28 Februari 2013

makan, dimakan, termakan, memakan, makanan

Dah 2 hari berturut-turut aku sarapan nasi dagang hihihihi sedap weiii. Lupa kejap diet aku yang tak pernah berlaku pun sebenarnya..hahahhahaha..berlaku dalam hati je nak diet nak diet nak diet..puihhhh...


Aku sebenarnya suka masak & makan. Lagi-lagi kalau masak, orang makan dengan selera lagilaaaaaaaaaaaaaa aku rasa seronok, silap gaya aku boleh masakkan makanan tue tiap-tiap hari..muahahahhaha..*habisla muntah kayak*. Oleh sebab aku pun suka makan jadinya kadang-kadang aku malas masak..ehehehehe..boleh camtu?.

Aku juga suka  tayang gambar makanan aku masak kat FB dan instagram..hihihi. Lepas tue ada pula opismate teringin, mencarik nahas sangat tapi takpe kita buat ramai-ramai kat opis. Nasib yang dia teringin tue benda simple delicious je. hihihihi

gambar nie yang buat opismate tergoda..aku kalau masak apa yang ada je dalam peti ais aku belasahkan mcm brokoli tue dah kuning2 karang rosak masuk tong sampah sayangla pulak, jadi aku celur ngan air panas makan sekali ngan bubur tue..sedap jugak..hihihi
Pastu perbincangan diadakan, so tiap orang kene bawak sorang sikit. Ada yang bawak bilis goreng, telo asin, cilipadi, ikan masin, ayam tumis dengan lobak masin sedap giler *tue aku yg bawak*..muahhahahahha..tak bleh belah parijah oittt...bla bla..memang meriah sampai selak lauk baru nampak bubur nasi..ehehhehehhe.....bubur nasi sorang je yang bawak sebab ada opismate volunteer nak masak dari rumah hihihi..

Aku kadang-kadang kene sindrom muak tengok nasi *belagak sangat!* hihihiihi. Kadang-kadang tekak nak makan yang simple tapi sedap contohnya macam makanan kat bwh nie. hihihii. Anak-anak pun sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat. Senang kerja mak ko. Tapi kene kadang-kadang jela boleh masak macam nie..salmonnnnnn tue... kene 4 keping dah berapa ringgit huhuhuhu..Masakan macam nie sesuai time bulan penuh je..huahuahua.. Tapi kalau nak compare makan kat luar macam nie memang berbaloi masak sendiri modal lebih kurang dalam 50 inggit boleh makan santak sampai malam (lunch+dinner).

aku dah pesan kat opismate yang nie i surrender ler klu suruh buat kat opis..hihihi..tapi aku kene turunkan resepi kat diorang *yang itu takde masalah sangat*
 
 
 
Gambar makanan yang terakhir untuk N3 nie sangat nostalgia......tapi keropok tue je yang nostalgia..orangnya belum lagi..hihihihi. Azam balik kerja dia tunjuk gambar nie kat aqil 
 
"aqil tengok nie, sapa?"..
 
"eeeeeeeee..mama".. 
 
"lawa?"..
 
Ceh motip tanye anak, lawa ker tak?..hahahhahha..dengkila tue dia tak ambik gambo macam nie..hahahhahah..*nasibla bang dpt bini mcm nie*

keropok opak

Ini telah menjadi SEJARAH

27 Februari 2013

Gangster cakap macam mane???

Tengah syok layan FB, sambil tengok tv. Aqil khusyuk tengok tab. Tiba-tiba terlontar satu soalan.

"MAMA GANGSTER CAKAP MACAM MANE???"

"haaa, gangster cakap macam mane?, mana ibu tau"

"ala mama cakap la gangster cakap macam mane?"

"ibu, tak tau la dik gangster cakap macam mane"

"ala mama tau, mama cakapla gangster cakap macam mane" *dah start nangis*

"hish, ibu tak taula!"

Sampai ke sudah dia 'berzikir' suruh aku cakap, gangster cakap macam mane. Geram ada nak ketawa pun ada. Apa ko pikir mak ko nie gangster ker ha....manala ibu tau gangster cakap mcm mane, tapi sebenarnya aku tak paham soalan dia..hahhahahhaha.

Zikir *nangis plus mumbling* dia tahan sampai satu jam hokey, tahan jela telinga ko. gggrrrrrr...Hampir-hampir mak ko jadi gangster jadian, nasib iman tebal di dada dik. 

Aqil nie kadang tanye soalan yang ko tak reti nak jawap. Lagi soalan yang aku ingat aku takle jawap. Dia tanye aku "kenapa rumah ezat terbakar?"..hahhahhaa..kes dia tengok UPIN IPIN episod bomba. Aku dahla tak tengok episod tue, mana aku tau kenapa rumah ezat tue terbakar?. Berzikir jugakla dia, last-last aku jawab sebab dia main api...hahhahah..terus dia diam sambung tengok upin ipin tue..fuuuhhhhhhhhhhhhhhh..lega nasib dia terima jawapan haku. Satu lagi yang pelik kadang dia tanye soalan dia dah ada jawapan bila jawapan aku lain dari jawapan dia... dia boleh mengamuk ..hahahhahahha...menjengkelkan betul budak nie tau.

 

Video kat atas nie dia tengah 'zikir' gak tue. Kes nak mandi tapi nak aku mandikan, jawapan mak mithali boooo..layan..hahhahahha.

Semalam dah sampai rumah kakak pengasuh tak nak sekolah, aku malas nak gaduh-gaduh dengan dia, aku suruh turun kereta sambil cakap "nanti aqil boring takde kawan semua orang sekolah nanti mak tido aqil sorang2" dia jawap "takpela nanti aqil tido sekali ngan mak"..mmmmm..hahahhaha..malas aku layan. Tapi kakak pengasuh cakap dah pukul 8 lebih dia suruh kakak pengasuh hantar pergi sekolah...hahhahaha..apa ko pikir sekolah tue bapak ko punya ker qil ..suka2 hati je nak masuk sekolah pukul berapa...aaiiiyakkkkkkkkkk...pitam layan budak nie.


"adik sakit tekak la"...sambil pegang belakang leher..."bukan tekakla, tengkok"..hahhaha...mana tak sakit tengkok, gitu gayanya.

Ini telah menjadi SEJARAH

25 Februari 2013

Hadiah tahlil untuk mak

Hampehla dah siap dah patutnya Ne3 nie  tetiba pula ada error  tak bleh nak save/publish...arrghhhhhhhhhhhhhhh...

Minggu raya cina tue, rabunya aku dah kerja. Kayang pula baru nak balik sini. Ceh, apada semua orang dah kerja dia baru nak balik, takle nak lepaking sama-sama. Sabojela.

Bila dengar je kayang nak balik sini, kakida cadangkan nak buat tahlil adik beradik. Aku setuju aje dan yang lain-lain pun ikut je. Kebetulan bulan 2 adalah hari lahir arwah mak dan sama bulan dengan hari lahir Ain (anak kakida) dan yang menyedihkan Ain mimpi arwah mak mengusap mukanya lepas hari lahirnya...huhuhu...*mungkin nenek nak ucapkan selamat hari lahir macam dia selalu buat masa hayatnya* :-(

Khamis malam jumaat masa yang paling sesuai buat tahlil tue. Kakak-kakak plan nak masak simple untuk hidangan lepas tahlil. Aku memang tak cuti la hari tue *nak ngelak kene tolong masak..hahhahahha*. Ateh yang kebetulan ada hal tercutila dia hari tue, mangsa yang sesuai jadi supir kakak-kakak cari bahan nak masak petang tue..huahuahuahua.

Tapi petang tue aku minta balik awal sejam, sampai rumah mandi-mandi pastu angkut anak-anak pegi rumah ateh. Azam kerja malam tak boleh follow. Aku sampai je memang diorang tengah masak-masakla, huru hara jap..hihihi..tapi aku bukan tolong sangat pun, tolong buat kecoh je. Ala ada kakak-kakak nie semuanya sap sap soi...hihihihi. Sebelum maghrib semuanya dah siapppppp pun.

aku tolong goreng ayam je, jadila dari tak tolong langsungkan..

