29 Ogos 2013

Setahun sekali kopak tabung

Rasanya baru 3 tahun kot amalkan menabung bebudak ni. Belikan tabung kat kedai 2 ringgit jenis yang memang takde tempat ko nak buka, kalau nak ambik duit dalam tu memang kena kopak. 


Anak-anak ni bukan konsisten pun simpannya, ada lebih dia simpanla. Selalunya setahun sekali kita kopakla tabung tu sebab nak simpan sekali dengan duit raya. Seperti yang dijangkan budak 'kedekut' paling banyak duit tabungannya dan budak paling 'pemurah' alahai..hahhahaha..kira bolehla dari takde. Aqil punya tak kirala sebab aku yang tukang kutip duit siling masukkan dalam tabung dia. Asal nampak duit syiling je aku humban dalam tabung dia..hahahahha..


Kontra sangat perangai anak 2 orang ni. Sorang 'kedekut' sorang 'pemurah'. Perangai 2 2nya kadang-kadang boleh menaikkan darah, yang kedekut a.k.a penjimat tu, dia punya tahap 'kedekut' tu boleh menaikkan darah. Hari tu kat sekolah ada jamuan raya jadi cikgu minta duit sorang 5 ringgit, aku cakap gunala duit yang dia kumpul tue atau duit raya, dia jawab "baik tak payah kumpul macam tu, asyik pakai duit abang je"...menyirap tak darah ko..hahahhaha..pastu dia sambung lagi "ibu bagi 4 ringgit je, kalau 10 ringgit senang nak kumpul", nasib tengah drive kalau tak aku tampo mulut dia..hahahahhahahha...Tapi yang bagusnya duit simpanan dia banyak la, aku tak tau dia nak buat apa dengan duit tu. Oh dia ada 2 simpanan ye..satu tabung tu, satu lagi duit dalam wallet dia. 2 2 simpanan dia boleh tahan banyaknya bagi budak umur macam dia la.

yang pemurah a.k.a boros ni, ko bagi jelah dia berapa ringgit memang akan habis punya. Kadang-kadang bila takde duit tukar aku bagi sorang 10 ringgit tapi kena belanja sampai 2.5 hari. Nanti hari ketiga aku topup jela 2 ringgit lagi. Dia boleh habiskan dalam masa setengah hari je 10 ringgit tue...tak naik darah ko. Dia memang tak kisahla esoknya takde duit belanja sebab dia boleh kecek duit abangnya *abang selalu tak sampai hati*. Tapi yang baiknya dia jenis tak berkira, kalau tengah ada duit ko mintala dia beli apa-apa takde hal punya siap boleh belanja orang lagi. Siap boleh belanja kawan-kawan, share makanan dan sangat jarang duit belanja dia berbaki!. 

Pagi tadi tanya anak-anak ada ke benda yang diorang teringin nak beli, kalau ada aku nak bagi separuh dari duit raya yang diorang nak simpan tu. Mula-mula masing-masing diam, lepas tu fahmi bersuara nak beli PS2, alahai anak aku ni ketinggalan zaman betul...orang dah tak main PS2 nak oit..hukhukhuk..orang sekarang main xbox atau PS4.

Aku cakap duit korang mana cukup nak beli, bukan banyak sangat pun dapat duit raya tu. Lagipun aku bukan taknak belikan diorang dah belasah aku punya tab buat main game, pastu laptop kat rumah pun dia balun main game juga. Kalau bagi PS4 atau xbox habis aku tak boleh tengok tv kot. So jawapannya TAK BOLEH...hiks.

Kalau ASB tak boleh simpan syiling kan?..mmmmm...kena simpan dalam tabung haji la nampaknya..

