29 Mei 2014

Sejak 2 menjak nie memang aku obses dengan DIET

Eh sejak 2 menjak ker?...kira lama jugakla kot

Rasanya badan aku start turun kg nak cakap kurus tak kurus2 pun..hahahhaha..dengan tak sengaja masa Azam masuk hospital lepas tu kena pulak dia MC 2 bulan kat rumah. Masa tue perasaan aku sangat takut, emosi jadi tak stabil sampai hilang selera makan. Bila nak makan macam tak tertelan. Itu pun turun tak banyak 5 kilo je sekarang naik balik 3-4 kilo..hahahahhahahahah...

Bila jumpa Dietitian kat hospital, untuk azam sebenarnya tapi of coz dietitian akan cakap dengan aku sebab aku yang akan pantau pemakanan dia. Dietitan akan consult cara makan/kuantiti dengan betul. Baru sedar kita nie makan memang ikut nafsu. Bukan makan ikut keperluan. Contoh pengambilan  nasi. Kita orang dewasa keperluan kita hanya segenggam/penumbuk tangan kita sahaja setiap kali makan. Tapi kalau tetiba dalam pinggan kita, kita letak kentang kena kurangkan lagi nasi sebab kentang pun sumber karbohidrat juga. Masa dengar tue berpusing-pusing jugala mata aku..hahahhahhaa..boleh ke buat. Lagi-lagi Azam, memang agak payah jugakla nak kontrol. Boleh jadi gaduh!.

Aku pernah buat detox, minum air garam..hahahhahaha.....air tapis 2 liter dengan garam organik beberapa sudu..peerrghhhh..rasanya agak pening jugala. Lepas setengah jam konpem berlari ke toilet. Itula bahana terlebih pandai..hahahahhaha...tambah tengok orang buat katanya boleh turun 2 3 kg seminggu. Bangun tiap pagi bersenam.hahahhaha..boleh tahan gila jugakla aku. Tak ingat tahun bila aku terjebak dengan DIET gila nie. Pernah buat diet atkins jugak tapi rasanya aku tak suka diet nie..ehehehhehe..

Sekarang aku selesa dengan diet kalori defisit. Aku bukan setakat nak jimat duit, kalori pun aku kena jimatkan. Kalau ko paham in & out kalori lagi senang ko control makan. Nasi aku tetap makan. Air manis kurangkan atau kalau nak jimat kalori memang tak payah ambil langsung. Senam sikit-sikit, tapi kalau hari tue terlebih makan senam lebih sikit. Gitu jela diet aku. Setakat nie memang tak turunla tapi maintain kira ok dah tue. Kalau nak turun lagi aku rasa semangat kena lagi kuattttttttttttttttttttttttttttttttttttt.


Baru nak berjinak-jinak dengan IF (intermittent Fasting). Tapi orang cakap IF bukan diet tapi mengubah waktu makan/skip makan la lebih kurang. Kalau nak senang paham macam puasa la. Dulu masa aku baca pasal IF, dalam hati aku cakap baik aku puasa sunat macam tu tapi terbaca pula note ustaz sapa ye dia cakap puasa sunat biar niat kerana ALLAH jangan sebab nak kurus..huhuhuhu..gitula..so pada aku la, kalau taknak pesongkan niat  buatla IF nie. 

Atas tue mukadimah je...sebenarnya aku nak cerita nie....hahahhahaha.. panjang mukadimah aku kan..

Pagi tadi masa aku sarapan adalah 3 4 orang opismate satu meja tue. Masing-masing pun sarapan. Aku makan dah nak separuh. Opismate baru sampai nak makan terus tegur aku "KATA DIET"..sambil senyum sinis. Rasa menyirap jugakla aku. Aku jawab "akak diet, tapi bukan tak makan". Dia tau dari FB akula tu, aku DIET, aku kan suka kecoh kat FB..ehehehehhehe.  Sejujurnya orang yang tengah berdiet adalah tidak suka ditegur. "Sikit makan, diet la tue". "Makan buah je, dietla tue". "Kata diet, kenapa makan nasi". "makan Lauk je, tak payah diet la". ayat-ayat yang menjengkelkan....


Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

cikpuanfairul berkata...

salam kak,,saya pon ngah diet ni kak..diet atkins..baru je mencuba ni..hehehehe...badan naek ngan mendadak lepas bersalin..harus la diet..hehehehehe..salam kenal kak...

Cikja berkata...

salam kenal cikpuanfairul
wah dah hari keberapa buat atkins..hihihihi..semoga berjaya!...akak tak boleh buat atkins rasa nak pitam..hihihi..

Irfa berkata...

betul..
mmg sakit jiwa dgr org kata 'diet ke?' padahal kita baru lepas makan nasi lemak 2 pinggan

Cikja berkata...

irfa : masa lunch pun kena tegur dgn budak sama. dia nampak aku nak bancuh air dia tanya "tak makan kak, oh lupa diet kan"..aku tak sempat jawab pun...dia soal dia jawab..rasa nak sepak mulut dia..hahahhaha

anisf farhana adam malek berkata...

Salam kak. saya pon sedang diet. nak detox manual mmg payah. sy pernah cuba. mai lah jenguk blog sy. bru 6 hari makan detox. alhamdulillah berat dh turun 3kg. apa2 blh whatsapp saya 0102618490