29 Ogos 2013

Setahun sekali kopak tabung

Rasanya baru 3 tahun kot amalkan menabung bebudak ni. Belikan tabung kat kedai 2 ringgit jenis yang memang takde tempat ko nak buka, kalau nak ambik duit dalam tu memang kena kopak. 


Anak-anak ni bukan konsisten pun simpannya, ada lebih dia simpanla. Selalunya setahun sekali kita kopakla tabung tu sebab nak simpan sekali dengan duit raya. Seperti yang dijangkan budak 'kedekut' paling banyak duit tabungannya dan budak paling 'pemurah' alahai..hahhahaha..kira bolehla dari takde. Aqil punya tak kirala sebab aku yang tukang kutip duit siling masukkan dalam tabung dia. Asal nampak duit syiling je aku humban dalam tabung dia..hahahahha..


Kontra sangat perangai anak 2 orang ni. Sorang 'kedekut' sorang 'pemurah'. Perangai 2 2nya kadang-kadang boleh menaikkan darah, yang kedekut a.k.a penjimat tu, dia punya tahap 'kedekut' tu boleh menaikkan darah. Hari tu kat sekolah ada jamuan raya jadi cikgu minta duit sorang 5 ringgit, aku cakap gunala duit yang dia kumpul tue atau duit raya, dia jawab "baik tak payah kumpul macam tu, asyik pakai duit abang je"...menyirap tak darah ko..hahahhaha..pastu dia sambung lagi "ibu bagi 4 ringgit je, kalau 10 ringgit senang nak kumpul", nasib tengah drive kalau tak aku tampo mulut dia..hahahahhahahha...Tapi yang bagusnya duit simpanan dia banyak la, aku tak tau dia nak buat apa dengan duit tu. Oh dia ada 2 simpanan ye..satu tabung tu, satu lagi duit dalam wallet dia. 2 2 simpanan dia boleh tahan banyaknya bagi budak umur macam dia la.

yang pemurah a.k.a boros ni, ko bagi jelah dia berapa ringgit memang akan habis punya. Kadang-kadang bila takde duit tukar aku bagi sorang 10 ringgit tapi kena belanja sampai 2.5 hari. Nanti hari ketiga aku topup jela 2 ringgit lagi. Dia boleh habiskan dalam masa setengah hari je 10 ringgit tue...tak naik darah ko. Dia memang tak kisahla esoknya takde duit belanja sebab dia boleh kecek duit abangnya *abang selalu tak sampai hati*. Tapi yang baiknya dia jenis tak berkira, kalau tengah ada duit ko mintala dia beli apa-apa takde hal punya siap boleh belanja orang lagi. Siap boleh belanja kawan-kawan, share makanan dan sangat jarang duit belanja dia berbaki!. 

Pagi tadi tanya anak-anak ada ke benda yang diorang teringin nak beli, kalau ada aku nak bagi separuh dari duit raya yang diorang nak simpan tu. Mula-mula masing-masing diam, lepas tu fahmi bersuara nak beli PS2, alahai anak aku ni ketinggalan zaman betul...orang dah tak main PS2 nak oit..hukhukhuk..orang sekarang main xbox atau PS4.

Aku cakap duit korang mana cukup nak beli, bukan banyak sangat pun dapat duit raya tu. Lagipun aku bukan taknak belikan diorang dah belasah aku punya tab buat main game, pastu laptop kat rumah pun dia balun main game juga. Kalau bagi PS4 atau xbox habis aku tak boleh tengok tv kot. So jawapannya TAK BOLEH...hiks.

Kalau ASB tak boleh simpan syiling kan?..mmmmm...kena simpan dalam tabung haji la nampaknya..

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

bagus amalan ni diterapkan sejak kecil.so xdelah kes pecah tabung besor nanti.hehe

Cikja berkata...

hahahha...bila dah besar bukan pecah tabung irfa..simpanan kat bank yang selalu kena korek..*eh tapi tue mak dia punya perangaila*