26 Mac 2013

Keyword yang membuatkan hariku ceria





Zaman dah berubah, agak-agak ada persoalan kat kepala hotak , cari je kat internet confirm ada jawapannya tapi betul atau tak sendiri tapisla. *N3 kedua aku pasal keyword*

Aku pun salah seorang yang suka membuat carian secara talian maya..hihihihi..lepas tue nanti aku sendiri mabuk maklumat sebab banyak sangat info. serius.

Tapi otak aku selalunya suci murnila takde nak cari mende yang bukan-bukan..hiks. Tapi kadang-kadang kalau tersalah keyword yang keluar boleh yang bukan-bukan!..bahaya siot.

Boleh dikatakan hari-hari aku cek keyword kat belog haku, hampir setiap hari ada je keyword lucah..hahahhaha..hampeh betul la korang nie. Minggu lepas ker 2 minggu lepas, masa kat rumah saje aku cek guna live traffic feed kat tepi belog aku tue, sekali ternampak keyword "K*te Hitam yang menawan"..hahahhaha...nak tergelak aku, motif cari sampai gitu sekali nape?????..sengal!!!. Rugi aku tak print screen..hahahhahah..




hari nie punya keyword hahahahhaha...terasa i tau...entah2 nie laki aku yang google tak?..wakakakkaka..kad sspn rosak?..hihihihi..
Teringat aku masa arwah mak disahkan kanser, setiap hari aku cari maklumat berkaitan sampai satu tahap aku hopeless sangat. Aku jadi murung resah sedih  dan menangis tiap kali dalam kereta. Sebab maklumat yang aku dapat dalam internet kebanyakkannya tak memberi harapan. Padahal masa tue mak dah berserah n Redha..huhuhuhu. Arrghhhhhh..aku tak boleh lupa saat mak peluk aku dan menenangkan aku, padahal mak yang sakit. Sampai mati  pun aku tak boleh lupa.

Kalau tengok keyword kat belog aku yang paling memduduki carta teratas carian adalah keyword tabi*ta..hihihihi. aku ingat kalau aku keluarkan N3 tab*ita confirm merudum teruk pengunjung belog haku nie..ahaks.

Ini telah menjadi SEJARAH

21 Mac 2013

Hanjing Betul!!

Aku tak taula semalam macam serba tak kena dari pagi dah stress membawa sampai ke petang aaiishhhhh. Macam rasa nak nangis je..huahuahua. Itula jugak status aku kat FB semalam.

Tak sampai berapa minit up status tue kat FB, Azri balik dari taman meraung raung. Sambil cakap sakit-sakit. Aku malas layan..hahahhaha..boleh macam tue *kejam jugakla mak ko nie*. sebab aku ingat dia gaduh dengan Fahmi. Tak lama lepas tue Fahmi pulak balik. Aku tanye Fahmi, "abang kenapa?"..dah tuan badan dok meraung2 non stop sampai tak boleh nak cakap kaki dia kenapa aiyyakkkkkkkk sabo je mak ko nie. Fahmi cakap "abang kene gigit hanjing" .. "what!!?"..eh tipu aku takdela mat saleh sangat nak ber what2 bagai...hihihi.. "biar betul korang nie, hanjing sapa yang gigit!?". 

Aku bangun tengok kaki Azri, berdarahla tapi tak luka macam kene gigit hanjing. Hujung ibu jari yang luka. Fahmi tunjuk rumah tuan hanjing. Eh sebelum tue Fahmi ceritala sikit2 apa yang jadi tadi. Aku apalagi panas hati betul. Belum habis Azri meraung aku terus jalan kaki nak serang pergi rumah tuan hanjing, melampau la bawak hanjing pergi taman. Dah dekat taman tue ada signbord tak boleh bawak hanjing ko bawak jugak hanjing..aiiiiyyyaaakkkkkkk..

Jumpa tuan hanjing tue, aku cakap "tadi anak u ada bawak anjing pegi taman ker?". 

Dia cakap "takde anak saya ada kat dalam".

"Tadi anak u bawak hanjing kat taman tapi rantainya terlepas,  lepas tue kejar anak saya sekarang anak saya dah luka, dia kata kene cakar anjing, ada kakak yang duduk kat taman pun nampak"...hambek..uhuks..

terus dia jerit nama anaknya pastu "&*&^$#$*((*#$&"  aku tak paham tapi gayanya dia marahkan anakya. Dia cakap anjing tue tak mungkin gigit sebab anjing jinak dan suka main2 dengan anak-anaknya.