Ini telah menjadi SEJARAH

27 Ogos 2013

Siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang *copy paste*

"siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang?" Iklan TV barangkali? petikan dari belog ini

Bila aku terbaca n3 ni, teringat kes semalam kat kedai kasut. Tujuannya hanya nak belikan Azri kasut sekolah. Aku tak taula diorang ni pakai kasut ke makan kasut.  Dari dalam kereta Aqil dah berbunyi dia pun nak beli kasut, kasut yang ada lampu kebetulan masa tengah sibuk tengok kasut untuk azri aqil survey sendiri dan dia nampak satu kasut yang berlampu ni, mulanya drama kat situ. Bila aku tengok harga kasut tue RM59.90. Fuhhhhh memang takla aku nak beli. Selipar kerja mak ko pun RM10 je aqil cap pasar malam pula tu.
selipar pakai pergi kerja, pergi pasar, pergi shopping dan lain lain raya pun aku pakai selipar nie. Silap gaya akan ku bawa terbang ke hanoi..hahhahaha..Selesa sangat selipar nie walaupun RM10 je. Takat nak basahkan kaki time ke tolilet atau ambil air sembahyang kat masjid memang takde masalah...tahan lasak sebab getah..hiks..

Aku rasa macam tak berbaloi nak beli sebab dia akan pakai sekejap je. Raya tahun ni pun memang aku tak belikan diorang kasut, pakai kasut tahun lepas. Raya tahun ni paling jimat. Bila dah berumur dan anak-anak dah besar ni aku kurang sikit bab bab nak spend lebih untuk anak-anak, maksud aku bab pakaian. Nasib setakat ni anak-anak aku tak demand sangat bab pakaian apa yang aku beli walaupun murah diaorang pakai je..hihihihi. Bila dia merengek tue bukan aku tak kesian..hahahhahha..tapi hati kena kejam juga ler yang bestnya bila aku cakap "boleh beli tapi guna duit raya adik ye" dia jawap "ala tak boleh, nanti abisla duit adik", tengok pandai ke tak pandai dia...sabo jela.

Memang sepanjang jalan dia punya 'berzikir' hampir-hampir buat aku hilang sabar huhuhuhu. Aku biarkan je, sampai rumah diam sendiri. Tapi dia tak lupa ok, dia cakap "nanti ibu belikan tau"..erkkkk...mungkin akan ku cari yang murah sikit dari tu...mmmmm...

Kalau aku kaya
hari hari hari raya
bil bil jiran keluarga
aku belanja selamba...

hihihihihihhi...


Ini telah menjadi SEJARAH

26 Ogos 2013

MISI 55 kg

Masa sebelum puasa tue kan aku ada masuk contest DIET sangat. Perkembangannya adalah badan haku macam yoyo, kejap naik kejap turun. Stress yang mendatangkan ke give up pan, hancur bahasa. 


ada yang berat naik..huhuhu..time tue tengah period..

Last timbangan 12/8 raya ke5, memang menyeramkanla timbang time lepas balik cuti rayakan nak makan pun terpikir-pikir hahaha..kesian.  Timbangan 12/8/2013 tue aku maintain 63.5kg. fuhhhhh. Sebenarnya ramai yang kantoi timbangan yang last tue, mana nak tahan rendang, kuah kacang, biskut2, air manis bla bla bla..kan?

Hari sabtu lepas 24/8/2013 timbang lagi 61.9kg, petang dia naik 62.2 kg...hahahhaha. Aku tau, aku dah kena sawan timbang. Sebenarnya aku memang timbang hari-hari tapi aku selalu ambik bacaan timbang lepas mandi pagi dengan baju kalau tak pakai baju ada gak beza 100-200 gram tengok bajunya..hahahahhahaahha...

Gambar kat bawak nie masa 1 june 2013 dengan berat 66.7kg, nie pun dah hilang 3 kg rasanya sebelum tue berat aku 71kg weiiiiiiiii..gila betul, pakai seluar semua ketat, aku sentiasa pakai baju kurung je longgar dan selesa..huhuhuhu.  Dengan ketinggian 159cm memang tak mencapai BMI yang ideal la kalau ikut dengan ketinggian aku BMI maksimum dengan berat 60kg.

baru balik joging..hihihi..dengan tudung sengetnya..nasib seluar terbalik tak nampak..hahahahha..sengal..

Sebenarnya aku risau jugak sebab kalau tengok masa puasa berat memang turun bestttttttt je, selalu time puasa kita hilang berat air. Itu yang bila masuk je raya berat boleh kembali pada asal atau makin berat..huhuhuhu.

Nak selesaikannya adalah meh kita puasa qada sambung puasa enam secepat mungkin nak mengelak daripada termakan makanan yang kita teringin sangat masa bulan puasa macam nasi lemak, roti canai, teh tarik...huhhuuhu. Eh jangan salah anggap niat utama memang nak menyegerakan puasa tue tapi sekaligus bantu badan jadi sihat.

gambar semalam...adoi nie gambar sebab mengiring tue sebab nampak slim..hahhahah.. upload kat FB ramai yang tegur...hakhakhak...eh tapi aku dah boleh sarung balik baju dinner tahun 2008...dah berapa tahun terperuk baju nie dalam almari sebab tak lepas tang perut dengan vontot.

Hari sabtu aku pergi beraya rumah makcik Azam, aku cuba sarung baju yang aku beli tahun lepas kat thepoplook, sebelum nie baju nie tak muat sebab aku beli saiz M. Bila aku pakai macam sarung nangka kat bahagian dada dengan lengan..hahhahahah... kalau ikut ukuran bahu je memang tak lepas..baju nie bahu 36cm bahu aku yang sedia ada nie 40cm...ceh macam mana entah aku boleh terbeli salah saiz. Baju nie juga hampir-hampir aku jual balik, opismate dah siap nak carikan buyer lagi, tapi lepas tue aku ubah pikiran,  aku cakap dengan opismate "takpela akak simpan mana tau nanti akak kurus boleh pakai"..hihihihi...
takde gambar penuh, tapi memang selesa pakai..longgar je.

http://www.thepoplook.com/6-dresses



macam niela lebih kurang baju yang aku pakai tue

Penny Chiffon Maxi Dress, aku punya takde corak, plain.

Aku lagi suka diet dengan kira kalori sebab semua benda boleh makan cuma lecehnya nak kena kira tapi aku selalu agak2 je. Aku download jadual makanan siap dengan kiraan kalori senang nak rujuk. Sebelum tue kena taula berapa keperluan kalori kita sehari ikut umur jantina dan gaya hidup. 

Misi aku seterusnya nak dapatkan berat 55kg..boleh?..hihihi..nanti nak beli baju saiz S pulak buat bakar semangat lagi.  Kita tengok boleh jadi tak.


Ini telah menjadi SEJARAH

23 Ogos 2013

Nasi lemak dipagi hari

Hari nie aku puasa sunat enam, baru hari pertama. Pagi tadi sampai opis ada bungkusan nasi lemak atas meja. Aku pun agihkan kat meja-meja sebelah. Ada satu meja tue aku letak dua..hihihi. Bahagian aku le tu.

Bila budak tu datang dia tanya aku, "akak puasa ke?", aku jawap "aah". Pastu budak tue sambung "bukan ke kalau puasa jumaat kena puasa hari sebelum atau selepasnya". Aku pun dengan yakin jawab "takdela". Budak tue pun senyap mungkin taknak argue lebih panjang. Aku sebenarnya pernah tau juga tentang tu, tu yang aku cakap *takdela* sebab ingat boleh je puasa.

Tapi dalam pada cakap *takdela* tu, mendatangkan keraguaan juga kat hati. Apalagi minta tolongla pakcik google. HUKUM PUASA SUNAT HARI JUMAAT. Ok, banyak yang share kat blog-blog. Terima kasih banyak-banyak, menepati sangat maklumat di hujung jari. Kalau puasa sunat hanya hari JUMAAT adalah makruh hukumnya ikut mazhab syafie, kalau nak puasa juga kena disertakan puasa sebelum atau selepasNYA. Maksudnya kena puasa khamis & jumaat atau jumaat dan sabtu *ada diorang sertakan hadis2 berkaitan*. Bagi yang mengantikan puasa tiada halangan, dibolehkan puasa sebab ganti puasa adalah wajib, so yang aku yakin cakap *takdela* rupanya kalau puasa ganti memang boleh puasa hari jumaat secara tunggal. Kalau dengar youtube UAI, yang makruh tue perbuatan berpuasa hari jumaat tapi pahala puasa sunat tetap kita dapat.

