30 Januari 2013

Kecil majlis itu

Kebetulan senin cuti, rasanya macam elok kalau aku buat makan-makan simple hari ahad tue sempena meraikan hari jadi anak-anak. Pukul rata sekali 3 orang sekaligus walaupun sorang lahir bulan 7 sorang bulan 10 dan lagi sorang bulan 1. JIMAT!. Lagipun kesian kat abang-abang Aqil, dah besar-besar nie jarang aku nak sambut besday diaorang janji2 nak belikan kek sampai naik setahun lagi pun tak tertunai padahal sebijik kek je pun uhuksssss..bad mother.

Aku jemput adik beradik seminggu sebelum tue, lagi setengah jam majlis aku baru jemput jiran kanan kiri hiks.

Masak simple2 je, mee goreng basah, spagetti carbonara, ayam goreng ala2 KFC dijodohkan dengan coleslaw, tembikai dan air yogurt koktail made by Azam.

belum habis nyanyi dah tiup apeda....

tugas blogger..huahuahhua

jemput makan semua..
jiran sebelah rumah baru sampai..hihihi

Jiran aku tanya "bila fariza masak, tak dengar bunyi bising pun?".. "masak sorang kak, apa yang nak dibisingkan, kalau masak ramai2 konpem riuh sampai rumah akak dengar". Cukup masa semuanya terhidang atas meja. Perancangan masa yang tepat hihihi. Mula-mula tue cuak jugak, sempat ker tak siap pukul 2. Tapi sebab dah bajet masa & bahan2 masak semua aku dah siapkan tepat 1130 pagi aku start masak dah..

kawan sekolah...tuan rumah entah round yang keberapa entah..hahahhahaha..

izz qaren...muka stim..hikssss..

umai tetamu terakhir petang tue. Aqil sibuk bukak hadiah lor..



..saja nak try cupcakes ada gambo2..



gambo aqil..hahhahah.. main tipu gak nie kata besday 3 orang sekali gus..tapi nape gambo aqil je ada..hahhahaha...menjawabla ko mak..ekekekkekeke.... *sebagai mak of cos aku bagi jawapan yang terbaikkkkkkkkkk*

Nampak je simple majlis nya tapi fenat jugak oooo..hahahhahha. Bayangkan aku sorang yang uruskan dari masakkkkkkkkkkk sampai mengemas. Azam keje malam, aku tak bagilah dia tolong sangat nanti tak cukup tido boleh bertukar jadi raksana...hahahhaha.. *tau pantang orang laki 1-penat, 2-tak cukup tido 3-lapar 3 benda nie kalau terjadi silap sikit mencari pasal karang hahhahahha*.  So aku kenelah menjaga kehormonian rumahtangga. Nasib esoknya cuti kan. Boleh relax-relax. 


Ini telah menjadi SEJARAH

22 Januari 2013

Nikmat apa yang aku nak dustakan

Entah kenapa aku menjadi sangat penggila dengan supplement. Mungkin kecewa dengan hasil luaran, kononya beralihla pula dengan dalaman. kahkahkah.kesiannnnnnnnn dia.

Tapi sebenarnya aku dah mula makan VCO (coconut virgin oil) masuk 4 bulan. Aku rasa ok. Kemudian aku terbeli pulak Kacip Fatimah dari Dr zubaidi. Kemudian tertengok pamplet shaklee lepas tue opismate pula saiko kata ok sebab dia makan vit C mukanya yang dulu berjerawat besar dah nampak cantik kemudian aku pun terorder juga tapi bukan vit C la aku order vit lain. Kacip Fatimah dan produk shaklee tue aku beli dalam bulan nie. Memang mencari nahas dikala aku takde bajet pun sebenarnya untuk semua-semua tu. Pastu ada lagi yang bukan-bukan aku beli uhuhuu.

aku tak beli untuk cantikkan kulit tapi aku beli untuk cantikkan badan..hihihi *mmg kompen cantikla sebab takde duit dah nak beli makanan..hahhahah*

Dalam minggu lepas duit aku kat bank tinggal RM18 hahahaha dan lebih bestnya tak boleh keluarkan pun 10 tue kahkahkah nampak tak betapa sangapnya aku. *Sangap yang dicari* Dalam purse adalah puluh-puluh. Memang terbaik pokainya. Nak gaji lagi 7 hari ni. Parah sangat. Pastu ada jugak hal emergency yang tak boleh dielakkan yang memerlukan duit.

