02 Mei 2013

Lang Kawi 4

Cerita nie banyak sangat dramanya..fuhhhhh...

Hari nie hari terakhir kat sini, bangun awal bersiap terus untuk check out. Plannya nak ke LIMA tapi kene isi perut dulu, macam semalam juga pagi-pagi terus makan nasi..hihihi.
check out

Sampai kat LIMA dalam pukul 10 kot, orang dah ramai jugak, tapi parking masih boleh parking dekat sikit dari semalam. Panas membahang. Bila tengok kat area lapangan tue memang lagi panasla takde tempat berteduh langsung. Aku rasa nak PITAM, nak duduk kejap pun takde tempat. Sebab panas sangat menghilangkan keterujaan aku tengok kapal2 perang nie..huhuhuhu. Aku tak taula anak-anak teruja ker tak tapi Azam memang teruja habis..huhuhuhu. Terpaksala aku pun ikut teruja padahal aku dah sangattttttttttttttttttt tak larat sebab panas.


Baru sampai muka memang teruja habis..

tengah tengok jet ready nak terbang...berdesing telinga..PANASSSSSSS

lelaki yang lupa anak bini tak larat sebab panas....dia relaks je nak jalan sana sini..
glemer abang2 askar kat sana sebab kan kes lahad datu tue masih hangat lagi masa tue...hihihihi
setting camera salah...ceh sabo jela..dengan abang pilot..hihihi..
Semangat melangkah nak beli sticker n cenderahati dar abnag2 askar..pastu sampai sekarang nie tak tampal2 pun sticker tue ceh..

Negarakuuuuuuuu..hahhahahhaha skima sangat ambik gambonya pun..





Lepas tak berapa habis round kat luar kita orang masuk dalam tempat pameran yang beraircond. Ya Allah letih jangan cakapla padahal tak lama mana pun kat luar tue tak sampai 1 jam kot.

Aku malas nak ronda2 kat dalam nie..memang tak larat sangat. Aku lepak kat sini, pastu anak-anak dengan Azam jalan kat pameran tue. Entah macam mane anak-anak round kat depan aku je sebab aku tak bagi jauh2 takut hilang..yang Azam pegi sendiri2 round sampai ke dalam. mmmm...

Lepas berdiri lama aku selamba je duduk kat sudut tue, aqil pulak datang nak nenen, aku pun elokla bersila kat situ sambil pangku aqil..hahahhaha..buat macam rumah sendiri je. sekali ada petugas dia datang kat aku..cakap "mintak tolong jangan duduk kat sini"..huahuahua.. aku memang dah agakla akan kene sound sebab nie kan pameran antarabangsa ramai pelancong ko suka2 je duduk macam orang minta sedekah..hahahhahahha...

Lama kot aku rasa Azam hilang, anak-anak nak round aku tak bagi, sebab takut hilang. Bila tak bagi diorang  pergi jauh2, diorang pun boring mulala main2 kat tempat aku berdiri tue dan mencari pasal satu sama lain sampai ada yang menangis. Adoila..aku dah menyirap dah. Aku call azam tak angkat2..gggrrrrrr.. Azam pun nak round bawaklah anak-anak sekali bebudak tue pun teringin gak nak tengok, nie dia jalan sorang2 je. sabo jela. Aku nie memang la tak minat benda-benda macam nie.

Masa niela drama swasta terjadi. Bila dapat call tue aku suruh Azam cepat sebab anak-anak dah gaduh kat depan nie, tak lama Azam sampai marah2..arrgghhhhhhhhh..terus kenela  si Fahmi, huahuahuahua. Terus keluar dari situ jalan laju2 ke parking kereta...mmmmmmmmmmmmmm...

kat bucu niela aku duduk sambil sila..

benda nie yang di belek kat pameran tue..




Bila aku pikir kesian kot kat anak-anak dapat tengok yang part depan je..hahahhaha..nasib korangla. Nasib dapat mak bapak pentingkan diri sendiri uhuksssssss...

