03 Mei 2013

Jitra, kedah dalam hati

ekeekkeke..tajuk jiwang karat 20.

Sebenarnya kalau ikut perancangan aku memang nak singgah rumah kayang kat Jitra lepas balik dari langkawi, tue sebab kitaorang naik feri dari kuala kedah. Asal balik kampung je kayang/abang nazri mesti tanya bila nak ke Jitra, bila nak ke Jitra...sampai aku yang rasa segan..hahahhahahah.

Tapi aku tak berani nak janji dan aku tak bagitau kayang awal-awal sebab nanti dia tertunggu-tunggu kitaorang pulak. Masa tau kitaorang sangkut kat Jeti kuah tue, rasanya dah punah harapan nak singgah rumah dia.

Bila keluar dari jeti, berenti kejap kat petronas, baru aku sms kayang. Itu pun tak cakap terus nak datang rumah dia..mula2 aku tanya dia kat manala , tgh buat apa..... sebab aku terpikir pulak hari sabtu petang nie hari last cuti bagi kedah mungkin dia busy nak hantar anaknya masuk asrama. Sekali dia dapat agak aku nak pegi rumah dia dan memang betul dia baru nak keluar rumah hantar luqman balik asrama..hihihihi..

Kayang cakap kalau dari kuala kedah tue nak ke jitra lalu highway 20 minit je. Ok dekatla tue. Aku dah ada alamat dia pastu dah setting kat GPS. Sekali bila bincang-bincang balik dia suruh aku tunggu kat tol jitra.

Lama jugak aku tunggu kat tol tue dekat setengah jam kot. Sekali dia sampai katanya salah pulak patut aku tunggu sebelum tol sebab dia nak suruh aku pusing balik nanti. Oitla sengal tau kakak aku nie cakap tak habis..hahahhahah.. Kayang cakap dia lupa nak bagitau. Ceh sabo jelah. Dah terpaksa ikut jalan jauh nak menghantar luqman, kiranya  kene patah balikla..hahahhahahha..jalan pulak jem tak hingat...

tepi jalan lepas tol..hahahhahaha..tu nak hantar budak pakai baju oren balik asrama..

jalan jem...

terpaksala aku bawak kereta sebab pilot sebenar keletihan

kahkahkah..sejak bila laki aku pandai ambik gambar sendiri nie...
nie kat sekolah luqman...oit jauh pusing wei dengan jem lagi..perghhhhh..fenattttttttt..
Rasanya sekolah dia kat Alor star kot. Lepas hantar luqman kayang hantar sayur pulak rumah mak mentuanya lepas tue nak ambik pulak mak tiri kayang *jangan pening memang betul mak tiri kayang tapi bukan mak tiri haku tau sebab bapak kayang dgn bapak aku tak sama* kat rumah adiknya *adik mak tirinya*...Lor berapa banyak nak singgah nie...hahahha. Azam dah pot pet pot pet, sabo jelah telinga. Aku cakap tadi bila tanya dia nak ikut kayang ker tak dia cakap ikut mana-mana lepas tue komplen pula. Diam sekejap dia..hahahhaha.. sentap haku. 

Bila dah ambik mak tiri kayang memang terus balik tapi sebab lalu jalan dalam..perrghhhhhhhhhhh..jauh kok dari Alor Star ke Jitra...hahahhahahaha. dah tue kayang bawak kereta Subhanallah..mcm felesit...muahhahahha..gangster plak tue nak belok nak potong signal tak bagi..sabo jela..aku nak mengejar terkial-kial + dengan jalan tak biasa, dah gelap pulak tue...kurang asam punya kakak. Nasib tak tertinggal. Azam dah membebel lagi..hahahhahahah..

Dekat pukul 8.30 kot baru sampai rumah kayang. Penat gilaaaaaaaaaaa wei, kayang tue dia nak kejar waktu maghrib tue sebab macam felesit dia punya berdesuppppp. Sebelum tue aku cakap dengan kayang kitaorang nie kelaparan sebab makan pagi masa kat langkawi je lepas tue memang tak makan pun, makan benda ringan-ringan je. Azam dah pening kepala masuk angin kot perutnya. Lepas tue kayang dengan mak tirinya masak dekat pukul 10 kot baru dapat makan.

