15 Mei 2014

'Patung cendana' kira kos tengok wayang..hahahhaha.

Nak taknak kena sesuaikan diri la jadi 'patung cendana'. Ada pilihan?..mestila ada, kena resign lorrrrrr. Kroniknya perasaaan aku ni sampai mimpi aku resign..huh.

Sebenarnya boleh je aku nak resign tapi aku taknakla pentingkan diri sendiri..aiisshhh. Kesian pula kat kakak pengasuh nanti hilang pendapatan bila aku resign, memangla dia boleh cari budak lain nak dijaga tapi mesti tak sama macam aku..chewaahhhhhhhhhh..hahahhaha..cerita nak good good je ko parijah

Eh konsep aku bila resign memang resign nak duduk rumah taknak kerja dah nak jadi surirumah je..ehehhehe. 

Alah,  kalau tak buat benda bukan2 takkan bos nak marah kan...ekkeke..please, behave boss..haha..mampu suruh bos yang behave.

okla tutup cerita 'patung cendana'

Ahad lepas

Melepaskan penat lelah berkerja dan urusan rumahtangga dengan treat diri sendiri dan keluarga dengan menonton wayang citer spiderman -2. Azam yang belanja hiks. Best ceritanya walaupun heroin mati yang penting hero hensem..ehehehhe. Tapikan aku bukan nak cerita pasal spiderman 2 tapi nak cerita  kos yang keluar pada hari kejadian...hepppp bukan nak menunjuk-nunjuk aku mampu tau cuma terpikir orang yang suka/selalu outing ke mall adalah orang yang banyak duit..huhuhu..

Gila la, kos tengok wayang anak beranak je berjumlah 90 inggit. fuhhhh...tak boleh selalu la wei tengok wayang nie, boleh gugur bulu-bulu..hahhahaha. Sekeping tiket 12 ringgit kali 5 dah 60. Ada yang murah sekeping 7 inggit tapi row 3 dari bawah..huhuhu..mau sakit leher ko,  nanti keluar wayang je asyik mendongak macam orang bongkak..ekekkeke.  Masuk pula tak boleh tangan kosong, bebudak mesti nak popcorn bagai lebur la 30 ringgit lagi. So total 90 inggit fuhhh...cerita pula 2 jam lebih keluar dari wayang masing-masing menggelupur kelaparan. Makan apa yang murah kat mall tue sekali hadap anak beranak konpem hampir 100 ringgitkan..fuuhhhhh lap peluh. Belum lagi singgah kedai itu ini capai itu ini. Total habis dalam mall sahaja adalah menghampiri 300 ringgit...baik ko pergi outing kat padang wei, konpem yang habis adalah lelemak hiks, bawak air kosong je kalau haus ko teguk jela air kosong tu kalau lapar singgah mamak tak sampai 30 inggit.

Sebenarnya aku sendiri tak sedar duit habis banyak kalau pergi mall sebab aku dengan azam keluar duit berasingan. Contoh kalau Azam bayar duit makan 50 ringgit, masuk kedai buku anak-anak ambik komik buku itu ini dan aku bayar 50 ringgit. Ala takat 50 ringgit masih ok lagi...tapi bila jumlahkan duit yang azam dan aku keluarkan ialah 100 ringgit mesti cakap..ooiiiittt..banyaknyeeeeeeeeeee. Itu belum lagi anak-anak pau nak main game, nak big apple, nak itu ini....fuhhh....

Tapi tulah yang suka kira duit nie aku je..hahahha..Azam apa kisah dia selagi hadooooooo...dia belanja je nanti lagi 6 7 hari nak gaji dia tanya "lagi berapa hari nak gaji bu?"..itu tandanya duit dia dah tak berapa nak hade..hahahhahahha...

Sejak aku berkira dan tau kalau pergi pasaraya besar macam nie memang duit kena sedutttttttttttttttt je...so aku hadkan kehadiran family aku kat sini..ehehehhehe..Sebulan tak sekali kecuali pergi giant sebab pergi sana nak makan sizzling je..hahahhaah..pastu balik. Aku pun dah jarang beli barang-barang dapur kat giant, tesco bagai sebab harga lagi mahal dan kebarangkalian untuk aku ambik barang bukan-bukan adalah tinggi lepas tue tak digunakan sampai expired..huhuhu...baik aku pergi kedai runcit/99 speedmart/grand union kat area tempat aku je murah sikit,  minyak pun tak abis cari parking..hiks.

Azam dah berapa kali ajak aku pergi mall baru kat meru, klang tue..apa namanya Setia City Mall. Baru?..hahhahah..entah dah bertahun kot, malas la aku nak kesana..aku buat buat tak dengar..hahahaha. agak-agak nak buat apa? Shopping?...window shopping?...hahahhaha..adoi not me!.

Gambar kat bawah takde kena mengena, saje mengimbau kenangan tahun lepas..eehhehehe..

Kat LCCT, nak ke Hanoi..gedik aaaiiii..mak orang nie..





Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

ieda abdullah berkata...

dah berapa lama akak sefamily tak tgk wayang...lagi jimat beli cd tgk kat rumah...boleh ulang2 lagi...hehehe...
lgpun budak nabila ni unpredictable....nanti siap2 masuk panggung dia melalak nak keluar plk kan lg rugi..dia ni takut bunyi yg kuat2...dia bising takpa...

Cikja berkata...

Saya pun jarang kak..setahun 2 kali ker setahun sekali je..hiks..

hahahhha..bising satu kak gelap pun iya gak...