07 April 2014

Air, ayer, ayaq, water, sky juice...

hahahha..tetiba skyjuice perginya 

Dari hari Jumaat air dah tak menitis langsung dari paip rumah. Apa guna paip cantik tapi takde air umpama muka cantik tapi hati kotor memang tak berguna. ekekkeke..aisshhhh perumpamaan ko punnnn..

Dah seminggu jugakla air kejap ada kejap takde kat rumah aku, kalau tak naik singki ada je kat paip depan cuma kena angkatla tapi masik ok jugakla. Lepas tu 3 4 hari air tak naik ke tangki langsung, so pahamla kan macam mana bila air kat tangki habis?...huru hara jugakla...start hari rabu aku dah bangun 2 3 pagi tadah air basuh baju semua sampai hari Khamis. Hari Jumaat Langsung tak keluar dahhhh... 

Semalam la kemuncaknya bila stok air yang aku tadah sebelum hari air mati sedunia setaman, aku dah gunakan separuh. Kain baju terutama baju sekolah ada sebakul sebab sabtu bebudak ada sekolah ganti..huwaaaaaaaaaaaaaa. Bangun pagi je hati sebel (perasaan yg macam2). wasap/wecat kat adik beradik tanya rumah sapa ada air nak tumpang basuh baju..huuhuhu. 

Ateh cakap rumah dia ada air tapi kat paip belakang, bolehla kalau nak basuh kain cuma kena angkutla dari luar ke dalam rumah sebab air besar tapi pelan takde tekanan so air tak naik ke paip dalam rumah. Kira dah syukurla kan janji adoooooooo. 


Tadah air dengan dibantu budak kecik nie...ggrrrrrr..orang tadah dia pergi buang, marah kat dia, dia marah kat kita balik..hahahahhaha..tak makan saman betul budak ni.

Sambil basuh kain tue aku tadahla 2 3 tong nak bawak balik. Anak-anak aku suruh mandi siap2, baju yang dipakai sebelum mandi tadi terus basuh. Senang kerja aku nanti. 

Penat hokeyyy...

Sampai rumah nampak jiran aku nak keluar bawak tong tapi tak sempat nak tanya, dia dah tanya aku dulu ambik air kat mana, aku cakapla ambik dari rumah adik. Dia tanya aku "fariza tau ke air nak mati sebab dah siap-siap simpan air".huhuhuhu..Sejujurnya aku tak tau pun air nak mati lama macam nie, cumanya sebab masa diorang heboh-heboh air nak kena catu aku belila tong buat standby jugak padahal kalau ikutkan sampai peringkat ke4 nie kawasan rumah aku memang tak masuk jadual catuan pun tapi sebab tekanan air tak kuat sangat aku dah agak akan ada masalah gangguan bekalan air akan berlaku cumanya aku tak sangka teruk macam nie. Lagipun rumah aku nie ada 5 orang penghuni so kegunaan air tue lebih sikitla tu yang aku memang simpan air tu.

Lepas tue nampak pulak jiran satu lagi naik motor bawak timba. Aku  tanya nak ambik air kat mana, dia cakap kat area pasar malam diorang buka paip kat situ...ramai yang ambik kat situ. Bila malam azam balik kerja aku suruh dia ambik kat situ gak guna timba dapat 2 3 timba penuhkan besen ateh yang aku pinjam tue ok gak kan. Rupanya Q sangat panjang..huhuhu. Azam tak sanggup nak tunggu. dia cakap jomla pegi rumah ateh ambik air lagi...ekekekekek. Aku nie dah penat tau sebenarnya dah baring pun nak tidur. aiiashhh tapi nak biarkan Azam pegi dengan Azri tak sampai hati pula lagipun Azam tue bukan boleh angkat berat2 sangat. Sarung tudung terus naik kete. 

Nak angkut air naik kereta nie memang memcabar kok, kena takde penutup bekas/timba tue kena kretip lor. Kalau tak ko mandi dalam kereta..hahahhahah. Balik aku bawak kereta azam duduk belakang jaga bekas air..hahahahha. Aku nie konfiden je nak bawak sekali aku cakap "bang ibu tak pakai cermin mata nie"..hahahhaha..boleh?. Tapi aku bawak pelan-pelan la. Lagipun siang tadikan aku dah angkut air jugak jadi aku tau kelajuan macam mane supaya air dalam bekas tak bergoncang..hahahahha. 

Sampai kat taman perumahan nampak lori syabas datang lori kecik je, ramai yang ambik air..huhuhu..berebut-rebut...mmmm...Legala stok air aku penuh takdela jadi kes macam ada orang tue pergi kerja basuh kepala je ahahhahahha kesian, so esok pagi nak mandi ada la air tapi aku limitkan sorang boleh mandi  3 4 gayung sahaja ambik wudhuk guna spray ye..hahahhahah..sila bertabah anak-anak mandi air sejuk ye selama nie korang manja sangatkan siang malam pagi petang asal mandi je guna water heater..

Harinie pergi keje siap2 bawak baju, baju kotor tong2 kosong kang balik singgap rumah ateh terus ekekkekekek...balik tinggal tidur je.

Cerita kat atas nie bukan mengeluh tau cuma ceritakan pengalaman yang tak pernah aku rasa...ahhahahahha...poyo tak?


nak pergi kenduri kahwin suruh azri ambikkan gambar..hahahahha..berkeping2 nie je yang nampak kurus..hahahahhahahaha...so lulus untuk ditayangkan.

Minggu lepas memang aku tak laratla nak workout, penat kottt kena mengangkut air je. Menyesal gakla aku suruh tukang jahit kecikkan baju nie seinci..hahahhaah..kalau naik 0.5kg pun boleh sendat baju nie..huahuahua..baru pakai 2 kali tau baju nie.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

susahnya takde air nih, nak pulak klu rakyat ramai..sengsara nak basuh berak, makan boleh lg pakai satu pinggan, kalau berak, nak pam toilet lagi.huhu