06 Jun 2014

Cuti sekolah dah seminggu berlalu.....

Tapi tak macam cuti sekolah, Azri dengan Fahmi kena sekolah sebab ada kelas tambahan. Rutin tak berubah cuma lewat sikit je. Azri dah mengeluh kena sekolahhhhhhhhhh je..hahahhahah..nasib ko la nak. Ibu dulu pun pernah lalui jugak saat-saat busy berkelas tambahan masa darjah 6 dulu. Bila tak datang sekolah, guru besar panggil masuk bilik dia kena rotan tapak tangan..hahahhahaha..relax je...tak sekali pun ibu cakap dengan nenek, ibu kena rotan..kalau bagitau kat nenek pun nanti nenek padankan muka ibu atau nenek diam je dengan ekspresi muka nenek mengambarkan seperti ADA AKU KISAH..hahahahhaahah

Takde plan nak bawa anak-anak ke mana-mana pun. Diorang pun senyap je. Hari tu dah belikan diorang reket badminton sorang satu, jadinya sekarang tengah kemaruk nak main badminton dengan aku sekali diaorang ajak main. Malam-malam Azam ajak pergi main kat court badmintan dekat taman. Tapi malam tadi aku tak bagi pergi sebab risau banyak nyamuk, kat taman perumahan aku nie area hitam denggi...

Saje tunjuk kat azam satu tempat nie, macam besttttttttt je. Azam cakap dia dah pernah pergi. mmmm..SENTAP aku..dia dah pernah pergi so aku tak boleh pergi...mmmm :-( 

Lagi beberapa minggu je lagi kita nak puasa. Aku nie macam banyak je benda nak buat tapi hape pun takde tindakan. Masih berbagi rasa antara keperluan atau kehendak semua yang aku nak buat tue..eehehhehehe... Minggu lepas adala beli sepasang sorang baju raya anak-anak, tu pun dah habis 150 apasal la mahal sangat seluar+baju budak2 sekarang..aisshhhh. Kalah seluar aku.

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

tenang jee template baru ko ni
okey tu je nak komen
hahaha

rostina76 berkata...

salam cikja…singgah sini nak baca citer legoland. hehe

Cikja berkata...

irfa : tukar ada makna tue..hahahhha...

Rostina76 : wsalam ros..ada plan nak pergi legoland ker?..ehehhehe