15 Ogos 2014

Kagum

Aku bukan anak orang kaya. Membesar pun sebagai anak yatim. Abah meninggal masa umur aku 12 tahun dah nak dekat UPSR. Aku nampak macam mana mak susah membesarkan aku adik beradik tu sebab aku berhenti sekolah masa kat tingkatan 6 kalau tak sekarang aku dah jadi menteri besar dah..hahahhaha. Eh, aku tak salahkan mak pun sebab aku yang nak berhenti sebab nak kerja kilang..ekekekekkek..tue yang jumpa Azam tue..hahahahah..Aturan Allahkan..

Bila nak kawin semua hasil duit sendiri selesai kahwin nak bina hidup berkeluarga pun bersusah payah nak selesa sekarang pun masih berusaha untuk selasa. Sepanjang tue adala juga rezeki selain rezeki makan gaji. Alhamdulillah syukur sangat. 

Atas tue bunga-bunga karangan..ekekekke

Baru2 nie bersembang dengan orang paling rapat dalam hidup aku. Dia cakap tahun depan dia nak pergi umrah anak-beranak. Aku pun angguk-angguk, dalam hati seronoknyaaaaaaaa..yang buat aku kagum dia cakap duit yang dia guna nak bawa anak-anaknya pergi umrah tue adalah hasil tabungan dia untuk anak-anak dari diaorang kecik..perrghhhhhhhhhhhhhhh...

Nak kata aku tau secara detail financial dia takdela tapi aku tau sikit2 cara dia manage duit gaji dia. Dia nie sorang je berkerja isteri surirumah sepenuh masa. Gaji dia memang sikitla 20 tahun dulu duduk pulak kat KL. Setahu aku, anak dia lahir je dia dah bukakkan akaun bank (yang ini memang aku tiru..hihihi..anak-anak aku lahir je, aku dah bukakkan akaun bank). Setiap bulan bila dapat gaji dia akan masukkkan 10 ringgit setiap bulan. 10 ringgit ye bukan banyak pun tanpa gagal!. Dari tahun ke tahun bila dia rasa selesa sikit dia nakkkan jadi 20 inggit ini last yang aku tau. Dan Allah kurniakan dia hanya ada 2 anak je. 2 2 anak nie sama jela kaedah simpanannya. Aku kagum tang konsistennya dia masukkan duit tiap-tiap bulan dalam akaun anaknya sampai boleh guna buat pergi umrah. Ko sanggup pergi bank semata-mata nak masukkkan 10 riinggit, dulu mana ada online banking. 

cuba kira, anaknya sekarang dah 20 tahun (anggaran). Ini kira random je ye belum kira duit raya atau mungkin dia masuk lebih dalam akaun anaknya tu.

10 Tahun pertama : 10 x 12bulan  = 120 x 10 tahun = 1200
10 tahun berikut    : 20 x 12bulan  = 240 x 10 tahun = 2400
jumlah 20 tahun simpanannya = 3600
                                          
ok, kalau pakej umrah lebih sikit kot tapi macam aku cakap nie kiraan anggaran mungkin simpanan dia lebih dari tu. 

Aku nie adalah jugak simpan untuk anak-anak tapi tak konsisten pun..hihuhihu (itu pun tolak gaji gak kalau suruh bank in sendiri memang sampai kesudahla tak simpan untuk anak-anak) . Tu pun dah lama aku stop masuk akaun diorang kecuali duit raya setahun sekali..hahahhaha. Padahal kalau masukkan 10 inggit pun takpekan bukan terasa pun 10 inggit buat makan tengahari pun habis sekelip mata yang penting KONSISTEN. Masalahnya simpanan untuk diri sendiri pun terlompat-lompat macam bulan puasa dengan raya nie aku stop menyimpan..hahahha sebab nak guna duitkan...
isi balik borang tabung haji untuk tolak gaji tapi tengah berpikir nak tolak berapa..hahahha..rasa macam nak pakai duit lebih bulan ni..hasutan syaitan betul!

Semalam dapat surat dari Permodalan nasional berhad (ASB) minta Azri tukar akaun kanak-kanak ke akuan remaja sebab azri dah 12 tahun genap. Fuhhhhhh..dah ade anak remajewwwwwwwww parijah...


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

KO KAGUM
AKU DOUBLE KAGUM
HUHU
KIM SALAM ABANG TU YE
SLMT KE TANAH SUCI

Cikja berkata...

kan..
aku tak tau dia jadi pegi ke tak sebab anaknya yang sulung dah start kerja bulan 9 nie (lps grad)takkan nak apply cuti lama2, dia cakap mcm susah..nak bawak sorang je dia cakap tak seronok pulak..

ieda berkata...

akak plk simpan sehari 2 ringgit utk nabila...hari bekerja ja...kumpul2 baru bank in.kdg2 takdan bank in...kak pinjam balik duit dia...hehehe

Cikja berkata...

kakieda
mesti dah banyak duit nabila.. :-)

saya kalau duit raya anak2 tue selalula terpinjam..hahaha atau duit nenek bagi(kalau balik kampung, nnt nak balik nenek bagi duit)..

ada jugakla bebudak nie menabung (belikan tabung) ..lubangnya satu je utk masuk duit kalau nak keluarkan kena pecahkan tabung..so susah nak korek..