Malam tue aku perasaan Aqil tido gelisah kejap-kejap merengek. Aku rasa badan dia dah mula panas..huhuhu. Nie sebab berpanas kat LIMA la nie dah agak anak-anak aku akan ada yang demam. Nasib memang bawak ubat demam. Pagi-pagi aku dah bagi dia ubat demam. Pagi tue pulak kayang dah mula kerja, anak-anak kayang nak ke sekolah. Masa nak salam dia tue aku bagi barang yang aku bawak tue kat dia. Pastu dia nangis peluk aku..huwaaaaaaaaaa..sedih..huhuhu. Benda nie lama dah aku niatkan, aku pun pernah cakap dengan arwah mak nak bagi kayang barang tue..sampaila mak dah meninggal aku tak tertunai-tunai lagi hasrat nak bagi barang tue. Hati jadi tak tenang bila ada niat yang tak ditunaikan. Sekarang aku dah lega..

Nasib ada mak tiri kayang jadinya takdela aku kene keluar rumah kayang pagi-pagi jugak. Abang nazri pulak masuk lambat sikit lepas hantar danial pergi sekolah dia balik belikan sarapan.

kayang dah nak pegi kerja..
Kitaorang buatlah rumah kayang macam rumah kitaorang..hahahhahah..budak-budak nie belasah basikal sepupunya dok round satu taman sampai ada yang tegur diorang "ponteng sekolah ye"..nasib azri pandai jawab "kitaorang sekolah kat selangor" ..hahahhaha..kan aritue hari ahad.

kayang sebenarnya baru pindah kat rumah nie, sebelkum nie rumah dia kat taman sebelah je..rumah lama tue diorang buat homestay..

best pemandangan dari rumah dia...

masing-masing batak..hahahhahah
sunyi pagi tue sebab semua dah mula kerja & sekolah..


hahahahhahha ...teringin gak...

mengenang nasib..muahahhahha *buruk betul*
Dalam pukul 10 kitaorang keluar dari rumah kayang. Setelah di 'racun' dengan abg nazri, Azam nak sangat pegi bukit kayu hitam. Okla ikut jela dia yang bawak kete.

Bukit kayu hitam dah tak semeriah dulu, ala kesian sangat tempatnya pun. Tempat dulu dah terbakar kalau tak silap tahun 2008 kot. Peniaga pun tak ramai

Kompleks bebas cukai..takde mende la kat sini cuma yang best ada coklat DAIM jugak kat sini harga pun lebih kurang je dengan kat langkawi..hahahhaha...

dulu aku pegi segala macam benda ada kat sini..sekarang alahai..gerainya pun banyak yang tak bukak lagi..sunyi sangat.

belikan bebudak nie jersi..lagi sekali aku tak perasan ada topi atas kepala..hahahhahaahampeh

aku beli gak...hihihi..tapi beli kain duyung..miahahaha..murah jugakla kat sini, rugi aku tak borong, kalau tak boleh melaram pegi keje..

perasan macam dah melintas ke oversea je..hahhahaha..nak pegi danok takde pasport..hiks..
Lebih kurang je kat sini, lepas dah membeli dan belah marila kita pulang ke rumah masa nie lebih kurang pukul 1 petang ++ kot.

badan aqil panas balik..huhuhu..nasib ubat ada..kejap2 aku basahkan kepalanya dengan air mineral

berenti kat tol juru..makan kejap..

Kemudian merasalah ko jem yang amat dasyat sekali. Memang hazab gila kot. Kete banyak hari tue. Nak lepas dari ipoh ke tapah ambik masa dekat 2 jam...padahal kalau ikutkan 30-40 minit je boleh sampai dah..

nampak tak kete boleh pegi tak sampai 20km/j je..perrghhhhh...kematu bontot..
Lepas tol tapah aku pulak bawak sebab azam keletihan. Sampai simpang mana ntah aku salah masuk ke highway guthrie..muahhahahahha...belasah je.  Nasib ok, aku bawak sampai rumah oo.Dekat  pukul 1 pagi ++ baru sampai rumah...bayangkan dari bukit kayu hitam pukul 1.30 petang sampai rumah pun pukul 1.30 jugak tapi 1.30 pagi...12 jam perjalanan. esoknya aku kerja bebudak sekolah..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...percutian yang meletihkannnn...

HABISSSSSSSSSSS.

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

MakMonas berkata...

Gamba plg bes mengenang nsib pakai kain batik dok tepi longkang tu haha bes

Cikja berkata...

hahhahaha...dah buruk lagi ditayangkan kat blog..kan...hahahhaha..sendiri sengal nie win
.