun borak tak hingat punya, macam-macam topik kuar. Sama jugak dengan makanan yang masuk dalam perut macam-macam ado..hahahhaha...penat tau perut..Padahal 3 rumah je pun..ehehehhe..

dah sampai rumah MIL..cover perut muncit..hahahhaha..
Hari ni jugak kitaorang plan nak balik ke sarang. Azam cakap balik malam-malam sebab nak tunggu pakcik makcik dia datang rumah MIL petang tue.

Memang betul malam la kitaorang balik, bertolak pukul 11 malam, serius mata aku tak larat nak buka. Azam dia dah tido dulu lepas maghrib tue. Masuk kete apalagi membutala aku...nasibla Azam..ehhehehe kijam tak?

Settle raya kedua...

Raya ketiga

Indahnya hari, bila bangun-bangun tidur aku berada diatas katilku..rindu pada dapurku, mesin basuhku, ..hahahhaa..macam kan ko tinggal berbulan padahal baru 3 hari puihhhh...

Ok plan kita hari ni nak beraya belah kaum keluarga haku pula, kena settlekan hari nie sebab esoknya azam dah kerja. Tengah siap-siap kakida hantar wechat tanya aku dah balik ke belum, dia cakap kalau dah balik datangla rumah dia, dia masak nasi lemak. Pucuk dicipta ulam mendatang namanya, cancel sarapan kat mamak...ehhehehe..jimat.
sampai-sampai petik rambutan dulu..ahhahahha

Tambah kapsyen

habis dah makan, nak balik masa nie tapi tunggu anak buah aku ambik monopod..hahhahaha nak bergambar

setting...nak try..

ready smileeeeeee...ekekkekekke...
Dah kenyang aku pegi rumah makcik makcik aku...nasib diorang ado. Pergi rumah biksara lepas tue rumah waksiah, lepas tue pegi rumah kakak sepupu aku raya sambil ziarah suaminya yang sakit.

Lepas tue call makcik aku belah mak pulak tanya dia ade ker tak, yang nie jauh sikit rumahnya atas morib sana kat kampung kundang. Dia cakap dia nak beraya, tapi kejap aje anak-anaknya ade kat rumah. Okla masa tue pun aku baru OTW kira sempat kot.

Sekali sampai sana abang aku pun baru sampai..ehehehhe..ade gengla.. sementara tunggu makcik aku sepupu-sepupu aku ajak makan..ehehhehe..makan lagi?..sambal belacan hokey gila tolak rezeki..muahahahahha...Bila makcik aku balik borak kejap dengan diorang pastu nak balik. Aku nak raya rumah abang aku plak..

Abang aku cakap datang pukul 9.00 kakak ipar aku nak masak dulu..dah tue kitaorang balik rumah mandi2 maghrib dulu. Malam baru pegi rumah abang ayeng..makan lagi?..hahahhahah

Selesai raya ketiga..

Hari nie (raya keempat) tak kemana Azam dah keje, aku settlekan rumah tengahari sikit pegi beli barang nak masak. Aku plan masak lebih sikit nanti, kalau-kalau adik beradik aku nak datang beraya. Masak dengan tenang sambil layan tetamu-tetamu cilik datang beraya..

Sempat aku tido2 kejap..hahahha..dah dekat maghrib ateh wechat suruh kumpul rumah dia sebab semua ade kan. Lah aku cakap sapa nak makan makanan yang aku masak, mehla korang datang sini..ehhehehe.so malam tu diorang serbu rumah aku kecuali family abang ayeng sebab dia kerja petang. Aku pesan kat Azam balik nanti singgah beli satay buat tambah-tambah makanan yang ado. Bestttt..oooo meriah!!..

masa ni kakida tak sampai lagi..

lepak kekeyangan agaknya..eheheh..

lambat sampai..ehehhe..lambat pun lambat janji sampai...

best moment..ambik gambo kan sapa tak seronok..hahahha

Alhamdulillah...
Sampai takat nie jelah cerita raya aku..sekian..

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

kira meriah lah raya ko,
dr barat ketimur
utara ke selatan gitu
hihi

Irfa berkata...

lupa nak tanya, tudung apa ko pakai tu? bawal awning ke? x penah tgk

Cikja berkata...

Tudung bawal irfa tapi dia buat 2 warna, setiap warna tu segi tiga camtum 2 jadilah tudung bawal..murah je nie irfa.. eh tapi bukan cantum sendiri tau..beli memang dia dah tercantum..