Kes aku pula hari ni, kira bernasib baik sebab semalam aku memang puasa jadi aku teruskanla puasa aku hari ni. Semalam hari last aku puasa ganti, selesai 8 hari tinggal nak puasa sunat enam je kalau dapat. Harapnya minggu depan boleh selesai. Insyaallah.


Ini telah menjadi SEJARAH

22 Ogos 2013

Raya ketiga 2013


sebelum keluar rumah *guna timer, letak atas kotak tisu..hahahha*
Ambik kata sepakat nak berkumpul kat kedai mamak, sebab nak sarapan dulu sebelum menuju ke destinasi. Rindu roti canai..hihihihi.

Aku sampai dulu kat mamak, kitaorang dah nak abis makan baru  kakida dengan ateh sampai. Abang Ayeng lambat sikit keluar sebab dia dah pergi rumah cikjah. So kitaorang tunggu kat sana je nanti. Sampai kat sana tak lama kayang pun sampai jugak dari ziarah kubur mbah wedok dengan mbah lanang.


wajib..hahahhaha


adoila izz nie..melekat, taknak naik kete dengan maknya...sobo jela dak kecik nie, tapi nampak macam kereta maknya mengelupur..hahahhaha..pang taula...hahahahha..

lagi??...hahahhahah..welll..

Sampai-sampai cikjah suruh makan..uhuks..memang tak ler..sebab baru belasah roti canai dengan maggi goreng..

Adik beradik tanpa ibu bapa..huhuhuhu..saje letak gambo yang tak jadi..hihihih..

bersama pasangan masing2...terbaekkkkkkkk..

Family besar kami....Alhamdulillah..walaupun tak berayah dan beribu, harapnya kami tetapi sepakat dan rapat sampai bila2..

tengok kereta banyak kat laman..dah tau meriahnya kan...
Pening sangat kat rumah cikjah, kecoh hahahahhahah.. Kebetulan pun diorang nak keluar beraya jadi kitaorang keluar sama-sama tapi lain-lain arahla. Aku, kakida, ateh dan abang ayeng akan ke rumah kakak arwah abah. Kayang dia nak beraya kat kampung tue, so berpecahla kitaorang.

Sampai rumah wak non dalam tengahari, konpem kena makan kat sini..wak non rebus pucuk ubi dengan tumis sardin pedas2...pergghhhh elok je aku tambah 2 kali hahahhahahha...

baru sampai rumah wak non
Lepas tue kitaorang singgah masjid  solat zohor. Pastu terus ke rumah anak wak non, abang pendi kat nilai 1.

Elok masuk simpang rumah dia nampak abang pendi naik motor baru lepas borong KFC...hahahhahahha... makan KFC lagi kita...hihihihi..

budak sebelah aku tue pantang jugak nampak kamera..hahahha menempel je...ceh..


Rumah last nie aku tak ambik gambar pulak..kelam kabut sebab nak cepat belum asar..huhuhuuh. Rumah last nie rumah adik arwah mak (paman eman), kebetulan tahun nie paman eman ada kat banting rumah anaknya kalau nak pegi rumah dia betul nun kat serting sana memang tak ler..huhuhuhu. Call minta alamat, diorang dah tunggu dengan hidangan makanan macam-macam. Kat sini kitaorang jumpa kayang jugak...dia pun dah abis raya kat kampung sana. Tapi kitaorang balik dulu, dia lepas maghrib baru reti nak balik..hahahahhaha..

Aku terus lepak rumah ateh dah siap-siap bawak baju semua. Dah setuju nak kumpul2 kat rumah ateh atau rumah abang ayeng. Mula-mula kakida plan nak buat tahlil ringkas sekali berjangguit tunggu kayang, dengan kayang tak boleh buat janji..hahahhahah.. selalu plan lari ke laut.

