06 September 2013

Bila tersalah marah..

Kahkahkah...

kelakar kot..

Semalam


Macam biasa bos belanja nasi lemak, setiap kali bos belanja nasi lemak/mee/meehon dia mesti letak atas meja aku 6 bungkus sebab dalam bilik nie ada 6 orang (4 orang finance 2 orang HR).

Kebetulan tiap pagi selalunya aku yang datang paling awal, jadi akula yang akan letak kat meja-meja opismate yang lain sebungkus sorang.

Ada satu kakak ni, tetiba dia bising kat opismate lagi sorang tue, "hissh letak atas dokumen nie abis berminyak semua". Dengan nada marah, yang aku nie terkedula sambil pandang dia. "nak letak tak tengok2 ker"...dia sambung. Lepas tue aku tanya "minyak sambalnya keluar ke kak?" "aah la, habis dokumen tue berminyak", sambil dia bawak bungkusan tue ke depan aku. Memang bungkusan tue pun berminyak...

"maafla kak saya tak perasan saya letak atas dokumen tue, memang betul saya tak perasaan" rasa bersalah betul aku..memang tak perasan,aku main letak je.. nasib dokumen sokongan je bukan nak bagi kat bosss/customer...

"eh, siti ker yang letak?"

"aahla saya yang letak tadi"..

terus dia diam...."kalau akak tau siti yang letak takdela akak marah"...

hahhahahhahaaaaa....adoi dia ingat opismate luar yang letak, padahal memang tiap pagi aku yang letak...aku ingat diaorang tau, aku yang letak.

Nasib aku mengaku cepat kalau tak, konpem lagi berbakul-bakul dia marah ..hahahhahahahhahah...*kalau korang nak mengaku tak? hahhahahhaha*

Tapi aku tak ambil hati pun..memang salah kan...hahahhaha.. fadanla muka pagi-pagi kena marah...huahuahuahua...


Ini telah menjadi SEJARAH

05 September 2013

100 kali sekali jalan...

Tau la budak-budak ni, kalau suruh belajar ada je alasan. Baru 10 minit dah keluar dari bilik cari alasan kata dah lama. Ceh, korang ingat mak korang tak reti tengok jam ke?

Masa diorang keluar bilik ni aku tengah skipping ehehehhehe...pastu sibuk juga nak skipping. Dah main rebut-rebut pula dengan bebudak ni. hissshhhhhhhhhhhhh..kacau daun betul..



Fahmi :"ok, kita lawan skipping!"
Azri: "ibu, buat seratus kali boleh?"

Aku: "ok boleh, kalau ibu boleh buat 100x korang belajar sampai pukul 10"

Azri n Fahmi: "ok, boleh"
Diorang 100 x berdua main sambung2.. ceh itupun dapat 17 kali je..hahahhaha

Ko tengok mak ko 100x sekali jalan....*macam nak mati mengahnya, minta nyawa..*..hahhahaha..yang penting depan anak kena tunjuk hebat.....kahkahkah..merasala korang baca buku sampai pukul 10. 



Ini telah menjadi SEJARAH

04 September 2013

Salam doplohsen semua...

Sebenarnya yang 'sakit' adalah golongan pertengahan. Yang miskin dapat BRIM dengarnya akan dinaikkan 20%, lagipun ada menteri cakap orang miskin takde kereta dan tak gunakan petrol so berbaloi dapat BRIM, yang kaya dah tentu duit berkepuk. 

Dari facebook Pakdi Suzardi M

Apabila kerajaan ubah dasar, kita juga perlu berubah.

Kita bukan duduk zaman Tunku. Bukan zaman Tun Abdul Razak, Tun Husein. Era Tun M pun sudah habis walaupun legasinya masih ada.

Zaman Tunku zaman merdeka. Zaman Tun M, pada hujung pemerintahan baru ada KLCC dan Putrajaya. Zaman sekarang, zaman Mark Zuckerberg jadi bilionair dan bisnes beliau mempengaruhi gaya hidup hari ini.

