03 April 2014

100

Rasanya aku ada cerita pasal cara aku dengan Azam uruskan duit gaji tapi aku malas nak cari n3 tu tapi takpela aku nak cerita lagi sebabbbbb..sukahati akula belog haku..hahahhaha... bagi penampo kokedai taula..

Konsep kitaorang duit ko duit ko duit aku duit aku..gitula. Hutang ko hutang ko, hutang aku hutang aku..ehhehehehehe. Azam juga bayar segala bil yang ado kat rumah tu. Aku tak tau apa pun. Aku tau guna je. Pastu bila tertengok bil buat-buiat terkejut..hahahhahahaha..

Barang rumah kitaorang tong tong. Dia punya pecahan lebih kurang 60% Azam 40% haku. Tapi urusan anak semua guna duit aku seperti babysitter, duit tusyen, yuran tadika aqil dan sebagainya. Kalau dulu lauk pauk, sayur mayur ada ke perkataan sayur mayur, belasah je ko parijah aku yang beli masa balik kerja tapi sejak dua menjak ni Azam yang beli. Bila dia balik kerja malam nanti dia singgah kat kedai aceh/indon pendatang yang pandai cari peluang, kebanyakkan kedai kat tempat aku adalah orang aceh/indon sebab murah huhuhuhu kadang-kadang Azam beli stok 3 4 hari punya. Kalau singgah time petang lauk dan sayur dah takde pilihan sangat. Adala juga aku beli, kalau terputus bekalan atau teringin nak masak sesuatu.

Kalau ada benda besar yang kitaorang buat macam nak renovate rumah ke..ahahhaha..ade ker kitaorang buat? beli perabut atau bercuti yang itu pun kitaorang tong-tong setelah berbincang dan bersetuju tapi kalau misalnya aku suka azam tak suka atau sebaliknya memang konsepnya sendirian berhadla...hiksss...

Sebenarnya yang atas tue mukadimah je. 2 3 hari lepas kot tiba-tiba Azam bagi aku 100. Jadi aku tanyala dia "duit apa ni?". Sebab aku tak minta pun..hahhahahha. Aku kalau takde duit dalam purse aku memang selamba je minta kat Azam. Azam jawab "duit nafkah". Oit, pelik sangat kot. Pelik-pelik pun aku ambik duit tue  terus masuk dalam poket ..hahahahhaha. Selalu dia bagi aku duit tanpa diminta bila dia dapat bonus ...ehehehhhe. 

Sebenarnya pasal nafkah tue aku tak kisah sebab Azam dah sediakan tempat tinggal, makan minum secukupnya kira ok dah. Dia tak bagi nafkah duit pun takpe sebab aku pun kerja tapi kalau dia bagi aku sukaaaaaaaaaaaaa je..hahahhaha dasar mata duitan. Setakat ni Azam kira bertanggungjawabla, so takde ungkitan pasal nafkah ye, ala lebih kureng sudehhhhhhhhhh kan...

p/s - so, irfa ko taula mana aku dapat duit beli barang kat ko..ahhahahahaha...


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

haha, so now i know ;)
patut lah laju je tsfer
konsepnya membeli utk tatapan mata dia jugak, hihi

ko ngan azam sama la konsep ngan aku
kdg2 aku gi keje mintak duit belanja mcm anak gi skolah jugak