Ahad malam minta belas ehsan Azam full kan tank minyak kereta..hihihihi.
Malam tadi dapat sms dari kakida. Masa tue aku dah nak tido. *Aku memang tido awal pukul 10-10.30 wajib atas katil..hihihi*.

Hari nie aku tawakal jela dengan duit 18 inggit tak bole keluar tue. Dalam purse tinggal belas2 ringgit. Pastu saje je simpan duit bantuan sekolah anak 50 inggit dalam purse mana tau emergency nak guna, kira hutang dulula hahaha. Nasib semalam pagi sarapan dan lunch di taja ehehhehe. Selamattttttttttt perut haku dari kelaparan. *teruk sangat dah bunyinya tuekan*

Dengan menurut perintah pagi tadi aku datangla rumah kakida. Pastu kakida cakap "akak nak bagi duit hasil" "eh ada ker, aku ingat akak nak bagi aku sarapan"..hahahhahhaha..memang itula yang aku pikirkan dari rumah. Tak terpikir langsung kakida nak bagi duit hasil kebun. Takdela banyak sangat cukup-cukup je nak cover sampai gaji nanti. Ala takat tanah sekangkang kera pastu pokok sawit pun jarang-jarang macam gigi orang tua..hahhahaha *jahat sangat perumpamaan tu*. Itu pun hasilnya kutip 6 bulan sekali kalau tiap2 bulan memang tak rasa apala sebab dah bagi 2 dengan tukang petik.

Rezeki yang aku tak sangka-sangka sangat sampai kat kereta buat aku terpikir dengan nikmat Allah nie. Rasa takjub dan syukur sangat-sangat. 

Nikmat apa yang aku nak dustakan. SYUKUR sangat.


Ini telah menjadi SEJARAH

21 Januari 2013

Rumah ada api panggil TNB





Semalamkan rumah aku kan hampir-hampir terbakar...ceritanya macam nie..

Aku dah janji dengan kakida nak datang lepaking kat rumah Ateh sebab kayang balik sekejap hantar anaknya masuk UIA lepas dah cuti panjang. Tengah sedap-sedap berjanji tue aku kerahkanla anak-anak aku mandi, kapur kasut, kemas beg bagai takut balik lambat karang diaorang tertido dalam kereta susah pulak nak kejutkan. Oh lupa masa lebih kurang pukul 6.15 petang. Aqil dengan Azri dah mandi tinggal Fahmi je, Sementara aku tunggu Fahmi mandi tue aku angkat kain dulu kat luar. Masa nagkat kain tuela aku dengar benda meletup-letup macam mercun, tengok atas siap berapi-api. Panik kejap aku. Masa tue aku ingat nak lari je tapi teringat anak-anak kat dalam rumah. *ada hati nak selamatkan diri sendiri je..hahahhah*. Nasib tak jadi api besar kalau tak aku tak taula mcm mane anak-anak aku. Aku tengok letupan tue macam reda sikit aku masuk panggil anak-anak keluar sambil aku off main suiz. Bau hangit dah masa nie. Terus talipon Azam*dia keje masa pagi*. Bila aku pasti takde letupan lagi aku cabut semua plug yang ada. Memang golap la masa tue sebab mendung lagipun dah dekat puul 6.45ptg.Tambah hujan renyai2.

Fahmi yang tengah mandi ketakutan keluar dari bilik air tanpa seurat benang panik punya pasal..muahhahahhaha. Aku suruh dia sambung mandi dengan azri jadi teman depan bilik air. Lepas tue aku pulak mandi *hahahha..sempat mandi tue*. Siap mandi dah wangi-wangi aku cari bil TNB sebab nak talipon aduan kerosakkan. Cari bil pulak tak jumpa. Terpaksa google. Aku ingat nak tunggu azam je tapi takut lambat sangat lagipun azam tak tau mana yang terbakar sebab aku yang nampak.

Aduan TNB 15454. 

"selamat petang, saya F boleh saya membantu"

"En. F saya nak buat aduan, meter bacaan letrik kat rumah saya keluar api, sekarang nie dah bau hangit" *belasah je*

"ok boleh saya tau sapa yang bercakap?"

"saya Siti Fariza"

"oh itu boleh menyebabkan kebakaran puan"
"sekejap ye puan" 1 minit berlalu
"ok, alamat puan sekarang berada di no %$# jalan pandan #%^, Taman %^&*, Telok &^R$$  dan no talipon puan 03-6499556. Betul?"

"iye betul2" *fuyoooooo canggihla sekarang nie, boleh detect sendiri dari mana kita buat panggilan...batak kejap haku, padahal dia cuma tanye nama aku je, pastu aku cerita dengan Azam, dia pun tumpang batak juga muahhahahhaha*.

"ok, sekarang saya nasihatkan puan tutup semua suiz dan plug kemudian jauhkan diri daripda tempat kejadian, kami akan hantar pasukan TNB dalam masa 1-2 jam"

"ok terima kasih en F"

"sama-sama"

Aku ajak anak-anak keluar rumah tunggu kat depan pagar. Tak sampai 10 minit ada abang nie naik motor, aku kenal dia nie sebab selalu hantar surat2 kat area taman rumah ni, dia ni mcm AJK taman gitu. Dia tanya "keluar api ye?"...lor dia ker yang jadi pasukan TNB yang kene standby..hihihi..sonang keje den. Pastu baru lori TNB datang sekali.

yang repair abang TNB naik lori..hihihi..memang terbakar mende alah tue..cair aku tengok covernya.


Abang TNB Betulkan tak sampai 10 minit pun. Siap je baru Azam balik. Konon dia yang nak call TNB, takpe bang bini abang sekarang berdikari sangat selagi boleh buat saya buat..cheewaahhhhhhhh..*padahal cuma talipon TNB je pung poyo je lebih*.

Kemudian Rumah ku terang kembali,  happy ending.........


Ini telah menjadi SEJARAH

15 Januari 2013

Sebarkan cinta

Tajuk nak gahhhhhhhhh je parijah nie ehehehhehe.

Aku dah remove N3 tabita yang lama aku upkan je cerita yang baru pasal tabita tue ye dan seperti yang dijangka statistik pelawat menurun dengan mendadak hihihi tapi takpe aku bukan buat belog untuk kejar pelawat yang masuk kat sini. Aku berbelog sebab aku suka dah 6 tahun pun usia blog haku ni, masih bertahan huahuahua.

Ada FB tapi tak semua benda aku boleh kongsi secara detail macam aku cerita kat belog, lagipun tak ramai yang tau haku ada belog hanya orang tertentu je kot yang tau *agaknyala hahaha*. Sekarang banyak medium nak sebarkan atau nak share life korang dengan orang-orang kat luar tu. Kita ada FB, Instagram, twitter bla bla bla.. tapi setakat ni aku suka FB n Instagram. Artis pun galak sangat le kalau kat instagram (IG). Contoh macam gambar Dato Siti Nurhaliza yang sekarang dah full bertudung sebelum belog gosip2 artis keluarkan berita aku dah tengok dulu gambar dia kat IG just follow je, lagipun aku tengok semua gambar kat belog gosip artis tue pun cilok *mungkin minta izinla kot*  IG Dato siti.

Baru-baru ni ada kawan kat instagram bagi satu gambar cikgu perempuan pergi sekolah naik motor dengan jalan berselut sebab dia mengajar kat kawasan pendalaman. Serius aku jadi kagum kemudian aku hantar request nak follow instagram cikgu tu. Tengok profile ada belog la cikgu nie, apalagi zassssssssssssss aku baca belog cikgu dan dah khatam pun. Ya ALLAH bila baca N3 dia hade yang aku ketawa terbahak-bahak ada yang aku mengalirkan airmata. KAGUM, INSAF n BERSYUKUR.

Kalau cikgu lain pergi sekolah dengan vouge de vas cikgu nie pegi sekolah macam orang angkasa. Tabik springla CIKGU!!

