01 Julai 2014

Amacam puasa korang?


Sebelum puasa bawakla anak-anak ke 'kedai makan sampai kenyang'
Anak-anak bagi nama tempat makan buffet(steamboat)..kan konsep buffet nie makanla ko seberapa banyak ko suka, makan sampai terbelahak...ekekekke....


Alhamdulillah jumpa lagi kita dengan RAMADHAN

Hari ni dah hari ke3 puasa. Kebetulan puasa pertama jatuh hari ahad, jadinya lebih santai menikmati dan meng adjust diri dengan keadaan..ehehehhe. Bangun sahur pun santai2 je kebetulan Azam sahur dekat tempat kerja jadinya sahur kami anak-beranak memang sempoi le. Azri dengan telo mata kerbaunya Fahmi dengan telo hancurnya aku pulak dengan drummet ayam mas beberapa ketul..Cukup dah buat alas perut.

Petang buka kari kepala ikan, Kawan azam bagi ikan..bapak ikan sebenarnya giler besar,  aku potong siap dengan tukul..hahahahah..keras tulangnya. Pestimela nak masak kari ikan, nasib menjadi. Diorang cakap sedapppp..ehehheehhe..bangga kejap.

Hari kedua pun sahur simple jugak goreng drummet ayamas je dengan panaskan sayur semalam. Petang aku ingat nak masak ayam lemak ciliapi, tapi Azam pergi beli ketam..so masak ketam bertelo la. 

Alhamduliillah belum terjebak dengan param. Hari nie nak masak nasi lemak sambal sotong je. Harap-harap masa mengizinkan.

Beberapa hari ni aku dengan Azam sibuk mengdeco rumah yang tak seberapa tue. Jalan-jalan kat GM terbeli wallpaper..hiks. terbeli katanya. Sibukla aku suruh Azam pasangkan. Patutnya sebelum puasa hari tu belinya tapi tuela tertangguh tangguh terpikir-pikir...akhirnya dah nak puasa lagi sehari baru beli...aargghhhhh..aku tak suka berpenat-penat di bulan ramadhan so...hahahhaha..sendiri salah lo

Tempat pertama aku wallpaperkan dinding bilik part yang ada pintu bilik air sebab apa dinding tue jadi keutamaan sebabnya walaupun ko cat berjuta kali dinding tue tetap berbelak2 dan akhirnya cat terkopek, kembang simen tepi tue mungkin sebab air dari bilik air tue dia meresap..

Tapi sebab pro sangat pasang wallpaper sampai tak tengok coraknya tonggang terbalik..hahahahhha..serius tak perasan, bila aku ambik gambar nak masukkan dalm moment wechat, aku perhatikan..hahahahah..la kejap keatas kejap kebawah coraknya...sengal!..nak sedapkan hati sendiri aku cakap dengan Azam takpela kat bilik je takde orang nak tengok..kita je yang tengok..hahahahhha.. *tapi sebab dah share gambar nie jadinya orang pun dah tertengok ke sengal ko parijah..ekekekkeke*


kali ke2 pasang kitaorang lebih berhati-hati dengan coraknya..ehehhehe..
Dinding ke2 adalah dinding luar bilik air jugak, yang nie aku ambik corak batu bata ada daun-daun sikit yang nie dah pandai tengok corak tue...ekekekek..Letih jugakla pasang benda nie, kena buat 2 orang baru cepat dan senang, itu pun mendatangkan kemarahan gak..hahahaha..sambil-sambil pasang tue sambil-sambil masak jugak tau...huhuhuhu..

sebelum

selepas
Bila lalu kawasan tu rasa macam nak pegi hutan..hahahhha.  Tinggal nak beli wallpaper kat area tempat TV plak, tapi tak beli lagi. Semalam Azam gigih mengecat balik dinding kat area living room dengan warna putih. Sekali aku balik..waaaaarrghhhh..huru hara rumah dengan nak masak berbuka lagi..fuuhhh...agak merimaskan dan menjengkelkan la jugak..huahuahua.





Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

yg mcm daun tu lawa pulak nampak

Anak anak Ummi Abah berkata...

berapa harga satu roll ni fariza? satu side dinding (wall paper yg first) guna berapa roll?

Cikja berkata...

Irfa :)

Anak anak ummi abah : satu roll 50 ringgit katanya tengah offer harga biasa 75 ringgit. Satu dinding tue macam yang saya guna kat dinding bilik air tue dalam 1 1/2 roll(sbb ada pintu). 1 roll 10 meter rasanya.