"Anak saya panikla kena kejar dengan anjing, mungkin anjing tue ingat anak saya tengah nak main dengan dia, saya cuma nak pesan tolongla jangan bawak anjing pegi taman budak2 takut"

"saya selalu jerit2 dari dalam rumah tak bagi anak saya bawak anjing pergi taman, saya minta maaf, luka teruk ker?"

"Terkopek hujung ibu jari berdarah, kejap lagi saya nak bawak pergi klinik tunggu suami saya balik"

"takpe2 saya boleh hantar, saya ada kereta"

"takpelah tunggu suami saya tapi duit klinik saya claim kat awak nanti"

"boleh boleh" sambil angguk-angguk

Aku pun balik, lepas tue tengah duduk2 sambil bebel2 kat bebudak, tuan hanjing datang nak tengok Azri. Dia mintak maaf lagi sekali dan aku pun cakap hal yang sebenar bukan cedera kene gigit/cakar hanjing.

Bila si azri dah diam dari menangis aku tanye dia betul2 apa ceritanya. Ceritanya azri tengah nak ambik bola kat longkang tetiba hanjing yang budak tue bawak rantainya terlepas, jadi hanjing tue pun ikut lari kejar bola, Azri nie panik kaki dia tersagat dinding longkang. Gitula..takde langsung pun dicederakn oleh hanjing tue, cuma hanjing tuela penyebab dia terluka sebab panik. Sedia maklumla kita orang melayu sangat fobia dengan hanjingkan...huhuhuhu...tapi pegi klinik kene gak sedas kancing gigi. Hari nie pergi sekolah pakai selipar...

Masa Azam balik nak hantar Azri pegi klinik, bila tau bukan kene gigit hanjing aku kene marah..huhuhu..bencik. Mana aku tau masa tue aku panik anak-anak pun cerita tak betul. Ingat aku suka2 nak buat cerita jadi sensasi ker?...

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Mac 2013

Cinta ketek

Pernah ke korang rasa cinta ketek, best ker?..adakah gayanya seperti ketek. oh lupa ketek di dalam bahasa jawa sama dengan monyet. 

Kelmarin *tetiba teringat lagu zureda*, masa duduk kat meja makan *kat kedai* Azri dengan fahmi dok sok sek sok sek. Adalah yang diceritakan tue. Lepas tue Fahmi cakap

"ibu, ibu nak tau tak.. abang dapat surat dari S*budak perempuan aku lupa namanya"

Masa nie Azri diam je, dia biarkan adik dia jadi orang perantaraan eh jadi wartawan kepochi..hahhahahha..

"surat apa?"

azri pulak yang jawab
"suratla dia cakap dia suka kat abang"

"eee..poyola ko..hahhahahha"

"betulla, dia baling kertas tue kat abang"

aku tak tau nak respon apa,
"hahhahahhaha..."

"iyee...dia tulis i love u...." 

azri belum habis cakap aku dah gelak sakan..lawak kot..
"hahahhahahhaha..poyola kawan ko tue.."

"iyeeeee la bu, dia cakap i love u soo much"

lagi terbahak aku ketawa dengar cara azri cakap sooooooo much tue ngan muncung2 mulutnya..muahahahhahahhaha...tak sangka pula ada soooo much ingat i love u je...hahahhahahahhahah

"abis tue abang buat apa?"

"abang koyakkan kertas tue"

hahahhahahha..maluw la tue..

"cantik tak budaknya?" hahahhaa..mak ko takle blah..betul!

"boleh tahannnnnn la"

Azam duduk je *dia pegi toilet*. Nampak aku gelak2 ngan anak-anak. Dia tanya "apa?"..aku jawab "takde apa, rahsia"...hihihihi. Azam takpuas hati hahahha, bukan aku taknak cerita takut dia melenting..hahahhaha. Aku takut karang bebudak nie taknak kongsi cerita dengan aku. Aku kalau boleh nak anak-anak suka jadikan aku tempat diorang kongsi cerita luahkan perasaan semua. Macam kawan2.

Semalam, masa aku tengah masak Azri datang kat aku dia menjenguk apa yang aku tengah masak sambil tue dia cerita lagi..

"ibu, kawan abang tue bagi surat lagi"

"dia tulis apa pulak?"

"Dia suruh abang berterus terang sebenarnya abg suka sapa?"..

glup..tak boleh blah sungguh bebudak sekarang nie..hahahhahahhaha.