Perjalanan ke sekolah ambil masa 2 jam paling cepat dengan jalan selut mcm ni, bayangkan. Pertama kali dia lapor diri ambik masa 4 jam wei nak masuk. Takde bekalan elektrik  diorang pakai generator so ada masa-masa je boleh buka generator tue, tapi sekolah tue sangat cantik damai je aku tengok. Sekolah kat kawasan tanah tinggi memang pemandangan indah ada sungai bagai kata ko.




Ini telah menjadi SEJARAH

10 Januari 2013

Itik pulang petang

Takde kene mengena dengan itik pun....

Aku dah cerita betapa sibuknya aku bila pagi hari masa anak-anak sekolah, sekarang aku nak cerita masa balik pula *ada orang kisah nak tau ker? huahua*

Sebab 2 orang anak soleh *korang yang baca tolong aminkan* tue sama sessi jadi, aku tak perlu lagi jadi patung cendana depan sekolah. Diorang balik 5.30ptg naik basikal terus pergi rumah kakak pengasuh. Aku pula sampai rumah kakak pengasuh lebih kurang 5.45ptg selalunya ngam ngamla atau kadang-kadang aku kene tunggu kejap sebab diorang saje lambat-lambat mengetest *hahaha jahanam bahasa* basikal. Angkut semua beg-beg dan anak-anak soleh tue terus balik rumah.

Lebih kurang 6.15 ptg aku dah sampai rumah dah. Syoknya dapat balik awal. Dah 4 tahun aku balik rumah menghampiri jam 7 mlm *time anak-anak sekolah* uhukssss. Sampai rumah angkut beg-beg masuk dalam rumah *amboi detail sangat pula ceritanya*. Tak sempat duduk defrost binatang ternakan dalam peti ais, masak simple-simple jela. Sambil tunggu binatang ternakan boleh dimasak kita masukkan baju-baju kotor dalam mesin basuh, kemas sikit2, angkat kain sediakan bahan nak masak dan masakla kita. Anak-anak soleh tue buat hal masing-masing dah tak kacau dah mak dia nak jadi lipas kudung..eh kecuali Aqil bab dia kene buatkan apa yang dia nak kalau tak boleh huru hara engkau jadinya. Selalunya dia nak nenen je*lepaskan gian sebab kat rumah kakak pengasuh dia dah tak nenen*

*gamba takde kene mengena dengan cerita* hasil melangut 40 minit kat rumah kakak pengasuh, aqil marah taknak ambik gambar tapi maknya syok sendiri ekekek hada haku kesah


Pang pung ping busshhh bashhh dak dik duk *hebat sound effect nya pun* bagai dalam 7.30ptg aku mandi,  solat dan dinner pun siap masak. Rehat kejap + tunggu Azam balik, lepas tue tugas Azam kene gosok baju sekolah anak  *Azam dah sign kontrak gosok baju sekolah selagi anak-anak tak boleh gosok sendiri eheheh*. Aku temankan sambil lipat kain, siapkan barang-barang yang nak dibawa ke rumah kakak pengasuh esok harinya dan sidai kain yang dah basuh tadi.  Habis Azam gosok baju aku pula sambung gosok baju kerja dan sampin *hahaha nie memang pelik Azam gosok baju+seluar, sampin dia tak gosok, boleh macam tue? hahaha*. Tugas anak-anak soleh pula makan, kemas beg sekolah untuk esoknya buat kerja sekolah kalau ada. Dalam pukul 930 mlm diorang kene tidur atau paling lewat pun pkl 10mlm. *aku kene pastikan semuanya beres*

Selalunya dalam pukul 9.30 mlm baru aku dan Azam makan malam *redho jela kalau membuntal*. Pukul 10 aku dah ada atas katil. LETIHnya. Atas katil tak terus tido layan dulu drama-drama yang tak sempat tengok kat tv, online je dari hp, dekat 11mlm baru la tido.

Rutin akan berubah bila Azam kerja malam, aku tak masak ker atau anak-anak ada tusyen. Berubahnya samaada makin sibuk atau kurang sibuk gitu. Kalau Azam kerja malam aku basuh je kain malam tue esoknya Azam yang sidai. Kadang-kadang aku tak masak sebab beli makanan kat pasar uhukss*dapat rehat lebih sikit*. Kalau anak-anak tusyen pula busy lebih sikit sebab diorang kene makan sebelum pergi tusyen atau aku terpaksa hantar diorang tusyen.

Gitula rutin petang hingga ke malam aku untuk seminggu nie.

Busy like bee kata ko..


Feliknya badan sikit pun tak menunjukkan pengurangan ukuran lilit hahaha tetapla comel aisshhhhhh ingat penat lebih sikit badan boleh jadi macam lisa surihani ker. Selera makan pun elok je ekekeke macam mane???

dapat badan mcm nie balik pun dah kira hokeyyy huhuhu. Nie gambar bulan puasa 2012 hari tue. Cepat je badan haku naik kan ambik masa 3 bulan je fuhhhhhh

lagi gambar haku kurus cheewahhhhh kurusla sangat kahkahkah

Ini telah menjadi SEJARAH

09 Januari 2013

Tabita

Lagi sekali?

mmm..bosan kot nak review uhuks, tapi sebab aku dapat maklumat baru n demi kepentingan sejagat aku review juga la walaupun aku bukan pengguna tabita lagi. Aku adalah bekas pengguna tabita. Try pun sekali je selama 2 bulan ++. Lagipun aku pernah review produk nie dulu jadi aku taknak review yang buruk nanti tutup rezeki orang pulak kan tak baik laa..

Ada yang komen kat N3 lama aku *tabita* bagi satu link iaitu link Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, nak tau fungsi Biro nie  sila la google sendiri ye, malas aku nak letak kat sini *hahaha macam tak ikhlas je nak review*

Aku printscreen masa aku check produk under nama tabita. So, hasilnya macam kat bawah nie. Nampaknya ada 4 produk tabita telah didaftarkan under biro nie. Tapiiiiiiiiiii..kalau korang pakai set tabita tue ada satu jenis produk tue takde dalam carian nie...ok sapa dapat teka produk apa.....dan sebelum nie pun aku ada cakap produk nie sangat kuat bau chemicalnya.


Ada jugak yang komen kat N3 lepas2 tue diorang cakap takde masalah ngan tabita tak pedih tak mengelupas elok je cantik. Allah tue sangat ajaib DIA ciptakan manusia tue tak sama antara satu sama lain contoh paling mudah cap jari macam tue jugak kulit muka kita setiap orang tak sama. so tak boleh nak compare kesannya antara satu sama lain. Aku cerita pun berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin kulit muka aku sensitif.

okla produk yang takde dalam carian tue *drummmmmmmm pls*




v






v






v



heeeeeeeeeeeeeeeee..ngada sangat buat macam nie



 kahkahkah *bajet bagus*





v





v


yang takde toner tabita atau dikenali sebagai smooth lotion. Ok yang lain tue korang boleh pakai tanpa ragu-ragu, eh tapi kalau nak pakai set tue pun sukahati korangla duit korang muka korang eheheh. Tapi mungkin Toner belum sempat lagi dia hantar untuk kelulusan kan. think positiffffff.

Aku tak taula kalau yang jual selain penawar syifa enterprise tue sama ngan tabita yang orang lain jual. Aku cuba google penawar syifa enterprise tue tak dapat apa-apa pun. Kesimpulannya kalau korang ragu-ragu dengan sesuatu produk kecantikan boleh check kat laman biro tue. Boleh klik kat sini.

Aku takde apa-apa kepentingan tentang produk. Sekian, harap maklum

OK, SELAMAT MENCANTIKKAN MUKA.

Ini telah menjadi SEJARAH

08 Januari 2013

Bila masuk mulut je masing-masing tergamam

Setiap sabtu memang aku kerja macam biasa tapi setengah hari je. Azam kebetulan memang off hari sabtu tue. Aku pula hari tue rasa tak  sihat sebenarnya sakit kat belakang telinga berdenyut-denyut *macam nak kene beguk* memang mood jatuh ke tanah betul. Azam tanya banyak kali nak pergi makan ke tak anak-anak lapar diorang makan nasi lemak je kot pagi tue. Aku diam pastu tido uhukss *aku tak cakap pun aku sakit, malas nak cakap*. Ala jadi mak-mak nie kalau sakit memang malas nak melayankan badan tue. dalam hati berharap baik sendirila karang uhukss.

Masa tidur terbau benda sedap, rupanya Azam goreng ubi yang aku dah siap potong n bubuh rempah bagai *dalam peti ais entah dah berapa minggu* muahahhaha. Rasanya pun dah masam-masam. Kesianla pula mesti diorang lapar.Lepas tue aku bangun mandi bla bla bla. Tau-tau dah ada dalam kereta set GPS pergi Shah Alam cari kedai nasi arab hahaha.

Google lebih kurang pastu aku decide ikut je GPS tue, kahkahkah aku memandai je buat keputusan Azam ikut je. Pusing sana pusing sini sampai satu bangunan yang tak seperti restoran tapi dia Food court nama kedai tue D'arab cafe dengarnya ada banyak cawangan. Azam pelik mungkin dia membayangkan restoran arab yang memang style2 arab kot kahkahkah. Aku tak terkejutla sebab dah google dah tempat nie. Duduk kat situ datanglah pelayan lepas tue orderla nasi arab untuk 5 orang makan(set). Food court nie kat Shah Alam seksyen 7 tue je yang aku boleh bagitau, direction memang fail sebab aku ikut GPS lagipun Shah Alam memang bukan area aku huahuahua.

Sekali order sampai, terbuntang biji mata aku, dalam dulang sederhana yang nasinya aku ingat kalau 8 orang makan pun takpe. Gila membukit nasinya. Dalam nasi ada ayam dengan lamb.

hasil setelah nasinya aku bahagikan kat pinggan masing-masing (5 pinggan)
Masa suapkan nasi dalam mulut, terdiam kejap Ya Allah apasal sedap sangat nasinya nie hahaha batak sangat! dengan nasinya panjang-panjang perrghhhhhhhhhhh memang terbaikla kalah kot aku rasa nasi bryani.

Azri sampai 3 kali tambah, Fahmi 2 kali, aku 2 kali, Azam sekali je sebab nasi dia memang aku letak banyak sikit masa mula-mula. Anak-anak aku pun suka sangat nasi nie, Azri makan dengan ayam, Fahmi makan dengan lamb. Ada sambal n sup, sambal sedappppppp sup pun mabeles. Lebihnya kitaorang tapau memang tak terhabisla nak makan sekali hadap banyak tue.

Masa nak balik, keluar parking nampak kat atas bukit *jalan sebenarnya tapi dia tinggi sikit dari tempat parking tue* macam orang jual cendol. Azam ajak makan cendol pulak. Oh kegilaan apa nie, perut dah ketat nie weii tapi sebab aku isteri mithali ikut je la *mithali sangat padahal kalau pasal makan memang tak pernah nak tolak*.

Sekali buka pintu kereta apasal bau laksa pula nie, orang nie jual cendol ker laksa. Azam sekodeng dulu rupanya dia jual kedua-duanya sekali ehehehe. Aku pun turun nak order cendol sekali tengok laksa dia takle tahan pulaaaaaaaaaaaaaaa order laksa juga kahkahkah *perut ker lori sampah nie*

sempoi je orang nie jual tapi customernyaaaaaaaaa ramai weiii
Baunya buat aku tak tahan nak merasa. Aku nie memang penggemar laksa. Sebulan sekali mesti buat laksa lepas tue berhari-hari aku boleh panaskan kuah laksa tue makan hari-hari hokey tak pernah jemu. Aku sorang je habiskan seperiuk laksa hahaha.

memang terbaikkkkkkkkkkkkkkk hokey laksanya Azri dengan Fahmi pun belasah jugak, kitaorang order satu je pun kata kenyang lagi...ins shaa allah sabtu nie nak repeat lagi..asyik teringat-ringat je..
best makan atas nie angin kuat...memang nikmat
kawan gaduh..
Aku nie memang tak sedar diri badan dah bowlat makan tetappppppppppp jugak menjadi keutamaan dalam hidup aku, bila tengok gambo menyesalnya makan banyak. Tapi bila makanan depan mata hilang rasa menyesal hahaha bila entah nak insap parijah oitttttttt...






v





v





v






v





v




v





v


paha dah macam batang balak cukup baja..huwaaaaaaaaaaaaaaaaa...*jangan nak nangis sangatla*

Aku ingat berat aku naik mencanak-canak lepas raya hasil daripada makan tak control ikut sedap tekak je, makan nasi macam orang kerja buruh binaan gayanya padahal lepas tue ko terdampar kat bilik macam dugong mana tak bowlatttttttttttttttttt sangat. 

Terima la padahnya. Nak kurus bukan senang!!.. *lap peluh*


Ini telah menjadi SEJARAH

07 Januari 2013

Permulaan 2013


Sibuk?

Takdela sibuk mana pun selalu tue aku buat-buat sibuk je. *tiba-tiba blur nak karang ayat apa* masalah betul!.

Hari pertama sekolah, aku cuti nak uruskan beberapa perkara, paling penting nak uruskan hal transit Azri dan Fahmi. 

Azri pakai bedak hahaha apasal ada satu line kat dahi, Fahmi pula sememeh kat pipi..anak anak
Macam biasalah hari pertama sekolah jammmm sudah semestinya. Mak bapak yang nak hantar anak-anak masuk darjah satu parking ikut suka je. Kalau dah lambat takde parking dekat kenela jalan sikit parking jauh nie tak, nak juga parking depan pagar sekolah, lepas tue ikut suka ko je nak parking kereta. Kalau nak parking depan sekolah sila la datang pukul 6.00pagi, confirm ko dapat parking best. 

Sebab aku takde anak yang nak masuk darjah 1 jadi, aku turunkan je anak-anak kat depan pagar sekolah. Lepas tue masukla korang ke kelas sendiri, pandai-pandai la cari kelas korang. Lepas hantar diorang nie sangkut dekat 20 minit agaknya depan sekolah, hampeh betul.

Lepas tue nak hantar Aqil pula. Semangat terlebih!,  Aqil orang kedua yang datang hahaha *ibu abah dia yang lebih sebenarnya*. Aqil masuk sekolah pukul 8 balik pukul 12.

Aku tunggu kejap je, lepas tue aku keluar dia selamba je, aku ingat adala drama airmata rupa-rupanya bo layan je bila aku cakap aku nak balik. Ada juga la bebudak yang nangis dia pandang je, tue tengok tengah bizi ngan kawannya.

Good boy la aqil nie sampai hari nie pun sampai sekolah je terus lari masuk kelas salam pun tak hokey sabo jela haku. Aku yang lari2 kejar dia nak salam :-)

Lepas hantar aqil, aku ajak Azam ke banting ada hal yang nak di settlekan. Balik tue siap-siap tapau nasi ayam 3 bungkus ehehehe. Lepak rumah Ateh, nak balik rumah sendiri jauh pula nanti. Masa buka pintu rumah Ateh terus teringatkan arwah mak. Ya Allah sedihnya. Kalau saat-saat macam nie selalunya mak yang paling sibuk sekali. Sibuk dengan cucu-cucunya. Suasana rumah yang sunyi tue buat aku terkenang-kenang.

Rehat-rehat kejap, pukul 11.45 aku dah nak ambik Aqil. Sampai je tengok dia dah kat luar dengan cikgunya, balik cepat sikit. Sampai rumah minta nenen hahaha. Lepakla dengan Aqil sampai dekat pukul 1 lepas tue nak ambik Azri dengan Fahmi pula. Azam tidur sebab dia kerja malam ngantuk sangat, kesian pula aku nengoknya.

Sekolah Agama Azam yang hantar bebudak sebab Aqil dah ketiduran. Pukul 5.30 ambik pula Azri dengan Fahmi. Lepas tue terus pergi kedai basikal. Esok dan seterusnya Azri dengan Fahmi kene pergi sekolah naik basikal. Transit dari rumah kakak pengasuh. Senang sikit aku, takde la nak kene pusing kampung tiap-tiap hari. Pagi-pagi aku letak je semua kat rumah kakak pengasuh, balik pun macam tue. Jimat masa dan minyak kereta. hihihi. 

Satu hal nak beli basikal kene beli 3 biji sekaligus. fitam!. Dah pilih 3 biji kene tunggu nak pasang itu ini. Hantar basikal kat rumah kakak pengasuh ngam ngam maghrib *sungguh kurang sopan*. Lepas tue tumpang maghrib kat rumah kakida sebab nak terus pergi makam malam atau omputih cakap dinner, kalau balik rumah dulu memang lepas tue tak keluarla gamaknya, aku nak masak dah malam-malam nie memang tak laratla *manjang tak laratnya pun*.

pukul 8.17 masih lagi berbaju sekolah, nie dekat kedai makan.
Balik rumah suruh anak-anak mandi kemas beg sekolah. Aku pula gosok baju sediakan beg untuk esok. Tepat pukul 9.30mlm aku hambat bebudak tido. Esok kene bangun awal sebab diorang kene naik basikal, kalau lambat nanti banyak kereta n anak-anak aku first time nak naik basikal tue macam gayat sikit hahaha.

Sebab excited melebihi segalanya diaorang takde masalah nak bangun 545 pagi. Hari ketiga tue Azri yang bangun dulu hahaha tapi bila dia tengok aku masih tido dia sambung tido balik, boleh???. Setakat nie takde masalah lagi. Alhamdulillah. Aqil pun ok bangun mandi sendiri ada juga la mood yang down aku mandikan dia *siramkan je pun sabun berus gigi semua buat sendiri*

Aqil belum dapat baju sekolah sebab takde size, masa nie dia menangis nak pegi sekolah naik basikal sebab nampak abang2nya naik basikal hahaha

Hari jumaat kena pakai baju melayu, aku kene melayan dia main basikal pepagi uhuksssssss. Dah rupa badang aku, hari-hari nak angkut basikal dia naik kereta, suruh tinggal je kat rumah maknya taknak..ggrrrrrrrr..

Azri dan Fahmi dengan basikal masing-masing

Setakat nie anak-anak happy dapat naik basikal. Aku pun tenang sikit, tak terkejar-kejar masa balik. Lagipun biar diorang rasa pengalaman naik basikal dan berdikari sikit. Anak lelaki kan. Lagipun sebenarnya tak jauh pun dari rumah kakak pengasuh tue yang aku percaya diorang naik basikal tue. Hari-hari balik sekolah cerita pengalaman diorang naik basikal eheheh. Fahmi masih takut-takut, lagi-lagi bila nak melintas jalan. Tapi abangnya n anak kakak pengasuh ada aku tak risau sangatla lagipun pakcik rela ada jaga budak-budak melintas.


Tuelah kerja budak kecik nie..
Selalunya aku sampai rumah kakak pengasuh pukul 7, nak hantar aqil 740-745 macam tue. Jadi aku melangutla depan rumah kakak pengasuh dekat 45 minit uhuksssss. Melayanlah si kecik banyak mulut nie main basikal.


hari nie dah pakai baju seragam sekolah, saiz s takde cikgu bagi saiz m. Kat bahu ok bajunya tapi panjang baju sampai lutut..hahahhahha...dah mcm baju tido pula.
Siap pakai kasut sekolah bagai, layankan. Pagi tadi dah sampai sekolah dia buka kasut nak letak kat tempat kasut sekali terpijak air hujan bertakung kat lantai. Aku pandang je dari dalam kereta dia cakap "stokin adik basah!" aku jerit kat dia "sikit je!"...hahahha. Lepas tue aku tengok dia terjenguk2 depan pintu, aku pandang je tak masuk-masuk, aku turun je tengok dia, baru dia masuk pembantu cikgu sambut,  sekali aku pandang kat air bertakung tue banyak juga airnya..mesti basah gila stokinnya..huahuahua..sian Aqil. Apa punya mak daaaaaaaaaaaaa....harap stokinnya tak berbau..ekekekkeke..

Jadi, panjang ceritanya setakat nie ok la semuanya berjalan lancar. Takde adegan lipas kudung n berpeluh-peluh setiap pagi. Anak-anak pun  bagi kerjasama yang baikkkkkkkkkkk sekali. Alhamdulillah.

Ini telah menjadi SEJARAH