27 Ogos 2013

Siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang *copy paste*

"siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang?" Iklan TV barangkali? petikan dari belog ini

Bila aku terbaca n3 ni, teringat kes semalam kat kedai kasut. Tujuannya hanya nak belikan Azri kasut sekolah. Aku tak taula diorang ni pakai kasut ke makan kasut.  Dari dalam kereta Aqil dah berbunyi dia pun nak beli kasut, kasut yang ada lampu kebetulan masa tengah sibuk tengok kasut untuk azri aqil survey sendiri dan dia nampak satu kasut yang berlampu ni, mulanya drama kat situ. Bila aku tengok harga kasut tue RM59.90. Fuhhhhh memang takla aku nak beli. Selipar kerja mak ko pun RM10 je aqil cap pasar malam pula tu.
selipar pakai pergi kerja, pergi pasar, pergi shopping dan lain lain raya pun aku pakai selipar nie. Silap gaya akan ku bawa terbang ke hanoi..hahhahaha..Selesa sangat selipar nie walaupun RM10 je. Takat nak basahkan kaki time ke tolilet atau ambil air sembahyang kat masjid memang takde masalah...tahan lasak sebab getah..hiks..

Aku rasa macam tak berbaloi nak beli sebab dia akan pakai sekejap je. Raya tahun ni pun memang aku tak belikan diorang kasut, pakai kasut tahun lepas. Raya tahun ni paling jimat. Bila dah berumur dan anak-anak dah besar ni aku kurang sikit bab bab nak spend lebih untuk anak-anak, maksud aku bab pakaian. Nasib setakat ni anak-anak aku tak demand sangat bab pakaian apa yang aku beli walaupun murah diaorang pakai je..hihihihi. Bila dia merengek tue bukan aku tak kesian..hahahhahha..tapi hati kena kejam juga ler yang bestnya bila aku cakap "boleh beli tapi guna duit raya adik ye" dia jawap "ala tak boleh, nanti abisla duit adik", tengok pandai ke tak pandai dia...sabo jela.

Memang sepanjang jalan dia punya 'berzikir' hampir-hampir buat aku hilang sabar huhuhuhu. Aku biarkan je, sampai rumah diam sendiri. Tapi dia tak lupa ok, dia cakap "nanti ibu belikan tau"..erkkkk...mungkin akan ku cari yang murah sikit dari tu...mmmmm...

Kalau aku kaya
hari hari hari raya
bil bil jiran keluarga
aku belanja selamba...

hihihihihihhi...


Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

ieda berkata...

pakaian org lelaki ni semua mahal2 belaka....tunggu anak2 umur 15 thn ke atas.masa tu depa start demand yg branded (kebanyakannya la).

Cikja berkata...

kak ieda ada anak kawan saya baya azri, masa raya baru ni dia demand macam2 kat mak nye..huhuhu..bila tengok gambar..perrghhh..siap sunglass, cap bagai..cayala...pening kawan saya tue..hihihih

adoi tue yang risau....hehehehhe...

Irfa berkata...

anak aku pun sama,baru bulan ogos dah 3 psng kasut sekolah aku beli.sabar jelah...

anak aku si lelaki mintak jam jenama ICE.beli pakai duit raya dia la,baru sehari pakai dah hilang talinya.adoi

Cikja berkata...

irfa
Awal tahun hari tue aku beli 2 pasang utk azri yang fahmi beli 3 bulan lepas tue rasanya...bulan nie kena beli lagi...huhuhuu..aku belikan sorang sepasang je ....pakaila sampai akhir tahun...

Anak-anak aku tak minta apa2 utk duit raya kali nie sebab masa sunat hari tue dah beli walkman mp3 yang akhirnya tak guna pun...sabo jela bebudak nie...minatnya sekejap je..paling lama seminggu lepas tue mmg rosak gitu jela...Duit raya aku suruh simpan dalam bank...

Irfa berkata...

aku beli jam ICE yg tipuan tu je rm30
so xdelah ralat sgt,bukan yg betul punya.kalau ori punya baik aku je yg pakai.hahha