30 Julai 2013

Catatan Kenduri Kesyukuran

Pertama kali nak buat kenduri kat rumah sendiri setelah hampir 7 tahun duduk kat sini. Jadi ada sedikit kerisauan melanda hati. Setakat buat makan-makan kecilan tue tak masuk bookla. Ini jemputan yang aku anggarkan mencecah 400 orang (aku ambil kira pasangan dan anak-anak sekali)...fuhhhh..lap peluh. 

Setelah berbincang dengan Azam dan Ateh *dia penasihat aku yang FOC..hahahhahaah*. kitaorang ambik tarikh 23/06/2013 Itu pun aku paksa Azam cari tarikh, kalau ikut dia buat selamba je, masa berjalan aku nak kene booking katering, khemah, orang buat tahlil..bla bla bla...aiyak. Kalau ikut aku bila-bila pun ok, Azam nie tak boleh..karang dah pilih tarikh tue, dia tak free la itula inila..susah jadi menteri nie :-P hahahhahaha..

Rasanya, aku ada lebih kurang sebulan je lagi dari tarikh tue. Dapat  je tarikh terus kelam kabut cari katering bagai. Otak bergerak dengan cepat, terus buat list jemputan sebab nak bagitau katering berapa orang. Nasib baik katering free dan last minute tempah khemah pun nasib baik free  jugak *maksud aku hari tue takde orang booking, bukan takde bayaran tau* padahal minggu 15hb dan 29hb tue memang full booking.

Kad jemputan siap 2 minggu sebelum majlis..fuhhh mencabar betul, jadinya setiap kali balik kerja menebengla aku kat rumah saudara mara nak menjemput diorang..hahhahahaha. Sebenarnya boleh je jemput tanpa kad jemputan tapi disebabkan aku tak pernah buat kenduri dan duduk sedikit terasing dari kampung halaman jadinya aku buat map la sekali supaya diorang senang nak datang dah alang-alang ada map buatla jemputan simple print guna A4 lipat dua..hahahhahhaha.. Ada yang aku jemput melalui PM FB. Hari cuti pulak berjalan kakila aku menjemput jiran-jiran. 

Pasang khemah sabtu pagi, balik kerja sabtu tue aku, azam, diana (anak kayang) dan Sai (kawan diana) mengemas ruang tamu kasi clear sebab esok ada tahlil.

senangnya la ada anak dara yang rajin..hihihihi..main order je .."kakak tolong cikja buat tue!".."kakak tolong cikja buat nie!".."kakak tolong cikja gosok baju!"..hahahhahahha...

Dalam pukul 6ptg macam tue kakida dengan Ateh datang rumah, nak tolong pack goodies. Aku pun masak simple-simple untuk makan malam. Meriah jugakla malam tue...hihihihi. 

masa nie kakida tak datang lagi..buat dulu mana yang boleh buat
Masa aku hantar kad jemputan aku dah pesan kat saudara mara datang siang je sebab aku guna katering, kalau masak sendiri taula orang jawa nie, kendurinya 2 hari 2 malam..fuhhh tapi abang sepupu haku nie..belasah datang malam..hahahhahah..sabo jela. Dah tue terpaksa hidangkan masakkan makan malam yang sangat simple kat diorang. Tak jamu makan tak sedap hati pula.
Alhamdulillah..meriah, seronok...

Sebelum kakida dan ateh balik aku pesan kat diorang esok datang pagi-pagi tolong buat sarapan, tapi diorang belum sampai sarapan dah siap..hihihi, aku masak nasi goreng & mee goreng. So, diorang datang tinggal sarapan je. Lepas tue tengok anak jiran tolong susun kerusi meja. 

Tambah kapsyen

orang sibuk kemas ko sibuk ber camwhore

naisb ada anak-anak bujang yang baik hati tolong kemas..hihihihi..


Orang yang nak buat tahlil datang dalam 10-10.30 macam tue. Nervous jangan cakapla, ehehhehe, rasa macam nak kene nikah lagi sekali..muahahhahha..POYO.

Habis semuanya dalam pukul  11 lebih jugakla. Time orang marhaban makan dah ada tetamu lain yang sampai juga. Jemputan aku mula jam 11 pagi. Orang katering pun hidang makan ngam-ngam masa habis marhaban, mula2 tue panik jugak sebab nampak macam lambat pulak service katering nie, nasib sempat.

Paling best katering tue masak panas-panas ada makanan yang dia dah siap masak kat rumah ada yang dia masak masa tue jugak, so menunya habis 2 kali tray je tukar menu lain. Patutnya menu yang aku pilih  Sayur lemak nenas ikan masin, sayur campur, sambal udang, cendawan goreng(paling laku), ayam goreng rempah, ikan masin, buah, air selangor (oren+sirap). Tapi bila petang ada rojak buah pulak, pagi katering sponsor karipap, air 2 jenis (mudah-mudahan murah rezeki org katering nie). Lepas tue ada yang sponsor kuih muih yang aku tak tau sapa yang bawak. Aku tengok eh mana diorang dapat tapai pulut pulak nie..hahahhahah..macam mane tuan rumah sendiri pun tak tau nie...Memang meriah makanan hari tue.

full house..sampai duduk berlapis-lapis..maklumla rumah comel..huhuhuhu...

aku order gak aiskrim kon nie...saje buat budak-budak suka..eh bukan budak je suka..hahhahah..org yang bukan budak pun suka..nak balik ambik sampai 2 pastu taktau nak bawak motor macam mane tangan penuh aiskrim..muahhahahhaha...takpe2 memang untuk dimakan..

Takde berapa banyak sangat gambar yang ada, sebab sibuk takde sapa nak tolong ambik gambar..semua suka masuk dalam gambar  je. Bila ingat-ingat balik rugi takde gambar dengan kawan-kawan sekolah, kawan opis, sedara mara semua...aisshhhhhh....

aku baru nak sarapan..hihihi..


Anak dan mak

suami dan isteri


baca yasin















Gambar paling gedik..bawak-bawakla tobat parijah oit..hahahhahahahhahhaha




Secara keseluruhan aku happy la majlis berjalan dengan lancar. Semua puji masakan sedap itu yang aku nak, nak jamu orang makan biar yang sedap-sedap je.  Lepas tue makanan cukup-cukup untuk yang datang ada lebih sikit adik beradik pakat tapau. Kakak sepupu aku yang tolong katering tue pun dah siap simpankan lauk2 untuk aku dengan azam takut kitaorang tak sempat makan (memang pun tak sempat nak makan). Malam tue kitaorang panas-panaskan je semuanya. Alhamdulillah takde pembaziran.  .

Insyaallah ada rezeki panjang umur kita buat lagi ye, tunggu potong aqil punya pulak..hahhahahahahhaha...

Ini telah menjadi SEJARAH

22 Julai 2013

Takde hati langsung

Kalau ikutkan in real adala hati aku, kalau takde dah jadi kuning aku nie.

Hati yang aku maksudkan tue perasaan. Takde langsung perasaan nak raya, *eh raya lambat lagi ye, tue sebab takde perasaan agaknya*  dengar lagu raya pun rasa kosonggggggggggggggggggggg sangat. kosong kosong kosong....

Baju Melayu anak-anak dengan suami dah beli 2 minggu sebelum puasa hari tue, Baju aku kirim irfa hari tue dapatla 2 helai. Jadilakan. Cuma baju kasual anak-anak aku tak rasa nak beli tahun nie, seriusly anak-anak aku bukan kisah pun dia pakai baju lama ker baru. Anak lelakila katakan...hahahhaha..tapi macam kejamla pulak  mak kau nie.

Macam biasalah bajet raya hanya dari duit gaji semata-mata. So tadi buat kira2*walaupun gaji hari jumaat nie*, memang bajet utk baju anak-anak takde, duit dah tinggal suku je rolling eyes..

Seronok tengok kawan2 adik beradik beriya nak raya..hahahhahah. Ada yang cat rumah, renovate rumah..haahhaha..nie bukan dengki tapi saje irihati..wakakakkakakak..eh takdela. Not good nak irihari bagai nie. Kalau tak, aku pun terjebak nak renovate rumah nasib baik dah dekat puasa, sekali aku pikirkan tak payahla nak renovate2 rumah. LECEH + habis duit aku yang tak seberapa tue..membaziaq katanya..eh tak taula kalau esok2 ubah fikiran lagi.

Raya tahun nie, nampaknya kene raya kat perak huhuhu, ceh dan dan tue huhuhu. Biasala menhantu. Cuti raya pun tak meriah, mungkin akan apply hari sabtu aje so dapatla 4 hari cuti.

Ini telah menjadi SEJARAH

18 Julai 2013

Macam biskut kene angin

Lemaunya nak mencatatkan sesuatu kat sini....fuhhhhhhhhhhh...

Cerita kenduri separuh ter draft kemudian terbiar sepi.

Hari ni dah 9 hari puasa kan?. Ada orang taknak kira dah berapa hari puasa sebab sayang nak tinggalkan bulan ramadhan :-( . Rasanya cerita puasa aku macam tahun-tahun lepas juga. Cuma tahun nie aku rasa macam tenang sikit. Anak-anak pun puasa tanpa banyak kerenah. Kehidupan teratur seadanya. Alhamdulillah atas nikmat ALLAH yang sukar didustakan.

Ini telah menjadi SEJARAH

02 Julai 2013

Catatan anak berkhatan

Berhari-hari mencari mood nak buat catatan nie, nampaknya hari nie baru terbuka hati nak cerita. 

Rancang dari awal tahun lagi nak sunatkan anak-anak cuti sekolah tengah tahun. Azam pun booking sebulan sebelum nak potong *-*. Kebetulan hari yang ditetapkan dengan doktor jatuh hari cuti wesak (24/5/2013). Jadi petang jumaat dalam pukul 4.45 terus pegi klinik dan kitaorang adalah orang pertama yang sampai. Prosedur dimulakan lepas doktor sembahyang Asar.
baru sampai klinik...

Dari rumah lagi Azri cakap dia nak potong dulu. Okla, takde masalah pun sapa nak potong dulu janji potong! bila tengah tunggu doktor, memang azri masuk dulu dan pembantu doktor bersihkan apa yang patut. Ibubapa tidak dibenarkan masuk tunggu luar je sebab takut anak-anak meraung berlebihan hihihihi.
masa nie muka ada senyum...hahahhahah..gembirakan korang..

Tak lama Azri kat dalam bilik operation tiba-tiba dia keluar sampai teresak-esak dan pembantu doktor cakap bagi adik dulula, perasaan abang gemuruh keterlaluan..hahahhahah..adoila.
Azam tengah tenangkan Azri..huhuhuhu

Fahmi pun masuk bilik, Aku pula yang berdebar-bedar. Takut dia pun sama macam Azri. Tak lama lepas tue  doktor pun datang, dan mulakan prosedurenya. Tiba-tiba dengar suara menjerit kuat..hahhahahha..adoilaaaaaaaa. Azri yang duduk sebelah aku dah berzikir kuat *dia baca segala surah yang dia tau*..hahhahahhaa..memang ketawala aku kat situ lepas tue kene marah dengan Azam, anaknya tengah gemuruh lagi ketawa patut tenangkan budak tue...well u know me.. :-P

Sempat doktor tue post kat FB dia..hihihihihi..Fahmi in Action..

Masa tunggu fahmi tue ada lagi 4 5 orang budak nak sunat jugak. Bila Fahmi jerit tue aku risau jugak budak-budak lain lari balik. Nasib aku tengok semua tenang je muka..dalam hati tak taula.

Masa nak bius yang sakit..masa nie dah boleh makan gula2..hahhaha
Selesai dah Fahmi menjadi dewasa, turn Azri pulak, masa azri tak dengar dia menjerit sebab dia cakap doktor suruh dia gigit tuala..hahahhahahhahhahahha...okla tue...

Ini kira pengalaman pertama aku anak bersunat jadi tak berapa tau nak buat apa..hihihihihi, yang aku tau tak boleh makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Malam tue diorang memang tak banyak gerakla. Fahmi punya ok, tapi Azri punya ada masalah sikit sebab doktor bius lebih dari biasa. Lepas tue nampak bengkak keterlaluan pulak...eeeee..ngeri kot. Lagi teruk bila malam masih berdarah pulak berbanding fahmi punya,  dia punya kering elok n cantik lukanya. 

Masa perasan dia Azri punya berdarah tue aku dah pukul 10 kot, Azam sruh aku Pm doktor. Risau pula kan. 



Hihihi..mak yang panik lebih, tapi esoknya tak pegi pun sebab darah dah tak keluar lagipun azri tak sakit pun, kita tunggu Appointment untuk cuci hari isnin sekali. 

Lama jugakla diaorang nak baik dekat seminggu pun tak kering-kering, Azri punya bengkak tue macam tak surut-surut tapi luka nampak kering. Baru teringat kawan opis cakap suruh cari minyak burung merpati dia cakap ada jual kat kedai runcit india. Masa awal2 lagi dia suruh beli *taknak dengar orang yang dah ada pengalaman degil..hihihi*..biasala aku nie hahahhahahha..dah tak baik baru cari alternatif lain. 

Alhamdulillah letak dalam 2 3 hari lepas tue kering dan luka tue terkopek, diorang pun boleh pakai seluar dah.

Jadi bila diorang dah baik, aku kena tunaikan permintaan diorang untuk buat kenduri sempena diaorang bersunat. 

next entry.............

Ini telah menjadi SEJARAH