Lepas maghrib terus pegi rumah abang ayeng, kakmiza masak dah...hihihihi, tadah perut jela. Aktiviti sementara tunggu kayang...hihihihi

apa punya gaya daaaaaaaa

alahai..hahahhaha.. takde sapa nak ambikkan gambo *diorang malas layan*..takpe kita guna timer je..hakhakhak...

errkkkkkk.....*timer juga*...


Kayang sampai je terus meniarap sama-sama kat situ..hahahahhaha..mehla kita sambung bergambo...meniarap pun jadi...hihihi..


amboi sukanya..sampai gegar2..hahahhahaha..

ko kenapa kayang..hahhahah *nak tengok gambar yang jadi boleh skodeng fb haku..*

melepak tengok bola...harimau malaya vs barcelona

guna timer jugak nie, tue sebab aku berdiri...hahahhahahha..gigihkan..
masa nie aku gelak sampai tersedak...elok sangat perangai, tengah buat lawak meja makan 12 seat..hihihih..
Habis makan, time 'bakar duit'..huhuhuhu..siapa lagi tukang supply kalau bukan Azam. Walaupun aku tak suka pembaziran ni tapiiiiiiiiiiiiii.. aku jugak yang lelebih ..hahahhahhahah... dah ada kan hadap jela..huhuhu








Lepas habis acara ni apalagi..balik la weiiiiiiiii..penat seharian beraya. Raya keempat takde gambar satu pun *dah tak kuasa*, eh sebab aku beraya sefamily je so tak meriah..hihihih..kayang dah balik kedah, ateh beraya kat ganu pula.. So tamatla cerita raya aku untuk tahun 2013...Sekiannnnnnnnnn...

Ini telah menjadi SEJARAH

21 Ogos 2013

Raya kedua 2013

Masih kat kampung lagi. Tapi masa puasa tu dah plan dengan adik beradik nak beraya sama-sama raya ketiga. So raya ketiga mesti dah ada kat rumah sendiri. Pagi tue lepas sarapan, Azam dengan mak mentua ajak beraya rumah sepupu Azam. Masa dalam perjalanan ke rumah sepupu Azam, aku tanya nak balik rumah sendiri nanti pukul berapa. Dia cakap malam dalam pukul 9 ke 10 ke atas...mmm. Terus mulut aku muncung macam cencorot..hahahhahhaa..MERAJUK..muahahahahaha. 

Lepas dah beraya kat rumah sepupu Azam, pakcik Azam call kata dah sampai depan pintu rumah, dah kelam kabut balik. Siap diorang patah balik pergi pekan tapah tapau KFC patah balik pun kitaorang tak sampai-sampai lagi..hihihi..kesian.

raya kedua membalun KFC lagi..huhuhuh..sapa yang tetamu sapa yang tuan rumah pun tak tau ..hahahahhaha.. dah tetamu hidangkan sendiri KFC tue...hakhakhak..bagus sepupu2 Azam nie.
Tak lama lepas tue pakcik azam lagi sorang sampai, aku dah tersengguk-sengguk dah ngantuk weiii..dengan panas lagi, perut kenyang pula tu tanpa tinggalkan pesan aku masuk bilik landing terus....zzzzzzzzzzzzz..hahhahahahampeh sangat..menghantu sangat...hantu pun kalah wei..

Memang takde tanda-tanda Azam nak ubah fikiran nak balik siang-siang nie, jadi marilah bersenang lenang  dengan aktiviti berfaedah sangat..tido, tengok tv dan makan sambil2 beronline...hahahhahhaha..*sangat menantu tak beretika*

Serius la takde menda nak buat wei, kalau kenal aku nie, jenis tak boleh duduk diam kalau kat rumah sendiri..ada je benda aku nak buat sampai kadang-kadang aku pun tak tau apa benda yang aku sibukkan sangat kalau kat rumah ..hahhahahha.. Dah kat rumah mentua, balik pun sekali sekala takkan tetiba aku nak mengemas macam rumah haku..ada juga yang kena halau sat lagi..hahahhahahha.. itu yang aku mati kutu sikit kalau balik kampung 2 3 hari tue..huhuhuhu...Kalau ko dah biasa kat rumah A to Z ko buat sendiri, tiba-tiba ko setakat buat small small pieces je..hahahahahha..memangla buhsan jadinya. Eh nie cerita apa nie...hahahhaa...jauh terpesong cerita rayanya....

