30 Julai 2013

Catatan Kenduri Kesyukuran

Pertama kali nak buat kenduri kat rumah sendiri setelah hampir 7 tahun duduk kat sini. Jadi ada sedikit kerisauan melanda hati. Setakat buat makan-makan kecilan tue tak masuk bookla. Ini jemputan yang aku anggarkan mencecah 400 orang (aku ambil kira pasangan dan anak-anak sekali)...fuhhhh..lap peluh. 

Setelah berbincang dengan Azam dan Ateh *dia penasihat aku yang FOC..hahahhahaah*. kitaorang ambik tarikh 23/06/2013 Itu pun aku paksa Azam cari tarikh, kalau ikut dia buat selamba je, masa berjalan aku nak kene booking katering, khemah, orang buat tahlil..bla bla bla...aiyak. Kalau ikut aku bila-bila pun ok, Azam nie tak boleh..karang dah pilih tarikh tue, dia tak free la itula inila..susah jadi menteri nie :-P hahahhahaha..

Rasanya, aku ada lebih kurang sebulan je lagi dari tarikh tue. Dapat  je tarikh terus kelam kabut cari katering bagai. Otak bergerak dengan cepat, terus buat list jemputan sebab nak bagitau katering berapa orang. Nasib baik katering free dan last minute tempah khemah pun nasib baik free  jugak *maksud aku hari tue takde orang booking, bukan takde bayaran tau* padahal minggu 15hb dan 29hb tue memang full booking.

Kad jemputan siap 2 minggu sebelum majlis..fuhhh mencabar betul, jadinya setiap kali balik kerja menebengla aku kat rumah saudara mara nak menjemput diorang..hahhahahaha. Sebenarnya boleh je jemput tanpa kad jemputan tapi disebabkan aku tak pernah buat kenduri dan duduk sedikit terasing dari kampung halaman jadinya aku buat map la sekali supaya diorang senang nak datang dah alang-alang ada map buatla jemputan simple print guna A4 lipat dua..hahahhahhaha.. Ada yang aku jemput melalui PM FB. Hari cuti pulak berjalan kakila aku menjemput jiran-jiran. 

Pasang khemah sabtu pagi, balik kerja sabtu tue aku, azam, diana (anak kayang) dan Sai (kawan diana) mengemas ruang tamu kasi clear sebab esok ada tahlil.

senangnya la ada anak dara yang rajin..hihihihi..main order je .."kakak tolong cikja buat tue!".."kakak tolong cikja buat nie!".."kakak tolong cikja gosok baju!"..hahahhahahha...

Dalam pukul 6ptg macam tue kakida dengan Ateh datang rumah, nak tolong pack goodies. Aku pun masak simple-simple untuk makan malam. Meriah jugakla malam tue...hihihihi. 

masa nie kakida tak datang lagi..buat dulu mana yang boleh buat
Masa aku hantar kad jemputan aku dah pesan kat saudara mara datang siang je sebab aku guna katering, kalau masak sendiri taula orang jawa nie, kendurinya 2 hari 2 malam..fuhhh tapi abang sepupu haku nie..belasah datang malam..hahahhahah..sabo jela. Dah tue terpaksa hidangkan masakkan makan malam yang sangat simple kat diorang. Tak jamu makan tak sedap hati pula.
Alhamdulillah..meriah, seronok...

Sebelum kakida dan ateh balik aku pesan kat diorang esok datang pagi-pagi tolong buat sarapan, tapi diorang belum sampai sarapan dah siap..hihihi, aku masak nasi goreng & mee goreng. So, diorang datang tinggal sarapan je. Lepas tue tengok anak jiran tolong susun kerusi meja. 

Tambah kapsyen

orang sibuk kemas ko sibuk ber camwhore

naisb ada anak-anak bujang yang baik hati tolong kemas..hihihihi..


Orang yang nak buat tahlil datang dalam 10-10.30 macam tue. Nervous jangan cakapla, ehehhehe, rasa macam nak kene nikah lagi sekali..muahahhahha..POYO.

Habis semuanya dalam pukul  11 lebih jugakla. Time orang marhaban makan dah ada tetamu lain yang sampai juga. Jemputan aku mula jam 11 pagi. Orang katering pun hidang makan ngam-ngam masa habis marhaban, mula2 tue panik jugak sebab nampak macam lambat pulak service katering nie, nasib sempat.

Paling best katering tue masak panas-panas ada makanan yang dia dah siap masak kat rumah ada yang dia masak masa tue jugak, so menunya habis 2 kali tray je tukar menu lain. Patutnya menu yang aku pilih  Sayur lemak nenas ikan masin, sayur campur, sambal udang, cendawan goreng(paling laku), ayam goreng rempah, ikan masin, buah, air selangor (oren+sirap). Tapi bila petang ada rojak buah pulak, pagi katering sponsor karipap, air 2 jenis (mudah-mudahan murah rezeki org katering nie). Lepas tue ada yang sponsor kuih muih yang aku tak tau sapa yang bawak. Aku tengok eh mana diorang dapat tapai pulut pulak nie..hahahhahah..macam mane tuan rumah sendiri pun tak tau nie...Memang meriah makanan hari tue.

full house..sampai duduk berlapis-lapis..maklumla rumah comel..huhuhuhu...

aku order gak aiskrim kon nie...saje buat budak-budak suka..eh bukan budak je suka..hahhahah..org yang bukan budak pun suka..nak balik ambik sampai 2 pastu taktau nak bawak motor macam mane tangan penuh aiskrim..muahhahahhaha...takpe2 memang untuk dimakan..

Takde berapa banyak sangat gambar yang ada, sebab sibuk takde sapa nak tolong ambik gambar..semua suka masuk dalam gambar  je. Bila ingat-ingat balik rugi takde gambar dengan kawan-kawan sekolah, kawan opis, sedara mara semua...aisshhhhhh....

aku baru nak sarapan..hihihi..


Anak dan mak

suami dan isteri


baca yasin















Gambar paling gedik..bawak-bawakla tobat parijah oit..hahahhahahahhahhaha




Secara keseluruhan aku happy la majlis berjalan dengan lancar. Semua puji masakan sedap itu yang aku nak, nak jamu orang makan biar yang sedap-sedap je.  Lepas tue makanan cukup-cukup untuk yang datang ada lebih sikit adik beradik pakat tapau. Kakak sepupu aku yang tolong katering tue pun dah siap simpankan lauk2 untuk aku dengan azam takut kitaorang tak sempat makan (memang pun tak sempat nak makan). Malam tue kitaorang panas-panaskan je semuanya. Alhamdulillah takde pembaziran.  .

Insyaallah ada rezeki panjang umur kita buat lagi ye, tunggu potong aqil punya pulak..hahhahahahahhaha...

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

ieda berkata...

praktis2la untuk buat kenduri sambut menantu nanti...hehehe

Irfa berkata...

bagus ko ni, ada jugak buat kenduri psg khemah bagai.aku xde pengalaman.
takat jamu sekuali masak tu adalah