04 Julai 2014

Hati mana tak kembang semangkuk...

Sebenarnya aku berazam bulan puasa tahun ni, taknak terlalu membeli lauk pauk kat PARAM. Sejujurnya setiap tahun aku adalah pengunjung tetap PARAM..huhuhu. Tahun lepas setiap benda yang aku beli untuk bulan puasa aku rekodkan, aku nak tengok berapa banyak dah aku habiskan kat PARAM ni, yang aku rekodkan ni hanya duit aku sahaja tak masuk duit Azam. Hasilnya boleh tahan banyakkkk..fuhhhh..Aku print screen rekod tue aku tunjuk kat Azam..ahhahhaha..aku nak dia pun insaf sama-sama bila tengok jumlah yang dah lebur..ehehehheh.. *ada orang cakap takpela bagi rezeki kat peniaga PARAM, aku tak rasa diorang rugi kalau aku tak membeli..ehehehhe, kasi can orang lain pula bagi rezeki kat peniaga PARAM*

Masuk hari ke5 puasa aku berjaya tidak menjadikan rutin ramadhan aku ke PARAM. Esok lusa tak tau lagi macam mana...ehehhehe..

Selalu yang tak sabar tunggu aku masak ialah budak kecik yang tak puasa tue..hahhahaha. Selalu dia tanya "ibu, nak masak apa hari ni?"..hahahhahah...Bila buka puasa dialah orang yang paling selera makan macamkan puasa. "ibu nie selalu masak sedap sedap, adik suka.." "ibu masak mesti sedapppppppp"... itu jela ayat dia..oh semalam dia komplen "ibu ni masak pedas-pedas, letakla cili sikit jeeeeeeeeeeee..adik tak suka pedas"..lepas tu komplen plak kat bapak dia jugak "ibu masak pedasla abah"..hahahhahahha...kecoh budak ni..

Memangla kalau balik tue kelam kabut masak sampai blur tak tau nak buat mana satu dulu kadang-kadang kena bertenang seminit..hahahhahha..over!..tapi bila tengok suami, anak-anak makan penuh selera (tak taula selera sebab memang sedappppppppppppp atau kelaparan ..hahahha, lantakla janji aqil puji aku masak sedap bebudak tak pandai menipu..hahaha)..mmmm..hilang penat masak ..priceless!

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

aku lom ke param
tp dh banyak tahun pun x ke param sbb kafe sblh ni pun dah macam param, siap ekon lagi kau, tak yah berpanas jalan kaki parking keta
tp selalunya aku beli 1 lauk 1 kuih
balik umah masak 1 lauk dan nasi
cukup ;0

Cikja berkata...

Aku kalau balik nie memang adala jumpa 2 3 PARAM. Bukan apa irfa, aku tak sempat nak masak wei kalau bulan puasa nie jalan pun boleh tahan jem...tapi tahun nie gagahkan jugakla masak..bosan pun iye gak asyik beli je....

kalau ade cafe mcm tmpat ko tue aku pun suka..ehehhehehe...balik blh rehat...