16 Mei 2014

Hati Kering

Timeline FB dibanjiri dengan ucapan SELAMAT HARI GURU. Kreatif ucapan korang..

Awal minggu hari tu, masa dalam kereta Fahmi cakap dengan aku 

"ibu hari jumaat  ni ada sambutan hari guru, bagi hadiah nak bu?". 

"Adik bagila, beli guna duit adik." 

"Alah ibula beli"

"Bukan ibu yang sekolah, ko yang sekolah dah tau tiap-tiap tahun ada hari guru kumpul la duit kalau nak bagi cikgu hadiah"

hahhahahha..agak kejam jugakla. Aku nie memang hati kering sikit. Dari sejak sekolah aku memang  tak pernah bagi cikgu hadiah kalau hari guru. Entahla aku pun tak paham kenapa aku macam nie..hahahahaha.

Masa sekolah pun aku takde cikgu kegemaran. Semua cikgu aku rasa sama je. Tapi cikgu paling baik masa aku dulu adalah cikgu-cikgu praktikal.

Jangan salah faham, aku bukan tak menghargai jasa cikgu-cikgu yang mengajar aku, cuma mungkin aku nie susah nak meluahkan perasaan aku sendiri dan aku rasa kalau bagi hadiah kat cikgu macam takde apa-apa je..hahaha.. HATI KERING la katakan.

Dan aku bukan mengajar anak-anak aku supaya jadi macam aku HATI KERING tapi aku mengajar anak aku bertanggungjawab. Pada aku memang tak salah nak bagi cikgu hadiah tapi lagi elok kalau dari poket/hasil dia sendiri. Kan lebih manis untuk dikenang. 


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

NEXT YEAR SUH DIORANG SIMPAN DUIT DR JAN KALAU NAK BAGI HADIAH KAT CIKGU ;)