20 Jun 2014

Patah tangan

Agak stress la, satu building ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk company aishhh dengan satu Receptionist. Kadang-kadang yang orang call pun tak tau nak cari sapa, bila tanya nak cari company apa pun tak tau..adoi lagi susah. Dah tue nak sambung kat mana agak2, terpaksala dengar  orang yang call tue cerita hal/masalah dia..padahal aku tak perlu tau pun sebenarnya...adoi semak kepala hotak!


*************************************************************************

Jumaat lepas hantar aqil ke hospital sebab patah tangan jatuh dari taman depan rumah. Jatuh hari khamis petang. Jumaat petang baru hantar pergi hospital lepas xray kat klinik. Patah sikit je kot..ekekekke..boleh kot kot tu.

Sebab pergi pun dah petang jadinya terus pergi wad trauma & kecemasan la. Lambat?.  cepat jugakla urusannya. Aqil patah tangan? aiyaakkkk. Macam tak rupa orang patah tangan kot. Masuk jumpa doktor, dia yang sibuk kejap berdiri kejap duduk usik itu ini, sibuk nak tengok xray tangan dia..adoi pening haku dengan budak nie. Doktor terangkan apa prosedur yang dia nak buat sambil berwasap dengan pakar ortho kot..sebab aku nampak gambar xray aqil masa dia bukak wasap dia..hiks. Lagipun masa dia terangkan tue dia cakap "ok, doktor pakar nak confirm tangan dia patah.....bla bla" . Padahal duduk je kat kerusi..canggihkan sekarang.

Lepas jumpa doktor, masuk kat tempat kecemasan tue, Lama jugak nak tunggu orang yang buat tue sebab oncall. Sementara tue set branula kat tangan aqil sebab nak masuk ubat mamai2kan dia..hiks. lebih kurang macam ubat tidola kot.



Masa pasang branula nie pun adoi, dia sibuk mengalahkan doktor. Orang buka laci nak ambik ubat,  kepala dia yang jengah lebih2, orang tue selak fail, dia pun sibuk nak selak jugak jalan sana sini...aarggghhhhhh... sampai pembantu perubatan tue tanya "tangan ko patah ke tak dik, tak duduk diam"..hahahhahahha....

Bila orang tue cakap "nie nak cucuk tau nanti nak masukkan air" boleh pulak dia jawab "air apa?, air jarang ye"...hahahhahahhah..terbahak2 aku gelakkan dia..air jarang katanya (air jarang bahasa jawa..melayunya air masak la)

kedebak kedebuk settle la dalam pukul 8 ke pukul 9 malam macam tu. Stress nya mula kat sini. Masuk kereta je aqil mengadu gatal. Aku tak reti nak buat macam mana, aku suruh dia ketul pelan2, yang dia dah start menangis suruh buka simen tue. Sepanjang jalan tue nak balik rumah tu memang stress dengar amukkan dia tue..huhuhuhu...

Gatalnya membawa sampai hari ahad!!, siap sogok dengan mainan nak kasi dia lupa gatal tue. Tengok siap aku jolok dengan lidi dan batang berus lukisan..hahahhaha..tapi susah nak kena tang yg betul2 gatal dapat kat aqil batang berus tue..peerrghhhh dia punya jolok seram aku. 

hahahhaha...kretip tak nak kurangkan gatal tue..


Hari isnin 16/6 ada appointment dengan doktor pakat ortho, ada yang cadangkan kat aku tukar simen tue guna fiber. Jadinya bila jumpa doktor tu aku mintak nak tukar lagipun doktor cakap simen dia tang tapak tangan tue dah hancur hahahhahahha..mana tak hancur aqil jolok semahunya dengan batang berus tue. Doktor dengar pun ternganga dan gelak...pastu cakap "oit jangan buat macam tu"..hahahhahahha..


Guna fiber nie, lebih ringan dan lebih bersih takdela simen tue melekat kat kusyen rumah kusyen kereta..habis putih-putih semuanya....dan gatal pun dapat dikurangkan 80%. Gatal sikit2 tue biasala...

Kena tunggu lagi 3 minggu kalau ok, dah boleh bukak simen tue, kalau tak ok  raya dengan tangan robotla ko qil.....


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

adoi aqil
acik tgk pun seram, tp dia sempat lg wat lawak 'air jarang'
hahaha