08 April 2014

Kisah air dan aku........ lagi?

Adoi sakit badan

Semalam seround lagi projek mengangkut air dari rumah ateh. Sakit badan oooo..Kakak pengasuh bagi tong ada penutup ketat jadi senang sikit nak angkut masuk kereta. Bolehla bawak kereta berdesuppppppppppppp...hahhahaha..kalau tak memang jakila orang yang kat belakang haku, bawak 20kmj?..hahahahhaha..minta maafla ye.

Balik sambung sidai kain yang siap dibasuh kat rumah ateh, sambil berborak dengan jiran sebelah. Cerita pasal pengalaman  takde air dah 4 hari ..haahhahahha. Masing-masing gelakkan cerita sesama sendiri..ehehehhehe..Gelakkan bukan mengejek tapi ambil nilai-nilai positif taknak stress, lagipun macam jiran aku cakap kita paham situasi sekarang cumanya kita harapkan air ada walaupun kecil atau pelan walaupun bukan sentiasa ada contoh masa malam atau siang je ada memang takde masalah. Kalau kena catu pun ok kalau ada jadual. Ini masalahnya takde dalam jadual catuan, tiba-tiba air takde tanpa notis sampai 4 hari memang sedikit susahla.

Yang lagi pelik rumah sederet kitaorang orang air laju gila start ahad malam siap naik singki lagi. Barisan kitaorang cuma dipisahkan dengan lorong kecik je semua takde air..mmmmm..pelik ooo. Jiran aku buat komplen kat syabas, orang yang ambik aduan pun pelik mmmm... ko pelik?kitaorang lagiiiiiiiiiiiiiiii pelik.

Tapi syukur alhamdulillah pukul 4 pagi tadi ada air siap naik tangki lagi. Azam yang bangun tadah semua baldi/bekas...ehehhehe. bini dia buat apa? membuta tak sedar diri bangun-bangun dah pukul 6.10pagi ..hahahahhaha... Penat ok jadi buruh angkat air..hahahahhaha. Start pukul 7 pagi macam tue air dah pelan balik dan confirm tak naik tangki, tangki pun kitaorang dah licinkan masa mandi pagi tadi..ekekkekeke..sebab sekejap sangat naik tangki entah2 baru suku tangki je.

So hari nie azam cakap tak payahla pergi rumah ateh angkat air...legaaaaaaa. Bolehla masak agaknya malam nie harap air terus adala walaupun pelan ku terima ko wahai air.

Sekian cerita dari aku....


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: