22 Ogos 2013

Raya ketiga 2013


sebelum keluar rumah *guna timer, letak atas kotak tisu..hahahha*
Ambik kata sepakat nak berkumpul kat kedai mamak, sebab nak sarapan dulu sebelum menuju ke destinasi. Rindu roti canai..hihihihi.

Aku sampai dulu kat mamak, kitaorang dah nak abis makan baru  kakida dengan ateh sampai. Abang Ayeng lambat sikit keluar sebab dia dah pergi rumah cikjah. So kitaorang tunggu kat sana je nanti. Sampai kat sana tak lama kayang pun sampai jugak dari ziarah kubur mbah wedok dengan mbah lanang.


wajib..hahahhaha


adoila izz nie..melekat, taknak naik kete dengan maknya...sobo jela dak kecik nie, tapi nampak macam kereta maknya mengelupur..hahahhaha..pang taula...hahahahha..

lagi??...hahahhahah..welll..

Sampai-sampai cikjah suruh makan..uhuks..memang tak ler..sebab baru belasah roti canai dengan maggi goreng..

Adik beradik tanpa ibu bapa..huhuhuhu..saje letak gambo yang tak jadi..hihihih..

bersama pasangan masing2...terbaekkkkkkkk..

Family besar kami....Alhamdulillah..walaupun tak berayah dan beribu, harapnya kami tetapi sepakat dan rapat sampai bila2..

tengok kereta banyak kat laman..dah tau meriahnya kan...
Pening sangat kat rumah cikjah, kecoh hahahahhahah.. Kebetulan pun diorang nak keluar beraya jadi kitaorang keluar sama-sama tapi lain-lain arahla. Aku, kakida, ateh dan abang ayeng akan ke rumah kakak arwah abah. Kayang dia nak beraya kat kampung tue, so berpecahla kitaorang.

Sampai rumah wak non dalam tengahari, konpem kena makan kat sini..wak non rebus pucuk ubi dengan tumis sardin pedas2...pergghhhh elok je aku tambah 2 kali hahahhahahha...

baru sampai rumah wak non
Lepas tue kitaorang singgah masjid  solat zohor. Pastu terus ke rumah anak wak non, abang pendi kat nilai 1.

Elok masuk simpang rumah dia nampak abang pendi naik motor baru lepas borong KFC...hahahhahahha... makan KFC lagi kita...hihihihi..

budak sebelah aku tue pantang jugak nampak kamera..hahahha menempel je...ceh..


Rumah last nie aku tak ambik gambar pulak..kelam kabut sebab nak cepat belum asar..huhuhuuh. Rumah last nie rumah adik arwah mak (paman eman), kebetulan tahun nie paman eman ada kat banting rumah anaknya kalau nak pegi rumah dia betul nun kat serting sana memang tak ler..huhuhuhu. Call minta alamat, diorang dah tunggu dengan hidangan makanan macam-macam. Kat sini kitaorang jumpa kayang jugak...dia pun dah abis raya kat kampung sana. Tapi kitaorang balik dulu, dia lepas maghrib baru reti nak balik..hahahahhaha..

Aku terus lepak rumah ateh dah siap-siap bawak baju semua. Dah setuju nak kumpul2 kat rumah ateh atau rumah abang ayeng. Mula-mula kakida plan nak buat tahlil ringkas sekali berjangguit tunggu kayang, dengan kayang tak boleh buat janji..hahahhahah.. selalu plan lari ke laut.

Lepas maghrib terus pegi rumah abang ayeng, kakmiza masak dah...hihihihi, tadah perut jela. Aktiviti sementara tunggu kayang...hihihihi

apa punya gaya daaaaaaaa

alahai..hahahhaha.. takde sapa nak ambikkan gambo *diorang malas layan*..takpe kita guna timer je..hakhakhak...

errkkkkkk.....*timer juga*...


Kayang sampai je terus meniarap sama-sama kat situ..hahahahhaha..mehla kita sambung bergambo...meniarap pun jadi...hihihi..


amboi sukanya..sampai gegar2..hahahhahaha..

ko kenapa kayang..hahhahah *nak tengok gambar yang jadi boleh skodeng fb haku..*

melepak tengok bola...harimau malaya vs barcelona

guna timer jugak nie, tue sebab aku berdiri...hahahhahahha..gigihkan..
masa nie aku gelak sampai tersedak...elok sangat perangai, tengah buat lawak meja makan 12 seat..hihihih..
Habis makan, time 'bakar duit'..huhuhuhu..siapa lagi tukang supply kalau bukan Azam. Walaupun aku tak suka pembaziran ni tapiiiiiiiiiiiiii.. aku jugak yang lelebih ..hahahhahhahah... dah ada kan hadap jela..huhuhu








Lepas habis acara ni apalagi..balik la weiiiiiiiii..penat seharian beraya. Raya keempat takde gambar satu pun *dah tak kuasa*, eh sebab aku beraya sefamily je so tak meriah..hihihih..kayang dah balik kedah, ateh beraya kat ganu pula.. So tamatla cerita raya aku untuk tahun 2013...Sekiannnnnnnnnn...

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

semoga hubungan tetap erat wpun tanpa ibubapa.mesti mereka gembira di alam sana tgk anak2 mereka berkasih sayang