Kalau ikut plannya lepas kat LIMA nie nak pegi beli coklat n barang2 sikit, lepas tue baru ke JETI tapi sebab Azam dah marah dan aku pun tak kuasa nak layan dari LIMA tue  terus ke JETI. Jalan nak ke JETI pun azab gila dekat 1 jam juga sangkut jem. Dalam hati aku nie memang balik langkawi nie aku tak beli apa-apala nampaknya kecuali fridge  Magnet beli kat tempat cable car..hahahhahah. Masing-masing melayan merajuk n panas hati. Sampai JETI letak beg pastu aku masuk jugak kat kedai2 coklat yang ada kat situ, diorang cakap kat situ mahal sikit, aku takde pilihanla kan belasah jelah janji ada benda nak bawak balik. Masa mula2 sampai langkawi nafsu aku nak beli periuk belanga memang tertutup rapat bila pikir nak bawak naik feri nanti, so yang tue aku tak terkilan sangat. 

Bila jumpa coklat yang orang dok sebut2 tue  aku dengan Azam borong sampai 15 pack, lagi-lagi bila kira ada makcik tue cakap sama je harganya dengan yang kat luar kompleks JETI. Campur dengan coklat2 lain-lain, so habis beli coklat tue je dekat 300..muahhahahhaha.

Habis borong coklat cari pula kaunter nak beli tiket feri, pusing-pusing dalam kompleks tue tak jumpa bila tanya orang..la kaunternya kat luar???..sabo jela..aku pun tarik beg balik duduk tepi kedai HIG. Sekali Azam call, bagitau tiket feri habis...huwaaaaaaaaa..last pukul 8 malam punya. Gila betulla, masa tue baru pukul 1.30 kot. aku cakap dengan azam beli je la nak buat macam mane kita takde tempat nak tido kalau nak balik besok. Orang memang ramai gila sesak sangat dalam kompleks tue. Itu pun Azam cakap beratur nak beli tiket tue panjang gila dengan panasnya lagi, sampai ada yang bertumbuk sebab potong Q...pergghhhhhhhhh..

Aku duduk kat tepi nie dengan satu family dari melaka. Makcik nie pun dapat tiket pukul 8 gak, makcik nie bagi aku surat khabar buat alas duduk, dia bukak makanan dia makan sama-sama..hahhahahha. Anak-anak aku  2 kali pegi beli roti kat dalam kompleks nie, Azri cakap kakak kedai roti tue tanya naik feri pukul berapa Azri jawab pukul 8, kakak kedai tue cakap nanti datangla lagi beli roti sampai pukul 8..muahahhahhaha..sabo jelah.


Paling best ATM mesin pun kehabisan duit. Aku dengan Azam duit tinggal sikit je terpikir kalau duduk sampai pukul 8 nanti takut duit tak cukup pulak..huwaaaaaaaaa...mesti anak-anak nak itu ini..adoilaaaa.

Dalam pukul 2.30 kot aku pegi sembahyang kejap bergilir dengan Azam. Lepas tue, tengah dok bercerita dengan makcik sebelah sambil kunyah kacang tetiba ada satu umat nie tetiba hulurkan 5 tiket feri pukul 3 petang. Aku dengan Azam dah blur masa tue. Aku spontan cakap kitaorang dah beli tiket pukul 8 takde duit nak bayar tiket nie. Lepas tue dia cakap takpe tak bayar bayar ambik je. Ya ALLAH betul ker tapi tengok tiket tue takde harga cuma ada no seat. Masa tue ada lagi masa kurang 10 minit kot nak pukul 3. Pakcik sebelah tue cakap baik tanye dulu kat penjaga tiket takut tak boleh naik pula. Azam pun jalan ke JETI nak tanya. Sekali dia patah balik kata jauhla nak tanye  nanti nak patah balik tak sempat. Masa tue lagi 5 minit nak pukul 3. Apa lagi kemas semua2nya angkat beg semua sambil pesan kat makcik tue kalau tak boleh naik feri nie kitaorang datang balik ke sini..hahhahhha..makcik tue cakap jangan risau tempat tue dia khaskan untuk kitaorang..miahhahahha..