"abis abang buat apa"

"abang diam je cuma dia pesan jangan kotakkan surat dia kalau tak nanti dia tumbuk abang"

oh mannnnnnn...perrghhhhhhh..garangnya..hahahhahahha

"tapi dia mana tau abang koyakkan pun, bukan dia nampak"...

hahahhahahhaha...

Aku kalau teringat bebudak nie punya cerita nak tergelak je. Sungguhla berani budak perempuan itu. Hot sangat ke anak aku tue..kulit dah macam yenna kot, pun ada orang suka. aaiyakkk..satu lagi.....anak aku baru 11 tahun wei..hahahhahah..lepas tu pula belum sunat punnnnnnnnnnnnn..hahahhahahhahha...


Nampaknya cepatla aku terima menantu..muahhahahhahaha...

Ini telah menjadi SEJARAH

19 Mac 2013

Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang

Pagi tadi dengar lagu kat IKIM FM, lagu lama sedap pulak senikatanya. Bila cari kat youtube tajuk lagu nie JASA BONDA dari WARISAN. Pagi2 masuk kereta mesti pukul 7 pagi, rutinnya aku alih frekuensi radio 91.5fm aminkan doa pagi dulu, dah habis doa pagi baru alih radio panas atau sinar.

Pagi tadi habis doa pagi, keluar pula lagu nie aku lambat sikit alih ke frekuensi lain, syok la pulak layan lagu nie. Last senikatanya MARAH BUKAN KEBENCIAN tapi TANDA SAYANG. Habis lagu tue aku tanya anak-anak. "Faham tak makna lagu tue?". Azri jawab "entahla tak paham"..hahhahah..budak nie memang tau malas nak pikir. Fahmi yang jawabkan "maksudnya kalau marah bukan sebab benci tapi sayang"...good job fahmi. Aku cakap 

"okla macam nie nampak parit tue, kalau abang main tepi parit lepas tue ibu nampak tapi ibu diam je sampaila abg termasuk dalam parit tue...agak-agak abang ibu sayang abang tak?". 

"tak sayang."

"sebab apa tak sayang?, sebab ibu tak marah *maksud aku tegur* abang masa ibu nampak abang main tepi parit tadi kan?" 

"aah"...

Pagi-pagi dah kene tazkirah anak-anak haku..bertabahla korang.

Aku nak anak-anak tau setiap yang aku marahkan sebab aku nak diorang jadi baik sebab aku sayang bukan sebab BENCI. itu pointnya.

*sekadar hiasan*

Aku suka layan IKIM FM pukul 7 pagi (dengar doa pagi je) kemudian Khamis 5.15 petang ada rancangan islam agamaku...hihihihi


Ini telah menjadi SEJARAH

08 Mac 2013

Bila tak kene dekat batang hidung sendiri...

Bukan nak cari salah siapa, tapi mungkin boleh direnungkan & dipikirkan. Untuk peringatan diri aku jugak. JANGAN PENTINGKAN DIRI. Kemalangan tue adalah penyebab je, kalau dah sampai janji Allah apa pun kita tak boleh buat.

Rabu petang aku baca status kawan sekolah aku. Masa aku baca aku tak rasa apa-apa pun. like pun tidak. 

kawan aku memang ada masalah W n kependekkan perkataan hahahhaha..pandai2la nak pahamkan..

Bila esok pagi masa aku nak hantar Azam pegi kerja, dia dapat sms dari kawan dia. Minta Doakan anaknya yang tengah koma sebab accident semalam. Aku kenal kawan azam nie sebab dulu, kitaorang pernah berjiran dengan arwah mak kat rumah lama. Dan cerita Azam nie buat aku teringat kawan aku punya status sebab cerita Azam mcm ada persamaan dengan status kawan aku. 

Petang semalam lepas balik training Azam dengan kawan2nya terus pegi KPJ, nak melawat. Bila sampai rumah je, tetiba Azam cakap 

"bu, anak isa dah meninggal".

 "innalillah..bila, bukan tadi abg tengok ker?". 

"memangla abg tengok, lepas kitaorang turun hospital je dapat berita dah meninggal, tadi masa tengok baru bagi harapan kat isa tue cakap anaknya nampak ok sikit". 

huhuhuhu...sedih.

Terus aku ambik henpon tanya kawan aku, yang buat status semalamnya. Kalau meninggal sebab lambat dapatkan rawatan sebab takde orang yang nak tolong hantar ke hospital memang menyedihkan. Aku tau dah takdir, tapi sebagai orang awam apa effort kita nak tolong orang yang dalam kesusahan/kecemasan/kemalangan. Ini aku ingatkan diri aku jugak nie.


