03 Mac 2014

Lambat?

Aku tak ingat hari apa entah, masa aku balik ambik anak-anak kat rumah kakak pengasuh tiba-tiba kakak pengasuh(KP) tanya aku "dik, ko tengok dia nie ada kelainan tak?" sambil KP tunjuk anak yang dia jaga. Aku ni blur jadinya, "Pelik apa kak, tengok ok je comel sihat". KP balas "Takdela, tahun ni dia 4 tahun tau, kok macam nie aje, akak kesian tengok budaknya". Aku senyum, "Akak tak tanya kat maknya?". Lepas  tu macam-macamla aku tanya. KP tanya aku tue sebab KP cakap aku selalu nampak budak tu, jadi dia sajala tanya kat aku nak minta kepastian apa yang dia rasa tue betul ke tak. Memang aku selalu nampak budak tue tapi sekejap-sekejap tak selama KP yang memang 5-9 jam ada dengan budak tue. So, aku tak berani nak komen lelebih. 

Kalau dari pandangan mata aku. Budak perempuan tue memang comel, badan pun bam bam kalau tengok memang geramla, bulan empat ni genap 4 tahun kata KP. Budak tu manja,  kalau aku sampai rumah KP, Aqil jerit-jerit panggil aku "mama!, mama!" budak tue pun sibuk panggil mama mama *dia suka mengulang sebutan/cakap orang*. Kalau dia main kat luar kadang tue bila dah lari-lari nanti dia datang peluk-peluk aku sambil panggil mama mama ..hahahhaha.  Aku pun layan jela. Sukala aku sebab budak tue perempuan, aku kan tengah kemaruk anak perempuan..hahahahhaha

Cuma satu yang aku perasan budak ni tak pandai bercakap, bahasanya tak difahami. Sepatutnya dia dah nak 4 tahun ni paling kurang dah pandai susun  2 3 patah perkataan dalam satu ayat. Tapi aku cakap dengan KP budak-budak perkembangannya tak sama lepas tue tak boleh nak samakan dengan anak-anak lain walaupun diorang tu adik beradik. Bila KP bandingkan dengan anak adik aku si izz, izz lagi paham arahan, cakap lebih jelas padahal izz baru nak masuk 3 tahun. Pada aku kalau tak pandai cakap tue perkara biasa sebab anak buah aku dulu 6 tahun pun cakap tak jelas sampai kayang bawak jumpa doktor ehehehhe... arwah mak pun sampai bagi petua kat kayang. Bukan sebutan je tak jelas, bahasa yang dia sebut pun tak boleh nak paham hahaha sekarang dah 17 tahun dah ok je bijak pandai lagi.  

Kalau dari apa yang KP cakap kat aku, budak nie mungkin slow learner. Buka baju sendiri tak pandai, pakai baju sendiri tak pandai. Dari awal tahun hari tue KP train dia tak pakai pampers. Aku cakap ok tak dia tak pakai pampers KP cakap mana ok selalunya terkencing kat seluar, cuma setiap berapa jam sekali dia bawa budak tue pergi bilik air suruh kencing..huhuhuh..bertabahnyala KP tue hahahha..kalau aku pakai jela pampers tue. KP cakap kalau dia tau mana-mana orang yang pandai ubatkan dia nak bawak ..hahahhaha. KP nie memang macam nie terlebih prihatin. Dan tue dia jebakkan aku sekali risau pasal budak tu ..hahahhaha.. biarla mak dia yang ambik tindakkan, kata KP maknya dah bawa jumpa doktor, tapi aku tak taula doktor cakap apa.

Sebenarnyakan nak anak cepat cakap ada tekniknya. Bukan nak bangga, anak-anak aku umur 10 bulan dan pandai buat sebutan abah, nak dan beberapa perkataan yang simple2. Aku pun baca kat tenet teknik tue. Budak umur kurang setahun ni akan meniru setiap perbuatan kita kan macam cakap juga. Cuba ambik  1 2 minit (bebudak tak boleh fokus lama-lama 1 2 minit pun dah kira bagus) pandang muka anak lepas tue tarik perhatian dia, buat sebutan hurup2 vokal macam A tapi sebut aaaa, O , U, I, E sebab bila kita sebut huruf tu mulut kita kadang muncung, menganga, melebar (mimik muka) so anak akan tau rupa muka/mulut kita bila nak keluarkan bunyi tu. Lepas tue cakap satu perkataan tue berulang ulang contoh kalau nak ajar anak sebut abah, pandang muka anak lepas buat sebutan dengan jelas ''aaaaaaaaaaaa...bahhhhhhh'' buat ulang-ulang. Atau kalau nampak kenderaan macam bas, lori, motor...cuba sebut "bas!" nampak lagi sebut lagi "bas!". Nanti sebutan dia dapat kenal kenderaan pun dia dapat...


Tapi bila anak dah pandai cakap malas pulak nak layan..hahahahha..aku la tue, siap cakap "Aqil! ko tak boleh diam ker haaaa, ibu dengar pun rasa penat"..hahahhahahah...hampeh punya mak.


Sekian dari saya
Pakar cakap ;-p


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

mcm kes budak yg duk pgasuh aku ni ler. dah 5 tahun masih x bercakap, bawak ke pakar mmg ada mlsh, skrg ambik ko............. bercakap non stop ;)

Cikja berkata...

ehehehe..kan bebudak nie lain lain perkembangannya...tapi budak nie bukan tak bercakap irfa...mcm banyak mulut jugak tapi tak paham apa dia cakap kalau pelat sikit2 kita boleh tangkap apa dia cakp..nie memang takle..sampai kakak pengasuh ckp mcm kena kenan cakap tamil..adoila...

harap2 budak ni pun okla bila sampai masanya..comel tau budak tue..ehehehhe..