Sebenarnya bukan senang nak kumpul adik beradik nie, sebab orang jauh di perantauan tue susah nak balik kalau tak cuti sekolah. Tue sebab kalau tak cukup korum kitaorang buat tahlil kat surau je.

tok imam baru sampai, lama tunggu tok imam rupanya pegi memerut dulu..muahhahahha..
budak kecik bermuka pelik tengok makciknya ber camwhore..hahahhahahha...


Tahlilnya lepas maghrib. Azan isyak berkumandang je tahlil ringkas pun habis dengan jayanya Alhamdulillah. Semoga hadiah tahlil nie sampai pada arwah-arwah. Rasanya inilah hadiah terhebat dari anak-anak mak untuk arwah mak tersayang walaupun arwah mak takde kat sini tapi mak tetap dalam hati sampai bila-bila.

memang betul2 adik beradik, anak-anak beranak je...tiada yang lain.
Habis je tahlil kaum lelaki pergi ke surau, sembahyang isyak yang kaum perempuan ready untuk dinner. Kat surau pun ada tahlil jugak memang setiap malam jumaat ada tahlil untuk waris2 yang nak buat tahlil diorang cuma bawak makanan yang nak disedekahkan jela bila habis tahlil nanti. Dapatla nasi ambeng sebungkus.

org jauh diperantauan dah merasmikan nasi ambeng tue..heheheheh..dia sorang je kot..kahkahkahkah..
Masa diorang makan nie, aku tak makan sama aku saje buat-buat kecoh usik sana usik sini..hahhaha. Sumpah suasana yang menyeronokkan. Kononnya aku tak makan sebab masa kakak-kakak habis masak tadi aku yang tukang 'rasa'..hihihihi..rasanyala sangat kan sampai sepinggan aku bantai...hahhahhaha. Eh tapi Azam sampai je, layan dia makan aku pun termakan lagi...hahhahahhaha.. sepinggan termakannya. Takat kene perli tue tak mematahkan semangat makan aku, bertambah semangat ada..hahhahahhahaha..coi sangat.

Habis makan, kemas apa yang patut balikla haku. Esoknyakan kene kerja, anak-anak pun sekolah. Tapi aqil taknak balik dia tengah seronok nak main dengan sepupu pupunya, masa tue dah pukul 10 kot. Menjerit-jerit dia dalam kereta adalah 3 kali aku berenti kat tepi jalan yang gelap ugut nak turunkan dari kereta..huhuhuhu..aku yang buat aku yang rasa seram..hahhahah..dahla malam jumaat jalan golapppppppppp.

Ini telah menjadi SEJARAH

21 Februari 2013

Cuti raya

Maksud aku cuti raya cina yang dah berlalu hampir 2 minggu lepas.

Aku ingat macam kebiasaannya Azam nak ajak balik kampung cuti panjang kan. Rupanya dia tak cuti langsung. Sangap gila duduk rumah 3 hari *sangap katanya padahal suka*

Aku pun dah tak berapa nak ingat apa aku buat 3 hari tue tapi yang pasti aku santak tido muahahhahah...sampai azam cakap "macam dia yang keje malam"..hahahahhahahha..Dahla tido je masak pun malas, terpaksa laki ajak makan luar huahuahua. Memang saje membesarkan badan.

Anak-anak pula, bangun tido je tanya "hari kita pegi mana bu?"..hahahhaha..kesian kan. Jadinya hari selasa tu aku ajaklah Azam keluar awal, pergi sarapan pastu ajak tengok wayang cerita HANTU KAKLIMAH 2. hihihi. Sampai sana ngam ngam 10.30 pagi first tayangan start 11.00 pagi, cantik sangatla. Pagi-pagi orang tak bangun tido lagi panggung wayang pun kosong.

pengalaman pertama aqil  tengok movie kat wayang


over kot si Fahmi ni, belum mula lagi baru iklan pun...ceh sabo jela.
Aqil 5 minit pertama je duduk elok kat seat sendiri lepas tue mmmm...berpangku dengan aku. Kebas kaki aku. Sabo jela, alasannya takut sebab tengok cerita hantu. Azam cakap, "tau beli 4 seat je"..hahahhahaha..