Paling terkilan kawan aku niela sebab dia yang cuba nak tolong tapi terbatas pulak. Budak nie dah jatuh masa kawan aku sampai tue. Dia pun tak tau budak nie jatuh macam mane. Bapaknya cakap jatuh sendiri langgar bonggol. Kakaknya yang bawak motor, lepas ambik adiknya balik sekolah. Kakaknya cuma luka-luka ringan je. Adiknya nie teruk mungkin sebab masa jatuh kepalanya terhentak ke jalan, jadi ada pendarahan dalam kepala.

Aku harap kak ita tabah dan redha atas kehilangan anak bongsu tersayang. Sesuatu yang pedih. Janji dia dengan Allah dah sampai.  

Aku kan pergi 
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya..

Ini telah menjadi SEJARAH

06 Mac 2013

Pemberian itu aku hargai, tapi dot dot dot

Nak cerita hal peribadi yang gumbira tapi tergendala *tadi aku eja terkendala..hahahha..salah la..tapi dah betulkan* sebab kes Lahad Datu *memikirkan mcm aku yang jadi PM*..hahhahahha..tak karuan rasanya..

Senin lepas Azam balik kerja, dia bawak berkat *berkat=souvenir org kahwin*. Dikerumun dengan anak-anak, masing-masing berebut air kotak. Aku jeling-jeling je sebab tengah layan FB..hahhahahah. Lepas tue Azam hulurkan benda hitam, aku tanye "apa nie?" Azam cakap "tudung". "sapa bagi?" "abang belila"..hihihi..bukan apa kawan-kawan kerja Azam nie pemurah, kadang-kadang balik dari bercuti mana-mana, bagi bajulah, aksesorila, key chin, makanan..dll. Biasala kat kilang macam-macam orang menjual, jadi Azam nie kadang-kadang dia membeli gak..hahahha..yang untung of coz haku, tapi tuela kadang-kadang taste dia tak sama dengan aku atau erti kata lain dia main beli je..hahahhahah..

Azam belikan aku tudung jenis syria yang ada manik2 atas kepala. Memang cantikla tudung tue n kain pun sedap tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kan aku sangat tak sesuai pakai tudung jenis syria. Aku cuba gak, bila aku pakai je, anak dengan bapak gelakkan haku yang bapaknya pulak siap buat tangan nasyid lepas tue nyanyi..sengal..wakkakakkaka..

Azam buat tangan macam nie..
cantik manik2 nie...

Bila aku nak ber camwhore je, habis semua hurung, dah macam semut dapat gula semua menempel nak bercamwhore juga..hahahhahha..well keturunan rasanya perangai camwhore tue..ahaks. Banyak lagi gambar sengal-sengal ubi, tapi cukupla nie je karang ada yang muntah kayak pula tengok gambar2 syok sendiri nie paling teruk gambar maknyala ihihihihi..


muka sebenar memakai tudung syria..hahhahaha..eeee..bowlllat..bugrukkkk..sangat hahahha..

aqil paksa haku..hahahhah..sibuk je budak nie tau..
Hari tue aku cium2 aqil lepas tue dia tanye

"Mama, nape mama suka cium adik banyak2?"

"takde pape saje suka"

"sebab adik nie COMEL SANGAT ye"


nak fitam haku dengar statement dia..

hahahhahhahahha...perasan betul budak nie *alamak takkan perasaan pun keturunan gak*. 


Ini telah menjadi SEJARAH

05 Mac 2013

Malaysia perang?

Macam tak percaya, benda nie akan berlaku kat MALAYSIA, tahun 2012 Malaysia adalah negara ke 20 di dunia  paling aman dan ranking nie akan jatuh untuk 2013...huhuhuhu.



Semalam Fahmi tanya aku "ibu kalau jadi askar, banyak duit tak?"..uhuksssss. Duit tak banyak nak, tapi jasanya sangat tinggi pada negara, bangsa dan agama *aku jawab dalam hati je*

Aku berharap sangat perang nie akan berakhir dengan wira2 kita selamat. Tiada lagi yang terkorban.

aku tak tau mana satu sultan diorang nie semua claim sultan sulu..huhuhuhu..
Untuk peringatan anak-anak ibu, keamanan yang kita ada bukan bersifat kekal bila- bila masa ianya boleh tergugat bila kita lalai. Ingat anak-anak ibu, jadikan sejarah itu peringatan yang berguna.

apa pun pandangan kamu tentang politik.... bersatu lebih baik..



