05 April 2013

Nak mengarang tapi M.A.L.A.S

Eh, tak dapatla nak tolong kalau dah M.A.L.A.S kan?

Nak cerita tengok LIMA kat langkawi, gambar tak complete. Sebahagian ada kat tab sebahagian kat hp dan sebahagian kat camera. First time jejak kaki kat langkawi rasanya ke langkawi nie macam percutian singkat ke Cameron highland dulu. Mungkin faktor masa yang tak sesuai menjadikan satu percutian yang sangat meletihkan. Kalau tanya nak pergi lagi ke tak, buat masa sekarang jawapannya TAKNAK..hahahhahah.

Lepas nie aku nak bercuti yang dekat-dekat je nak  habiskan masa kat bilik, rehat menikmati suasana bercuti. Ini cuti penuh dengan stress..hahhahahha...sian sangatkan. Dah lari niat sebenarnya bercuti. sob sob sob...

Semalam hari khamiskan, macam biasa masuk kereta je tukar IKIM fm sebab nak dengar segmen ISLAM AGAMAKU. Kisah semalam sangat sedih huhuhuhu. Seorang ibu tunggal (auntie nor) berumur 68 tahun baru 2 bulan memeluk islam. Sangat berusaha nak mendalami ISLAM sebelum menutup mata. Dulu sebelum islam dia selalu meminta kematiannya dipercepatkan tapi bila dah islam dia mohon pada ALLAH supaya panjangkan umurnya untuk mendalami islam.

Paling sedih bila anak-anaknya tak terima emaknya masuk islam. Anaknya yang sulung paling menentang dan mengatakan yang maknya dah mati. Maknya cakap "memang aku dah mati, sekarang aku hidup balik dalam islam, kan kalau kita masuk islam macam baru dilahirkan semula". Auntie nor nie ada 3 orang anak yang 2 orang boleh terima dah. Anak-anaknya semua berjaya graduate U. Dia besarkan anak-anaknya seorang diri lepas kematian suami masa umur dia 35 tahun (kalau tak silap haku). Itu yang anak bongsunya  marah kat abangnya suruh ingat jasa maknya yang besarkan diorang sampai berjaya. 

Sebenarnya dia nak peluk islam sejak 20 tahun dulu lagi, tapi terhalang sebab beberapa perkara jadi niat nak peluk islam tue tertangguh. Dan 2 bulan lepas dia nekad nak masuk islam jugak. Bila dia dah islam semua orang tak percaya dia islam sebab dia nie adalah guru agama lamanya. Sampai dia gantung surat dari perkim kat dinding rumah sebab dia takut nanti bila dia mati jadi macam-macam kes, dia taknak benda tue terjadi. Harapan dia sebelum dia tutup mata,  dia dapat jejakkan kaki ke mekah dan paling manis anaknya yang bongsu tue dah simpankan duit dalam akaun auntie nor nie supaya dia dapat pegi mekah.

Selama aku mengikuti kisah-kisah kat ISLAM AGAMAKU nie, betapa aku seram sejuk bila diorang menceritakan bagaimana hidayah ALLAH mengetuk pintu hati diorang untuk memeluk islam. Ada yang mulanya sangat membenci ISLAM, kemudian mengkaji terus peluk islam ada yang melalui mimpi tak pernah tahu alquran tapi dalam mimpi membaca Alfatihah dengan lancar macam-macam lagila.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

bertuahnya untie Nor
dapat hidayah sblum dijemput olehNya
kita yg lahir dlm Islam pun belum tentu belajar mcm mana dia mendalami Islam

Cikja berkata...

irfa
kan...bertuah dia dpt hidayah.
mmg sebakla dengar cerita auntie nor nie..