Salah satu perubahan dasar yang ketara adalah rasionalisasi subsidi.

Pada awal tahun 2010, subsidi tepung, gula dan roti sudah tiada lagi.
Manakala, subsidi petrol, diesel dikurangkan beransur-ansur.
Seterusnya, bantuan tunai BR1M diperkenalkan.

Jadi, subsidi tidak lagi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kalau tidak ia dinikmati oleh pemilik kondo di Jalan Binjai sebelah KLCC dan juga penduduk di Gua Musang. Sekarang, bantuan tunai BR1M diberi kepada yang memperoleh pendapatan di bawah RM tertentu.

Maksudnya jelas. Golongan pertengahan (middle class) perlu cepat bertindak untuk berubah. Golongan ini nak kata miskin, tidak miskin. Nak kata kaya pun tidak. Pertengahan. Pusat zakat pun pening kalau orang middle class datang minta bantuan.

Tuan perlu urus duit gaji dengan lebih sistematik dan efisyen.
Tuan perlu urus plan persaraan, plan tabungan pendidikan anak-anak, plan kesihatan di hari tua, plan kenduri anak nak kahwin dari sekarang.
Tuan perlu urus pelaburan sendiri.

Orang miskin sudah ada BR1M. Orang kaya memang dah ada bisnes, dah ada orang tolong urus pelaburan mereka, duit pun bertingkek-tingket katanya. Middle class?

Sila dapatkan ebook urus duit gaji di www.panduancashflow.com dan sertai group pelabur hensem untuk belajar pasal pelaburan saham


Walaupun puisi lama tapi sangat releven dengan isu sekarang ...huhuhuhu..


Ini sarapan bersubsidi semalam punya. Jimat singgit. Kat opis nie takyah risau kalau poket kering ada maggi, biskut, milo, nescafe, teh..... So jimat duit sarapan 2-3 ringgit. Roti canai ini ada bos yang suka cakap aku gemok, baik hati belanja sarapan pagi seminggu dalam 3 4 hari macam tue.



Ini sarapan pagi ni. Ko tengok katanya diet, tapi tak cukup nasi lemak biskut lagi..hahahhahahha..susah kalau orang memang buruk lantak nie. Ini pun subsidi juga nie. Napsu tak terkawal hihihihi..Aku rasa diet dengan puasa lagi senang kot. 




Ayat keramat kerajaan 'KITA AKAN PANTAU'


Ini telah menjadi SEJARAH

03 September 2013

Korang naik minyak ker?



ehsan google

Hahahhahahaha... gelak geram ni, iyela tapi nak buat macam mana kan?. Ada orang tak kisah naik "ala naik 20 sen jeeeeeeeeeeee". Aku tak risau dia naik 20sen, tapi aku risau barang-barang lain akan memberi kesan juga dengan alasan 'minyak naik'. Orang yang selalu beli barang dan belanja barang dapur memang sangat terasa kenaikkan barang. Contohnya dulu aku selalu beli kicap kipas udang yang besar tue harga 4 ringgit lebih setahun dua dia naik jadi dekat 8 ringgit!...perrghhhh...Sekarang aku tukar kicap jalen murah sikit huhuhu rasanya sama je....minyak turun barang yang dah naik takkan turun ok. NEVER!

Aku baru nak pandai buat cashflow sendiri, aku dah nampak mana pembaziran mana keperluan, ingat ada duit lebih nak simpan lebih nak realisasikan impian nak bina rumah kat tanah sendiri..mmm..Agak-agak kalau simpan 100 sebulan, tahun bila nak siap rumah impian aku tue hahahhahahhaha..adoiiii...


ehsan google
Cantikkan rumah ni, tapi nie kayu kalau buat tu, aku ingat setahun je ranap dikerjakan anai-anai huahahuahua..


Ini telah menjadi SEJARAH