26 Februari 2014

Sapa tak sayang anakkan?

Biasanya waktu pergi/balik sekolah dalam kereta adalah masa untuk anak-anak bercerita/meluahkan apa kejadian/aktiviti diorang kat sekolah. Masing-masing berebut nak cerita yang taknak kalah Aqil la..hahahhaha...tahap nak lawan cerita abang-abangnya sampai suka mengada-adakan cerita..layannnnnnnnnnnnnnnnnkan aje..
   
Fahmi : ustazah cakap kalau tauhid dapat bawah 40, ustazah rotan..

Aku : bagusla..

Fahmi : Dahla ustazah tu, kalau rotan sampai berbirat...

Aku : apa susah, dah tau  ustazah nak rotan, jangan dapat markah bawah 40...

Ingat aku nak tolong?, sorryla anakku hahahhaha..takat berbirat apadehal. Aku dulu ustaz cubit sampai terkopek kulit bila mandi pedih gila...sebabnya cuma ngaji tergagap-gagap je pun, tapi tak pernah bagitau mak. Malu kot mak tau kat sekolah sebenarnya tak pandai..hahahahahah..silap gaya mak tambah  2 3 das cubitan. Kena lempang dengan teacher sebab sebutan bahasa inggeris tak betul pun banyak kali...sampai sekarang aku bebal bahasa inggeris..hahahahhahaha..trauma kena lempang dengan teacher tu. 

ehsan google

Masa pergi program aku janji kat sekolah azri, cikgu kelas dia cakap "minta tolong makbapak pastikan latihan yang cikgu bagi disiapkan oleh anak-anak sebab kami cikgu-cikgu tak boleh nak denda bebudak nie. Kami ni cikgu-cikgu kalau denda budak ibarat satu kaki dah masuk penjara". mmmm. Aku jaga 3 anak pun pening kalau kat rumah cikgu kena jaga/ajar satu kelas 30++, satu hari mungkin ada 5 6 kelas kan? bayangkan!...mumet endas se (pening kepala). Dah tue kalau buat salah tak boleh rotan/pukul/denda..biar je..hahhahahha...kalau aku dah mengeletar2 tahan nak bagi pelempang...hahahhahahha itu sebab tak jadi cikgu

Sejujurnya, kalau anak aku di rotan/denda kerana kesalahan yang dia buat dan untuk kebaikkan aku izinkan anak aku di rotan/denda. Cumanya jangan patah riuk sudah takat tinggal kesan macam berbirat ok lagi.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

BUKAN SENANG JD CIKGU ZAMAN INTERNET DI HUJUNG JARI NI
X PUAS HATI JE, TULIS KAT FB.BLOG
HIHI

Cikja berkata...

hihihi..kan..