21 Ogos 2013

Raya kedua 2013

Masih kat kampung lagi. Tapi masa puasa tu dah plan dengan adik beradik nak beraya sama-sama raya ketiga. So raya ketiga mesti dah ada kat rumah sendiri. Pagi tue lepas sarapan, Azam dengan mak mentua ajak beraya rumah sepupu Azam. Masa dalam perjalanan ke rumah sepupu Azam, aku tanya nak balik rumah sendiri nanti pukul berapa. Dia cakap malam dalam pukul 9 ke 10 ke atas...mmm. Terus mulut aku muncung macam cencorot..hahahhahhaa..MERAJUK..muahahahahaha. 

Lepas dah beraya kat rumah sepupu Azam, pakcik Azam call kata dah sampai depan pintu rumah, dah kelam kabut balik. Siap diorang patah balik pergi pekan tapah tapau KFC patah balik pun kitaorang tak sampai-sampai lagi..hihihi..kesian.

raya kedua membalun KFC lagi..huhuhuh..sapa yang tetamu sapa yang tuan rumah pun tak tau ..hahahahhaha.. dah tetamu hidangkan sendiri KFC tue...hakhakhak..bagus sepupu2 Azam nie.
Tak lama lepas tue pakcik azam lagi sorang sampai, aku dah tersengguk-sengguk dah ngantuk weiii..dengan panas lagi, perut kenyang pula tu tanpa tinggalkan pesan aku masuk bilik landing terus....zzzzzzzzzzzzz..hahhahahahampeh sangat..menghantu sangat...hantu pun kalah wei..

Memang takde tanda-tanda Azam nak ubah fikiran nak balik siang-siang nie, jadi marilah bersenang lenang  dengan aktiviti berfaedah sangat..tido, tengok tv dan makan sambil2 beronline...hahahhahhaha..*sangat menantu tak beretika*

Serius la takde menda nak buat wei, kalau kenal aku nie, jenis tak boleh duduk diam kalau kat rumah sendiri..ada je benda aku nak buat sampai kadang-kadang aku pun tak tau apa benda yang aku sibukkan sangat kalau kat rumah ..hahhahahha.. Dah kat rumah mentua, balik pun sekali sekala takkan tetiba aku nak mengemas macam rumah haku..ada juga yang kena halau sat lagi..hahahhahahha.. itu yang aku mati kutu sikit kalau balik kampung 2 3 hari tue..huhuhuhu...Kalau ko dah biasa kat rumah A to Z ko buat sendiri, tiba-tiba ko setakat buat small small pieces je..hahahahahha..memangla buhsan jadinya. Eh nie cerita apa nie...hahahhaa...jauh terpesong cerita rayanya....

Bertolak dari kampung dekat-dekat pukul 9 la juga, itu pun aku cakap dengan Azam kalau ikut dia mmmm..agaknya pukul 10 pun tak gerak lagi. Selamat sampai pukul 12 lebih kot.

Habis citer raya kedua................


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: