02 Julai 2013

Catatan anak berkhatan

Berhari-hari mencari mood nak buat catatan nie, nampaknya hari nie baru terbuka hati nak cerita. 

Rancang dari awal tahun lagi nak sunatkan anak-anak cuti sekolah tengah tahun. Azam pun booking sebulan sebelum nak potong *-*. Kebetulan hari yang ditetapkan dengan doktor jatuh hari cuti wesak (24/5/2013). Jadi petang jumaat dalam pukul 4.45 terus pegi klinik dan kitaorang adalah orang pertama yang sampai. Prosedur dimulakan lepas doktor sembahyang Asar.
baru sampai klinik...

Dari rumah lagi Azri cakap dia nak potong dulu. Okla, takde masalah pun sapa nak potong dulu janji potong! bila tengah tunggu doktor, memang azri masuk dulu dan pembantu doktor bersihkan apa yang patut. Ibubapa tidak dibenarkan masuk tunggu luar je sebab takut anak-anak meraung berlebihan hihihihi.
masa nie muka ada senyum...hahahhahah..gembirakan korang..

Tak lama Azri kat dalam bilik operation tiba-tiba dia keluar sampai teresak-esak dan pembantu doktor cakap bagi adik dulula, perasaan abang gemuruh keterlaluan..hahahhahah..adoila.
Azam tengah tenangkan Azri..huhuhuhu

Fahmi pun masuk bilik, Aku pula yang berdebar-bedar. Takut dia pun sama macam Azri. Tak lama lepas tue  doktor pun datang, dan mulakan prosedurenya. Tiba-tiba dengar suara menjerit kuat..hahhahahha..adoilaaaaaaaa. Azri yang duduk sebelah aku dah berzikir kuat *dia baca segala surah yang dia tau*..hahhahahhaa..memang ketawala aku kat situ lepas tue kene marah dengan Azam, anaknya tengah gemuruh lagi ketawa patut tenangkan budak tue...well u know me.. :-P

Sempat doktor tue post kat FB dia..hihihihihi..Fahmi in Action..

Masa tunggu fahmi tue ada lagi 4 5 orang budak nak sunat jugak. Bila Fahmi jerit tue aku risau jugak budak-budak lain lari balik. Nasib aku tengok semua tenang je muka..dalam hati tak taula.

Masa nak bius yang sakit..masa nie dah boleh makan gula2..hahhaha
Selesai dah Fahmi menjadi dewasa, turn Azri pulak, masa azri tak dengar dia menjerit sebab dia cakap doktor suruh dia gigit tuala..hahahhahahhahhahahha...okla tue...

Ini kira pengalaman pertama aku anak bersunat jadi tak berapa tau nak buat apa..hihihihihi, yang aku tau tak boleh makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Malam tue diorang memang tak banyak gerakla. Fahmi punya ok, tapi Azri punya ada masalah sikit sebab doktor bius lebih dari biasa. Lepas tue nampak bengkak keterlaluan pulak...eeeee..ngeri kot. Lagi teruk bila malam masih berdarah pulak berbanding fahmi punya,  dia punya kering elok n cantik lukanya. 

Masa perasan dia Azri punya berdarah tue aku dah pukul 10 kot, Azam sruh aku Pm doktor. Risau pula kan. 



Hihihi..mak yang panik lebih, tapi esoknya tak pegi pun sebab darah dah tak keluar lagipun azri tak sakit pun, kita tunggu Appointment untuk cuci hari isnin sekali. 

Lama jugakla diaorang nak baik dekat seminggu pun tak kering-kering, Azri punya bengkak tue macam tak surut-surut tapi luka nampak kering. Baru teringat kawan opis cakap suruh cari minyak burung merpati dia cakap ada jual kat kedai runcit india. Masa awal2 lagi dia suruh beli *taknak dengar orang yang dah ada pengalaman degil..hihihi*..biasala aku nie hahahhahahha..dah tak baik baru cari alternatif lain. 

Alhamdulillah letak dalam 2 3 hari lepas tue kering dan luka tue terkopek, diorang pun boleh pakai seluar dah.

Jadi bila diorang dah baik, aku kena tunaikan permintaan diorang untuk buat kenduri sempena diaorang bersunat. 

next entry.............

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku yg baca rasa ngeri.meremang bulu roma.macam mana la ngadap si bujang bersunat hujung tahun nnt