Ini telah menjadi SEJARAH

04 Mac 2013

MASALAH NEGARA!!

Mabuk maklumat haku dengan kes pencerobohan sabah.

Masa mula-mula kes ni kedengaran dalam pikiran aku satu je. Sapa Kesultanan sulu nie..huhuhu.. *buta sejarah betul*. Hasil maklumat kawan-kawan kat fb dapatla pengetahuan sedikit sebanyak siapa kesultanan sulu yang membuat kacau bilau.

Aku tak minat nak campur adukkan benda nie dengan politik. Sana tuduh sini, sini tuduh sana. siap menghajingkan lagi perwira2 negara yang terkorban, sangat biadap!.

Yang terbaru aku baca nie pasal konspirasi pihak luar, bukan sebab kesultanan sulu, diorang nie dijadikan alat oleh pihak lain..mmmmm.. 

sikit jela aku share..huhuhu..korang boleh carik kat fb/google mesti benda nie dah tersebar luas..

Aku doakan Malaysia tetap aman, damai dan sejahtera. Moga Allah tolong kita.

Ini telah menjadi SEJARAH

01 Mac 2013

1.3.13

Cantik tarikh hari ni.

Teringat minggu lepas ker 2 minggu lepas Azam beli paper. Tiba-tiba kena tegur dengan satu lelaki nie.. "u punya no kereta naik hari nie first prize". Balik Azam belek hujung paper tue..eh betul la naik no plat kereta..muahahhahhah.. sabo jela.

SESUNGGUHNYA MAIN NOMBOR EKOR ITU HARAMMMMMMMMMMMMMMMMM 

Pernah jugak ada yang minta nombor ic aku yang belakang tue, sebab nak beli no ekor. SIALAN betul!..hahahhaha. Aku nak bagi?..sorry, aku taknak subahat!!.

Pagi tadi dalam kereta Azam tegur

"ibu tak pakai bedak ker?"..hahahha..Azam ni memang tau..kadang2 je aku malas nak pakai bedak, tapi kalau pegi kerja memang aku pakai,  siap krim entah apa2 tue aku tepek kat muka sampai 3-4 lapis..hahahhahhaha...

"pakaila"

"macam tak pakai je"

"iyelah pakai bedak murah memang macam tue, cepat cair"

"la iye ke? petang nie jugak kita beli yang mahal ye"

Ceh, semua nie POYO! perli haku ker apa nie? Aku rasa ok je muka aku, cantik macam selalu..hahhahahha..aku memang pakai bedak(compact) murah wei, silkygirl 9.90..muahhahaha.

Tapi hagak percaya jugakla kalau dia nak belikan..hahahhahah..sebab baru-baru nie dia belanja aku purse., dah dia offer *beli jiwa sebab kene tinggal balik kampung..minggu lepas..hahahhahha...* memang aku claimla siap dapat lebih dari harga sebenar. Ala kira okla aku pakai purse 5 tahun sekali kot baru tukar, tue pun sebab rosak dah purse tue habis melekat2 gamnya kat kad bank, kad sspn anak2, ic, lesen..satu keje pulak aku nak tanggalkan gam tue..eeeee..memang aku lontar dalam tong sampah ler jawabnya.

Azam murah hati bulan nie sebab dia ada lebih la tue. Selalunya bulan2 macam nie dia dapat bayaran AL yang tak digunakan..hahhahahha. banyak  O sekali dapat. Dia punya time banyak duit haku dah boleh hagakla..hahahha. Bulan !@ bonus, bulan ^ pun bonus bulan @ ker # bayaran AL, bulan # ker $ increment..muahhahahhaha...so sebagai isteri aku kena bijak mainkan peranan *menghabiskan duit laki dengan berhemah*..hahahhaha.

Tang haku punya jangan dikira sebab bos aku ikut mood dia tapi yang pasti increment 2 tahun sekali itu pun main pilih2 puihhh...BONUS?..mmmm...setakat nie tiap2 tahun ada tapi bila tue,  RAHSIA takle bagitau..hahahhahhaha *gelak jahat*

Syukur, murah rezeki. Mudah-mudahan rezeki bertambah banyak dan berkat untuk keluarga kecil ku ini.Amin.

Baca  dari atas memang cacamerba betul N3 nie..hahahhahhahahha..lantakla,  niat awal tadi nak karang pasal tarikh cantik tue, tetiba laju je tangan tap tup tap tup, jadilah n3 cacamerba..eehikssssss.

Ini telah menjadi SEJARAH