Jalan laju-laju lalu kat kastam semua terus tuju kat feri dan macam explore race versi family..hahahhahah...eh macam cerita home Alone pun iye gak.. bila bagi tiket tue lepas pula..wahhhhhhhhhhh..lega dapat naik feri pukul 3. Orang yang bagi tiket tue duduk belakang kitaorang, yang perasan  pun anak-anak patutla dapat free sebab diorang pun dapat free..hihihihi.. *cer teka siapakah diorang*. Feri setingkat je bukan macam masa pegi tue dapat feri 2 tingkat. Cuma ralat tiket yang kitaorang beli pukul 8 tue   tak sempat nak bagi kat orang lain..huhuhuhu..sebab takde masa.

Dalam feri..hahhahahha..boring wei..
Semua perancangan tak menjadi..huhuhu. Naik feri petang nie terimala azab laut bergelora sebab angin....hahhahaha. Masa masing-masing tengah layan blues feri dilabung ombak, tetiba dengar orang berbunyi.."uwekkkkkkkkkk!"..yang aku nie spontan tercakap "oittttt!"..kuat2..muahhahahah.. lepas tue Azam cakap "oit bukan abang la"..haaaaaaaaaa..ye ker aku ingat Azam yang buat bunyi tue sebab dia memang boleh mabuk2 ..hahhahahhaha..adoi malula pulak...hahhahhahahhahah..ngok betul..

Pukul 4.30 kot lebih kurang la..sampaila kat jeti Kuala Kedah. Malas nak rebut2 kitaorang keluar lamabt sikit. Bila dah ujung-ujung tue baru nak keluar, cari beg yang merah tue tak jumpa..sampai la orang habis, suruh azam masuk dalam feri balik pun tak jumpa.. alamak sapa pula ambik beg kitaorang nie,  cuma ada satu beg  je kat situ warna biru merah kecik sikit dari beg kitaorang tue pemegang pun dah patah. Mesti orang tue tertukar. Bagitua pakcik security, dia suruh cari kat depan mana tau orang tue belum balik lagi sebab rata2 orang yang naik feri tunggu orang atau ambik kereta kat parking. Aku suruh azam lari carik orang tue aku bawak beg satu lagi dengan anak-anak.

 
beg merah tue semua baju2 dan ada barang berharga yang aku nak bagi kat kayang. Beg hitam tue pulah penuh coklat..hahhahahha


Memang panik kejapla dibuatnya. Bila keluar je aku nampak beg aku tue kat satu tempat nie, tapi orangnya takde aku tanyela orang2 yang kat tepi beg tue..semua tak tau mana orang tue pegi. Aku cakap dengan Azam pegila ambik kereta aku uruskan beg nie tunggu orang yang ambik beg aku nie datang balik sebab aku nak ambik je beg tue tak patut pulak takut orang tue pun tercarik2 sebab beg dia masih lagi kat JETI sana, aku nak bawak pakcik security tue tak bagi.

Dah tue pakcik security datang dia tanya jumpa tak beg,  aku cakap jumpa tapi orangnya takde. Dia pun patah balik nak ambikkan beg orang tue, tak lama lepas tue orang yang ambik beg aku tue pun datang dengan kawannya...hahahhaha. Aku cakap "nie beg saya" dia terpinga-pinga "beg encik masih kat dalam sana". Dia tersenyum-senyum malu..hahahhaha apada.. Orang yang kat tepi2 tue sambik gelak2 dia cakap "macam mane boleh salah ambik beg, lain sangat kot dengan beg dia tue"..hahhahhha...aku pun tergelak. Nasib baik jumpa, andaikata dia terus balik..aiyak memang mmm..nangis tak berlagula aku..baju tue satu hal..barang yang aku nak bagi kayang tuela..mmmmm...

Langkawi dengan macam-macam kenangan. Peristiwa yang bermasam muka dengan Azam tue habis kat situ jela..hahhahaha..ala biasalah gaduh2 tue, kat mana2 pun boleh gaduh..kahkahkahkah..


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: