14 Jun 2013

First timbangan dah jahanam..hahahhahah

Isnin lepas first timbangan  yang pertama. Kahkahkah..sebelum tue gelakkan diri sendiri dulu. Berat naik 300gram. Ini semua sebab nasi arab yang aku balun hari Ahad tue, pastu makan lupa diri pulak...aargghhhhh..kene gelak dengan Kak Zel.

Seriusly berat aku maintain kat lingkungan 66-67kg..ggrrrrr..nak dapat 65 seksa gila. Adoila. Padahal makan berkira2. Kena usaha kuat lagi ni, terutama senaman. 

*irfa contest nie dah tutup. Kitaorang start 3/6 aritue. Group ni buat kat FB n peserta adalah perempuan semua. Lelaki memang tak dibenarkan masuk kat group nie, kalau nak join boleh minta izin masuk kat group nie dulu, kat sini diorang tukar2 menu diet, senaman tips2 diet*.

Aku cuba buat tabata 4 minit dengan jumping jack..perrghhhh sampai sekarang sakit tangan aku..hahahhahaha...last2 skipping je n kayuh basikal, itu pun buat macam melepaskan batok di tangga. adoilaaaaaaaaaaa!!!!.

Masa aku senam tue Azam pulak ajak sapa dapat turunkan berat. Eh aku no hal..ahhahahha.. Aku cakap sapa kalah dia belanja pegi cuti-cuti malaysia. Ada brani???. Dan dan tue cakap takde duit nak bayar duit ubat dia nanti..huahuahuaha. Takpela bang awak senamla ikut stail awak, tak turun pun takpe janji maintain senam pun dah ok, janji awak sihat.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

oh bagus jugak ada close group mcm tu
mesti bersemangat nak buat ;)
aku lompat skipping 50x rasa mcm nak patah pinggang

Cikja berkata...

aah,
sekurang2 tak malu kalau diorang nak tunjuk part2 yang banyak lemak...hihihihi..

kalau pestime memang 50 pun macam nak tercabut nyawa...tapi klu dah maintain 200kali pun relax je..hakhakhak..