Filem ni biasa-biasa je, tak bleh lawan yang HKL 1. Kalau HKL 1 sepanjang jalan cerita aku boleh gelak non stop kot yang nie macam bosan sikit n banyak diolag HKL 2 nie ulang diolag HKL 1, yang bezanya orang lain cakap dialog tue. Contoh kalau tgk HKL 1 masa husin balik rumah nampak kak limah kat tingkap rumahnya kan husin tegur "hai kaklimah tak tengok Akedemi fantasi ker, ada Ac mizal"..lebih kurang gitula..kat HKL 2 pun ada dialog tue bezanya kaklimah yang tegur husin masa husin nak naik ke rumah. Scene nya sebijik HKL 1. Ada 2 3 lagi scene yang sama. Tapi masih boleh gelak la.

Masa keluar dari TGV  ni, Ya Allah ramainya umat manusia nak jalan pun berlaga-laga. oitla nasib keluar pagi-pagi. Tengok orang yang nak beli tiket wayang pun berlingkau2 barisannya.

Round sedas 2 kat Aeon tue turun bawah, anak-anak nak Takoyaki pulak. Layannnnnnnn. Suka sangatla diorang dengan takoyaki nie. Azam cakap apala yang sedap sangat mcm cekodok je pun. >_______ <

sorang sebekas..mak ngan bapak tengok je...huahuahua..kadang tue tak cukup sorang sebekas sapa makan lambat nasibla kene pau sebijik..hahahhahah..

Sekian,
Begitula cerita RAYA CINA saya. TAMMAT.

Ini telah menjadi SEJARAH

16 Februari 2013

Pasang surut hidup

Dah namanya hidup biasalah kan. Ada masa kita jatuh kebawah ada masa kita naik keatas  ada masa pula hidup kita seimbang tak kat atas, tak juga kat bawah.Tapi In Shaa Allah aku ok dengan semua ni.

2 3 minggu nie Allah turunkan ujian dengan anak-anak tak sihat. Demam panas dan muntah-muntah. Aqil sampai 2 kali aku bawa pergi Hospital Banting. Lawatan kali kedua dia kene drip & ambik darah tapi alhamdulillah darah ok dan sekarang dia pun dah sihat. Rupanya virus demam tue berpindah pula ke Fahmi & Azri. Dapat MC 2 hari masing-masing. Aku paling takut bila anak-anak demam panas huhuhu...macam-macam usaha nak turunkan panas tue sebab suhunya sampai cecah 40. Sejak aku takde mak ni sifat panik aku makin menjadi-jadi bila tengok orang tersayang sakit. Aku jadi stress, gelisah hati berdebar-debar. mmmm.

nasib sekali cucuk je dah dapat darah, meraung tak hingat..akhirnya tertido keletihan. Lepas tue kene tunggu result darah tapi malang sikit nasib aku dapat doktor 'bisu'. Tiada langsung penerangan dari doktor pasal darah aqil memangla darah dia ok. Situasinya aku masuk bilik doktor, dan doktor tengok result terus tulis slip ubat bagi kat aku. Sumpah aku terpinga-pinga. Masa tue pulak badan aqil memang panas betul balik rumah aku cek 39.5 suhunya. Doktor  langsung tak buat pemeriksaan fizikal kat badan aqil ...mmmmm...
balik dari hospital, dalam badan dia aku dah balut tuala basah..

bila demam memang kene tabah jelah dengan perangainya..lepas tue terbawa-bawa sampai dah baik demam..fuhhhh..memang mencabar keimanan betul, sampai pengasuh dia pun komplen dengan perangai DIVA dia..huahuahua..

Fahmi pula sambung demamnya...makan ubat ok habis 4-6 jam ubat tue demam balik. 4 hari jugak tahan demamnya, yang azri tak demam tapi muntah2 pening kepala..alahai..

Sekarang aku pula rasa sakit-sakit badan..huhuhuhu. Tapi jadi mak mak nie perkataan DEMAM terpadam dalam memori otak, kalau di layan boleh huru-hara rumah..huhuhu..lagi stresssssssssssss...

Ini telah menjadi SEJARAH