23 Ogos 2013

Nasi lemak dipagi hari

Hari nie aku puasa sunat enam, baru hari pertama. Pagi tadi sampai opis ada bungkusan nasi lemak atas meja. Aku pun agihkan kat meja-meja sebelah. Ada satu meja tue aku letak dua..hihihi. Bahagian aku le tu.

Bila budak tu datang dia tanya aku, "akak puasa ke?", aku jawap "aah". Pastu budak tue sambung "bukan ke kalau puasa jumaat kena puasa hari sebelum atau selepasnya". Aku pun dengan yakin jawab "takdela". Budak tue pun senyap mungkin taknak argue lebih panjang. Aku sebenarnya pernah tau juga tentang tu, tu yang aku cakap *takdela* sebab ingat boleh je puasa.

Tapi dalam pada cakap *takdela* tu, mendatangkan keraguaan juga kat hati. Apalagi minta tolongla pakcik google. HUKUM PUASA SUNAT HARI JUMAAT. Ok, banyak yang share kat blog-blog. Terima kasih banyak-banyak, menepati sangat maklumat di hujung jari. Kalau puasa sunat hanya hari JUMAAT adalah makruh hukumnya ikut mazhab syafie, kalau nak puasa juga kena disertakan puasa sebelum atau selepasNYA. Maksudnya kena puasa khamis & jumaat atau jumaat dan sabtu *ada diorang sertakan hadis2 berkaitan*. Bagi yang mengantikan puasa tiada halangan, dibolehkan puasa sebab ganti puasa adalah wajib, so yang aku yakin cakap *takdela* rupanya kalau puasa ganti memang boleh puasa hari jumaat secara tunggal. Kalau dengar youtube UAI, yang makruh tue perbuatan berpuasa hari jumaat tapi pahala puasa sunat tetap kita dapat.

Kes aku pula hari ni, kira bernasib baik sebab semalam aku memang puasa jadi aku teruskanla puasa aku hari ni. Semalam hari last aku puasa ganti, selesai 8 hari tinggal nak puasa sunat enam je kalau dapat. Harapnya minggu depan boleh selesai. Insyaallah.


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku pun baru tahu psl ni
aku baru buat 3 hari tpi hari ni mmg saja xnak posa..sbb breaktime lama
hehe