04 September 2013

Salam doplohsen semua...

Sebenarnya yang 'sakit' adalah golongan pertengahan. Yang miskin dapat BRIM dengarnya akan dinaikkan 20%, lagipun ada menteri cakap orang miskin takde kereta dan tak gunakan petrol so berbaloi dapat BRIM, yang kaya dah tentu duit berkepuk. 

Dari facebook Pakdi Suzardi M

Apabila kerajaan ubah dasar, kita juga perlu berubah.

Kita bukan duduk zaman Tunku. Bukan zaman Tun Abdul Razak, Tun Husein. Era Tun M pun sudah habis walaupun legasinya masih ada.

Zaman Tunku zaman merdeka. Zaman Tun M, pada hujung pemerintahan baru ada KLCC dan Putrajaya. Zaman sekarang, zaman Mark Zuckerberg jadi bilionair dan bisnes beliau mempengaruhi gaya hidup hari ini.

Salah satu perubahan dasar yang ketara adalah rasionalisasi subsidi.

Pada awal tahun 2010, subsidi tepung, gula dan roti sudah tiada lagi.
Manakala, subsidi petrol, diesel dikurangkan beransur-ansur.
Seterusnya, bantuan tunai BR1M diperkenalkan.

Jadi, subsidi tidak lagi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kalau tidak ia dinikmati oleh pemilik kondo di Jalan Binjai sebelah KLCC dan juga penduduk di Gua Musang. Sekarang, bantuan tunai BR1M diberi kepada yang memperoleh pendapatan di bawah RM tertentu.

Maksudnya jelas. Golongan pertengahan (middle class) perlu cepat bertindak untuk berubah. Golongan ini nak kata miskin, tidak miskin. Nak kata kaya pun tidak. Pertengahan. Pusat zakat pun pening kalau orang middle class datang minta bantuan.

Tuan perlu urus duit gaji dengan lebih sistematik dan efisyen.
Tuan perlu urus plan persaraan, plan tabungan pendidikan anak-anak, plan kesihatan di hari tua, plan kenduri anak nak kahwin dari sekarang.
Tuan perlu urus pelaburan sendiri.

Orang miskin sudah ada BR1M. Orang kaya memang dah ada bisnes, dah ada orang tolong urus pelaburan mereka, duit pun bertingkek-tingket katanya. Middle class?

Sila dapatkan ebook urus duit gaji di www.panduancashflow.com dan sertai group pelabur hensem untuk belajar pasal pelaburan saham


Walaupun puisi lama tapi sangat releven dengan isu sekarang ...huhuhuhu..


Ini sarapan bersubsidi semalam punya. Jimat singgit. Kat opis nie takyah risau kalau poket kering ada maggi, biskut, milo, nescafe, teh..... So jimat duit sarapan 2-3 ringgit. Roti canai ini ada bos yang suka cakap aku gemok, baik hati belanja sarapan pagi seminggu dalam 3 4 hari macam tue.



Ini sarapan pagi ni. Ko tengok katanya diet, tapi tak cukup nasi lemak biskut lagi..hahahhahahha..susah kalau orang memang buruk lantak nie. Ini pun subsidi juga nie. Napsu tak terkawal hihihihi..Aku rasa diet dengan puasa lagi senang kot. 




Ayat keramat kerajaan 'KITA AKAN PANTAU'


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

boleh tahan ilmu ko ni,aku mmg tak berani nak ulas bab 20sen ni,hahaha

Cikja berkata...

ilmu menda irfa oit..hahahhaha..copy paste je..hahahhaha...*ilmu copy paste*

ieda berkata...

sib baik harga ubat & consultation sini dah naik masa sebelum posa aritu..kalau naik sekarang jenuh kena kutuk dgn patient...hehehe

tapi rasa macam nak try isi borang brim thn depan..boleh kot?

Cikja berkata...

kak ieda
hebat akak punya gerak hati..hihihi..naik dulu sebelum minyak naik.....

aah saya pun nak try gak la..huhuhuhu..