30 April 2013

Lang Kawi 3

Pepagi buta dah bangun *tipu*. Pang pung ping pong...keluar dalam  pukul 9 lebih kot, cari tempat nak isi perut dulu.
mampu pepagi makan macam nie..hahahhaha..nak jimat..muahhahaha


Lepas tue terus ke tempat cable car. Ada yang cakap nak naik cable car baik naik pagi2 sebabnya tak ramai orang dan cuaca pagi selalunya ok, angin tak berapa kuat untuk menggelakkan gayat yang keterlaluan.

hihihi..aku pakai selipar 5 ringgit sampai ke Langkawi..miahhahahhahahah..yang penting aku selesa..

kan dah cakap orang tak berapa nak ramai..tunggu kurang dari 10 minit je kot..

paling tak suka lalu kat stesen kabel tue sebab dia punya gegar tue..perrgghhhhhh...mengerikan.


muahhahahhahah...dia punya zikir...siap sujud...hahahahahaha...

cantikla pemandangan kat atas...

fuuhhhh..best angin kuat walaupun panas membahang tapi tak terasa...

1 keluarga...
Lepas turun tue, lalu kat cinemotion theater. Adventure 6D katanya. Fahmi nak masuk tapi takde teman Azam taknak masuk. Aku suruh Azri teman dia taknak suruh aku sekali masuk aiyak bebudak nie. Last2 aku jugak masuk padahal malas nak masuk..huwargghhh..demi mu anak. Belilah 3 tiket kanak-kanak dan 1 dewasa. Bila nak start aqil tarik diri pulak sebab takut..huwargghhhh..sabo jelah rugi 10 ringgit. 





Masuk2 je kene pakai seat belt, cermin mata, kerusinya sangat special, bila mula je kerusi dah goyang2...pergrhhhh..betul2 macam kita yang melalui semuanya, siap ada effect air terpercik2..angin kat kaki..hahahhaha... memang betul la orang tue cakap 10 minit mcm 1 jam. Pening wei..mabuk jugak aku. Lepas nie kalau ada lagi tobatla aku nak masuk...hahahahhaha. Azam dah tau tue sebab dia taknak masuk..cissssssssssssssss...

Habis tue jalan-jalan kejap. Aqil beriya nak naik kereta kuda tadi masa pusing2 sebelum naik cable car kat kawasan nie ada kuda..bila pegi balik ke situ kuda dah takde mana pulak la peginya. Kesian Aqil kecewa nak naik kereta kuda. hihihi..lain kalila ye qil.

Azam ajak ke underwater world pulak, so ke pantai cenang la kita. Ingat nak ke LIMA tapi entah tetiba boleh ke underwater world pulak. Belasah jelah. oo..baru ingat sebab masa nak ke pantai cenang tue lalu jugak kat area nak ke LIMA tue..gila jemmmmmmmmmmmm sangat dasyat. tue yang buat keputusan ke underwater world.

kepenatan..kesian..hihihi..


gambar kat camera ada kat hp ada kat tab pun hade...huahuahuahua..

pingu..

dalam nie ada cafe..berenti sat isi perut...macam biasala klu tempat  mcm nie makanan mahallllllllll...lagipun bercuti nie umpanan menabur duit..huhuhu...makanan mahal pun belasah. Tengokla anak2 nie punya jauh datang yang diminta lastik..yang nak main entah tak tau kat mana...aku dah warning jangan lastik kereta rumah orang...
fenattttttttt...

miahahahha...syok sendiri..


unik sotong nie

kuda laut..aku teringat pulak cerita keluarga iskandar..mak mentuanya perli kamal macam kuda laut..sebab kuda laut nie, jantan yang akan beranak...bukanla kamal mengandung tapi dia duduk rumah jaga anak bini pegi kerja..hihihihi...

