20 Ogos 2013

Raya pertama 2013

Dari tahun lepas dah takde sistem giliran yang kitaorang amalkan sebab aku dah yatim piatu. Suka tak suka mehla raya rumah mentua. hahaaha..boleh pula ada ayat suka tak suka ye.

Kitaorang balik hari rabu pukul 4.30 petang, pusing-pusing dekat area telok je dekat satu jam. Sampai diperhentian sebelah area behrang kitaorang berenti nak berbuka. Bentang tikar buka bekalan KFC yang kitaorang tapau dari telok. Meriah tau buka kat RnR tue, ramaiiiiiiiiiii orang. Tapi alhamdulillah jalan tak jem walaupun kereta banyak. eh aku tak ingatla sampai pukul berapa kalau ikutkan dari behrang ke tapah tue dalam 45 minit. 

RAYA

Pagi raya, bangun gosok baju. Nasibla kat rumah nie orang tak ramai jadi nak gosok baju tak berebut. Aku tau ada kawan2 kalau balik kampung siap angkat sterika sekali..hihihi..sebab anak cucu semua pakat balik kan. Nak gosok baju pun kena Q, belum lagi nak berak..miahhahahhaa...eh tue yang buat syok tuekan, meriah.

Tahun nie mak mentua aku balik seperti tahun2 sebelumnya, menu pagi raya adalah nasi ayam. Cuma tahun lepas je dia rebus ketupat n masak rendang. Aku apa-apa pun boleh, lagipun aku dah set kat otak taknak makan berlebihan masa raya..hihihi..eh tapi selalunya kalau raya kat sana aku boleh kontrol makan...bila balik sini..peerghhhhhh..sendat kain.

sebelum pegi masjid


gambo family yang hadooooooooo...

motip??? beliak2 kan mata mcm tue..hahahhaha..azam dengan tak butang baju..gambar yang fail!..
lepas balik masjid...anak-anak dah kebuluq...
Lepas makan melepak je..tunggu orang datang. Masuk tengahari aku tukar baju..ahhahahha..baju tue jela satunya baju raya yang aku bawak pun...

kat kampung ada wifi, takdela sangap sangat haku..hahahhahah... *teruk ketagihan aku dengan laman soSIAL*

Besan mak mentua haku...

Baby nie nangis pulak, masa maknya tengah makan..kena la jadi baysitter kejap... *baby gegirl hokey*

ginila gayanya..raya pertama..hahahhahahhaha...kesian..

bakar duit pulak...
Malam tu kitaorang keluar beraya kejap. Mula-mula ingat nak pergi rumah jiran-jiran sebelah rupanya masa kitaorang tengah tukar baju..tengok-tengok rumah diorang dah kosong, semua dah keluar beraya..hakhakhak..terpaksala mak mentua ajak raya rumah kawannya. Lepas tue melayan aqil nak tengok keretapi..mmmm..itu jela kerjanya kalau balik kampung..hahahahhaha...


stesen KTM tapah road..

tengah tunggu keretapi dari kolumpo nak touchdown sebelum ke ipoh..*tengok jadual perjalanan*

*aku suka baju raya aku tu (terima kasih yang tolong membelikannya) kalau aku naik timbang pakai baju tue nescaya naik 5 kilo....hahahhaha..sebab penuh manik kat depan baju* ..kalau pegi lagi nak kirim lagi boleh?..hihihihi pesanan untuk yang berkenaan... :-)

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

lawa tema baju raya ko tahun ni ;)
mesti orang berkenaan gembira sbb ko suka pilihan dia tu.

aku harap tahun depan dapat bergambar raya satu family,huhu

sedih rasa raya tahu ni sorang ke timur sorang ke barat

Cikja berkata...

irfa
sebenarnya kan patutnya aku pakai baju purple yang mula2 aku minta tue...sekali tengok tak matching dengan baju diorang hahahhaha...nasib baju lagi satu tue sesuai..hihihih..azam cakap pakai yang bunga2 tue baru sama dengan baju diorang..huhuhu..tq la banyak2 penyelamat ooo...

adoi..klu aku pun sedih..wei..demi mencari nafkah ye..redho jela..

Irfa berkata...

nasib baik ada stby,takpe..satu lagi tu simpan raya haji.takpun raya posa tahun depan.hihi