28 Mei 2014

Masuk gaji je benda pertama aku settlekan bayaran pengasuh anak-anak, tusyen Azri dan yuran tadika Aqil. 3 benda wajib yang aku mesti lunaskan seawal mungkin. 

Konsepnya macam nie la kita sendiri bekerjakan kalau bos bayar lambat gaji kita mesti kita marahkan?. So macam kakak pengasuh la duit belanja dia mungkin bergantung pada bayaran kita kalau kita bayar lambat mestila dia akan marahkan?. Part tue memang aku jaga, kalau aku terlupa bayar lepas tue esoknya pulak hari cuti (weekend) aku sanggup hantarkan masa hari cuti tu, mana tau masa hari cuti tue dia nak pergi belanja....

Lagipun bayar cepat dapat mengelakkan terguna duit tue. Nanti kalau dah terguna mana nak cari ganti. Duit berkepuk-kepuk takpe juga...

Semalam aku nak bagi duit yuran tusyen kat azri "Ala bulan lepas punya pun abang tak bayarkan lagi?"..oittt menyirap betul aku, Aku tanya mana duitnya dia cakap dia simpan dalam beg. Alasannya dia lupa nak bawa kad kuning. Kad kuning tue kena bawa tiap kali nak bayar sebab cikgu nak cop. Tapi boleh sebulan dia punya lupa tue..ggrrrrrrrrrrrrrr..geram pula aku. Aku marah dia boleh dia jawab "ala kawan abang lagila bayar lambat"...Aku cakap kesian cikgu nak beli kertas nanti takde duit. dia jawab lagi "takpe cikgu guna duit cikgu dulu"...uwaaaaaaaaaaaaaaaa..mengapa begitu anakku. Aku cakap "kesianla cikgu kalau guna duit sendiri". 

Yuran tue pun bukan mahal RM40 je sebulan. Memang hari tu cikgu cakap itu hanya kos kertas-kertas kerja yang diorang akan gunakan untuk tusyen nanti. Kalau nak compare dengan tusyen luar memang jauh panggang dari api la yurannya. Maksudnya cikgu-cikgu buat kerja amal je bantu budak2 tue tusyen. Itu yang aku marah si Azri tue, boleh pula dia simpan duit tu, nasib tak hilang...aaiiiisshhhh..anak anak.

Nie nak kena tunggu hari jumaat malam baru boleh bayar kat cikgu, tadi aku ingatkan suruh cari kad kuning menjawab jugak dia "ala nanti nantila bu"...gggrrrrrrrrrrrrrrrr...


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

betul tu, kalau dah terguna mmg semputlah nak mengganti

Cikja berkata...

irfa itula menyeramkan kalau terguna....huhuhuh