Bertolak dari kampung dekat-dekat pukul 9 la juga, itu pun aku cakap dengan Azam kalau ikut dia mmmm..agaknya pukul 10 pun tak gerak lagi. Selamat sampai pukul 12 lebih kot.

Habis citer raya kedua................


Ini telah menjadi SEJARAH

20 Ogos 2013

Raya pertama 2013

Dari tahun lepas dah takde sistem giliran yang kitaorang amalkan sebab aku dah yatim piatu. Suka tak suka mehla raya rumah mentua. hahaaha..boleh pula ada ayat suka tak suka ye.

Kitaorang balik hari rabu pukul 4.30 petang, pusing-pusing dekat area telok je dekat satu jam. Sampai diperhentian sebelah area behrang kitaorang berenti nak berbuka. Bentang tikar buka bekalan KFC yang kitaorang tapau dari telok. Meriah tau buka kat RnR tue, ramaiiiiiiiiiii orang. Tapi alhamdulillah jalan tak jem walaupun kereta banyak. eh aku tak ingatla sampai pukul berapa kalau ikutkan dari behrang ke tapah tue dalam 45 minit. 

RAYA

Pagi raya, bangun gosok baju. Nasibla kat rumah nie orang tak ramai jadi nak gosok baju tak berebut. Aku tau ada kawan2 kalau balik kampung siap angkat sterika sekali..hihihi..sebab anak cucu semua pakat balik kan. Nak gosok baju pun kena Q, belum lagi nak berak..miahhahahhaa...eh tue yang buat syok tuekan, meriah.

Tahun nie mak mentua aku balik seperti tahun2 sebelumnya, menu pagi raya adalah nasi ayam. Cuma tahun lepas je dia rebus ketupat n masak rendang. Aku apa-apa pun boleh, lagipun aku dah set kat otak taknak makan berlebihan masa raya..hihihi..eh tapi selalunya kalau raya kat sana aku boleh kontrol makan...bila balik sini..peerghhhhhh..sendat kain.

sebelum pegi masjid


gambo family yang hadooooooooo...

motip??? beliak2 kan mata mcm tue..hahahhaha..azam dengan tak butang baju..gambar yang fail!..
lepas balik masjid...anak-anak dah kebuluq...
Lepas makan melepak je..tunggu orang datang. Masuk tengahari aku tukar baju..ahhahahha..baju tue jela satunya baju raya yang aku bawak pun...

kat kampung ada wifi, takdela sangap sangat haku..hahahhahah... *teruk ketagihan aku dengan laman soSIAL*

Besan mak mentua haku...

Baby nie nangis pulak, masa maknya tengah makan..kena la jadi baysitter kejap... *baby gegirl hokey*

ginila gayanya..raya pertama..hahahhahahhaha...kesian..

bakar duit pulak...
Malam tu kitaorang keluar beraya kejap. Mula-mula ingat nak pergi rumah jiran-jiran sebelah rupanya masa kitaorang tengah tukar baju..tengok-tengok rumah diorang dah kosong, semua dah keluar beraya..hakhakhak..terpaksala mak mentua ajak raya rumah kawannya. Lepas tue melayan aqil nak tengok keretapi..mmmm..itu jela kerjanya kalau balik kampung..hahahahhaha...


stesen KTM tapah road..

tengah tunggu keretapi dari kolumpo nak touchdown sebelum ke ipoh..*tengok jadual perjalanan*

*aku suka baju raya aku tu (terima kasih yang tolong membelikannya) kalau aku naik timbang pakai baju tue nescaya naik 5 kilo....hahahhaha..sebab penuh manik kat depan baju* ..kalau pegi lagi nak kirim lagi boleh?..hihihihi pesanan untuk yang berkenaan... :-)

Ini telah menjadi SEJARAH