Lepas kat underwater world ni, kitaorang cuba patah balik ke LIMA, lalu kat area airport tue..ramai yang berenti kat tepi2 jalan sebab nak tengok jet pusing2...dah alang-alang sampai situ aku suruh azam berenti sebab nak try makan laksa yang katanya sedap sangat tue. 

panas sangat wei..sampai berpinar mata...

ramaila pulak yang jual laksa...tapi yang nie menarik minta haku..ada ikan kembong sekor, sedap wei ikan tue fahmi tak cukup sekor ikan habis semua orang punya dia minta..hahhahahahha...
Masa nielah banyak jet lalu lalang, pusing2...takde gambar tapi ada video. Malas nak tepek kat sini. Lepas habis makan azam cakap kita try masuk kat LIMA tue walaupun sesak sangat. Gigih nie carik parking redah jem. Parking pulak jauh. Masa tue jam dah pukul 4.30 petang. Bila dah sampai kat pintu nak masuk boleh dia cakap dah tutup...perghhhhhhhh...gila betula. Jalan dah jauh padahal ada lagi setengah jam patut tutup pukul 5..huwarghhhhhhhh...nak marah sapa?????..mmmmm...KECEWA. Azam cakap esok pagi2 kita datang sini dulu.

Badan pun dah letih, aku cakap dengan azam jomla balik hotel, tapi masa on the way nak balik tue aku ingat nak pegi dataran helang. Separuh jalan je boleh pegi sebab jem teruk sangat tahap tak bergerak2 padahal dekat je tue...mmmmm..terus patah balik ke hotel.

Balik lepak2 kat bilik rehat2. Lepas maghrib terus keluar nak soruuu. aku dah plan nak pegi restoran wan thai. Restoran nie dekat jugak dari hotel kitaorang, tapi malang sekali full house restoran tue sebab diorang booking siap2...arrghhhhhhh. yang aku pun satu dah ada no talipon tapi tak booking..aisshhhhhhhhhhhh...ramai orang cakap restoran nie makanannya sedap dan harga reasonable katanya.

Keluar balik search kat GPS ikut jela GPS tue, Kitaorang nak makan seafood lagi ahaks.. GPS tunjuk satu restoran nie..Azam takut nak masuk sebab jalan kawasan tue gelapppp..macam tak percaya dalam tue restoran. Aku cakap masuk jelah, sekali dalam tue memang ada 2 restoran tepi sungai ker laut haa..tak perasan pulak. 

Nampak sempoi sangat restoran tue aku pun pilih ikan sotong & udang. Lama gila nak tunggu wei, ramai orang dan ada yang dah siap booking jugak..adoilaaaaaaaaaaa..melangut lagi.

Tapi bila makanan dah sampai dan masuk ke mulut..mmmm..sangat tak mengecewakan perasaan. Hilang semua perasaan marah kene tunggu lama sebab makanannya sedap2. Udang goreng tepung sotong goreng tepung..memang menepati citarasa bukan macam cekodok*taukan sesetengah restoran kalau order udang goreng tepung..tepung tebal dah macam cekodok udangnya tersorok kat dalam* terubat rindu kat sotong, udang, ikan celup tepung kat ganu sana..yiiiihaaaaaaaaa*

memang terbaikla sotong goreng tepung tue...adoi terasa-rasa plak kat lidah..hihihih


Harga makanan pun lebih kurang dengan harga yang semalam tue..ok jela, dah kalau makan seafood memang harga tue yang kene bayarnya. Sama je dengan kat sini pun.

Habis aktiviti untuk hari tue, kita sambung lagiiiiiiiiiiiiiiii...

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

baca kisah Langkawi ko ni teringat kisah hero aku tertido dlm keta dan kami pecahkan cermin sbb dia tak bangun wlpun dah bergoyang keta di kerjakan kami..huhu.terbang rm150 ganti cermin pecah itu

Cikja berkata...

aah aku ingat.....huhuhu..nasib hero ko takde pape..