25 Februari 2014

Anak-anak parijah 2014

Amboi tajuk kemain..hahahhaha

Lama dah tak cerita pasal anak-anak kan. Maklumla anak-anak dah besar. 

Azri tahun ni UPSR dan seperti biasa palingla relax. Aku nak hantar tuisyen dia taknak, aku pun malas nak paksa sangat lagipun kat sekolah dah ada bagi tuisyen. Setiap malam isnin, selasa dan jumaat dari pukul 8 malam sampai pukul 9.30 malam, hari sabtu pula pukul 8 pagi sampai pukul 11pagi itu tuisyen wajib jadinya aku nak ambik tuisyen luar macam kesian pula kat dia, bilanya nak rehat dan menikmati zaman kanak-kanak dia kan..ehehhehehhe...mesti dia bersyukur dapat mak macam haku.hahahha. Kalau dia ada tuisyen malam aku tinggal dia kat rumah kakak pengasuh, dia pergi tuisyen naik basikal dari rumah kakak pengasuh. Dalam pukul 9.45 malam Azam akan ambik dia. Itu pun dah berbunyi taknak tuisyen..penat katanya..adoila anak. 

Eh macam tak sangka pula anak aku dah nak bujang hiks, rasanya muda lagi aku ni..muahhahahaha..pang sedas kasi sedar diri sikit ko parijah. Senang banyak hokey anak dah besar. 

Fahmi tahun ni darjah 5, anak yang kuat merajuk..hahahhaha..macam biasala hobi dia paling win sangat, kaki menyakat adik beradik lain sampai nangis-nangis . Selalu buat aku naik hantu tapi manja,  dia sorang jela anak yang kalau berjalan suka peluk pinggang aku..hahahhaha. Kadang2 kaki lawak jugak, kuat makan dan tak memilih makan. Kalau suruh baca buku kat bilik tak sampai 5 minit buku tengok dia.


Anak yang bongsu pulak dah 5 tahun namanya aqil..hahahhaha. Nie lagi banyak sangat akal dan karenahnya. Manja tahap gaban. Sekolah tempat yang sama tahun lepas, malas nak pindahkan sekolah lain, mak nak jimat nak..hahahahhha. Minggu lepas terjumpa cikgunya dia cakap "aqil tahun nie tak diam langsung terlompat sana terlompat sini, tahun lepas ada jugak duduk diam"...eerrrkkk..hahahhahahhaha..adoila anak mengapakah begitu. Alhamdulillah aktif . Masih susu botol, entah bila la nak berhenti ...aiiisshhh..

Tiga je ker anak aku?..hahahhaha..macam sikit je kan? Nak tambah?..mmmm..nampak baby memang teringin tapi dot dot dot..hahhahah..aku serahkan bab rezeki tambah anak ni pada yang BERKUASA. Kalau ada aku terima, kalau takde pun aku terima.

Bila anak-anak dah besar nie cabaran dia lain macam. Kadang-kadang aku pikir betul ke aku didik anak -anak nie?. Kena ke caranya dengan  zaman diorang ni?..Cabaran sungguh jadi makbapak zaman sekarang. mmmm...



Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

ieda berkata...

selamat membesarkan anak remaja...umur2 remaja ni peranan bapaknya amatlah penting esp anak lelaki....soalan2 macam "betul ka tindakan aku ni?....apa lagi nak buat untuk dia?...apa dia buat kat sekolah?...apa dia buat dalam bilik?..."...macam2 soalan lagilah....pengalaman akaklah ni...anak dah umur 17 thn..tak sabar tunggu dia 20 thn...time tu berakal sikit kot....hehe

yang penting doa kepada Allah...itu ja kekuatan kita.

Cikja berkata...

Bapak dia garangla kak...kuat membebel plak sekarang..hahahhahaha..anak tu baru tanya 2 3 kerat dia bagi tazkirah..hahahhahahha..

Irfa berkata...

eh samalah, nape asik sama je ni?bila diorang tido,aku tgk muka sorang2 smbil fikir 'betul ke cara aku didik anak ni?