29 April 2013

Lang Kawi 2

Dah 2 minggu terbiar blog nie..huhuhuhu. Busy buat latihan sempena dinner company ...hakhakhak..habis cerita Langkawi nie aku sambung cerita tue pula.

Lama jugak nak tunggu dapat kereta, lebih kurang setengah jam tunggu. Perut dah lapar dengan panas detingnya. Dapat je kereta carik stesen minyak. Isi RM50. Lepas tue cari kedai makan masa tue waktu dah pukul 11 ker 12 macam tue. Jalan sesak jugak, kat petrol pum pun ramai orang. Mana-mana je penuh dengan orang.

Dekat langkawi masa nie cuaca adalah sangat panas yang boleh menyebabkan badan mudah letih. Nampak gerai makan tepi jalan berenti jela. Lepas makan kita orang terus ke makam mahsuri.Aku bawak GPS siap2. Senang nak berjalan walaupun kat langkawi nie ko pusing2 pun situ2 gak sebenarnya tapi GPS sangat membantu.

melayan bebudak posing dulu

Rumah Traditional..cantik!..ukirannya..


Tumbuk padi..*belakon*

Rumah kat sini rumah kayu semuanya tapi boleh masuk, masa aku naik rumah nie bila pijak lantai kayu tue berbunyi2..hahahahha..menakutkan..takut lantai papan patah..ada yang macam nangka busuk jatuh kang...
hihihi..aku tak perasan ada topi atas kepala aku..ceh sabo jelah.. *aku mengandung :-p *

nie rumah mahsuri ker?..hihihi..nampak sangat malas nak baca..papan keterangan... *berjaya kempiskan perut*

malas nak cakap..hahahhahah

telaga mahsuri, diorang tapis air nie kemudian dijual..hihihi..., ada yang mandikan anak kat sini wei, melalak2 budak tue sejuk kot. Maknya garang, kesian pulak aku tgk muka bapaknya kene marah sebab terkial2 pakaikan anaknya pampers ngan baju...*eh termengumpat pulak*

Cantik pemandangan..nampak tenang dan menyenangkan..tapi sebenarnya masa nie PANASSSSSSSSSS...sangat

Lepas tue anak-anak masuk dalam muzium mahsuri ada lakonan semula (video) macam mana mahsuri dibunuh. Aku dengan Azam duduk kat luar je. Malas nak masuk, masuk kejap sebab nak panggil bebudak tue je.

Destinasi seterusnya ke tempat beras terbakar. Aku ingat best sangat beras terbakarnya..rupanya kat depan rumah orang je ada sepinggan beras terbakar dalam akuarium..hihihii..



suruh anak-anak baca...

Lepas tue, aku tengok Azam dah lembik kot, sebab panas sangat tambah dengan tak cukup tido. Kesian pulak, aku cakap nie dah pukul 2 kita check in dulu nanti petang lepas asar kita keluar lagi. So marilah kita carik hotel pulak. So patah balik ke pekan kuah.

Sebab hotel yang kitaorang tempah tue hotel baru so takde dalam GPS, nasib aku ingat tadi masa nak ambik kereta, kerani tue cakap hotel kitaorang tue lepas hotel Grand Continental dan ke dalam sikit areanya. Pusing2 jugakla, dan jumpa jugak akhirnya. Sampai lebih kurang pukul 3 macam tue.

kat Reception Simfoni Resort, adoi melayan budak kecik nie masuk dalam nie je terus nak pakai baju sejuk...perasan macam pegi tempat salji ggrrrrr...
dapat bilik palinggggggggggggggggggggggggggggg hujung..uhuksssssss...

Apartment dengan 2 bilik..sangat selesa...
Masuk je bilik, aku terus mandi sempat sembahyang zohor. Anak-anak bergusti kat bilik kemudian kitaorang tido..eh aku dengan azam je kot yang tido. Anak-anak bergadoh nangis terjerit2 tapi sebab aku dah lali tido je...huhuhu..mesti stress sapa yang duduk sebelah bilik kitaorang. Sempat la Azam jadi hulk..huhuhuu...marahkan bebudak tue tapi dah namanya budak diam 2 3 minit je..pastu sambung balik..kene marah ker kene pukul ker bukan reti serik.

Lepas asar bangun, keluar nak makan malam. Plannya nak makan seafood, so ke pantai cenangla kitaorang. Area pantai cenang sangat ramai orang, jalan sesak. Pusing-pusing jugak nak cari tempat makan. Akhirnya nampak satu restoran nie terus berenti kat situ. Aku lupa nama kedainya.

Lapar sangat order pun tamak...huhuhuhu..Macam nak terbelahak menghabiskan. Harganya boleh tahanla. Masakkanya pun boleh tahan.

sedap tomyam nya..

nie paling sedap ketam kari bertelur...

Lepas habis makan ingat nak jalan-jalan kat area pantai cenang tapi kan apasal pantainya tak nampak..hahahhah..ker kitaorang yang salah tempat...banyak kedai2 je. Masa nak balik pun jem jugak, Sekali GPS tue tunjuk jalan shortcut hahhaah..lalu belakang kedai tue..masuk kat lorong2 rumah orang yang muat2 satu kereta je, belasah tapi cepat sampai. Kitaorang saje nak survey harga barang2 yang katanya murah sangat. Pergila ke Kompleks Haji Ismail yang baru dibukak katanya.

nampak tutup pukul 9.00 tapi nie dekat pukul 10 pun ramai lagi orang yang membeli..kagum aku tengok diorang beli periuk belanga pinggan mangkuk..perrghhhhhh...

Target aku kat sana nak tgk harga tefal dengan vision je..tapi ntah aku rasa sama je kot harganya..ker aku salah tengok, murah pun maybe 2 3ringgit je..tapi pemanggang ajaib jenama vantage nie murah kot sebab aku baru tgk kat sini harganya 170 inggit...klu jenama haji ismail sendiri lagi murah boleh dpt 70-90 ringgit tengok saiz..

adoila aqil nie gigih nak bawak beg yang hampir sama besar dengan dia..aku nak bawak dia tak bagi..lantak ko la dik ...


Dua orang budak yang sukar dikawal, hihihi..ntah berapa kali kene tangan dengan Azam si Fahmi nie...sebab dia nie jadi contoh kat adiknya, fahmi lari aqil lari, fahmi lompat aqil lompat...tapi aqil yang banyak jatuh..so Fahmi yang kene..huahuahua...

Habis survey harga barang, *tak beli apa pun*..jomla kita balik hotel..nak pegi tempat2 lain semua dah tutupkan baik balik hotel kita tido...esok pagi nak keluar pagi2 .


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Nisah Idham berkata...

eh baru je pegi ke langkawi ye..
best tak best??

nisah pun belum masuk lagi kompleks HIG tu, besar tak?

cadangnya, khamis ni br nak g shopping cokelat kat HIG, nak bawak balik utk org kampung hehe

Cikja berkata...

takle awal nisah hujung bulan 3 hari tue masa cuti sekolah...saya pegi time cuti sekolah pastu ada LIMA pulak tue jadi sesak sangat, tue yg kurang seronok sikit..

kompleks HIG tue baru bukak so tak byk kedai lagi....tapi untuk HIG punya memang dah adala..parking pun senang

Irfa berkata...

tingin pemanggang ajaib tu
kat sini mahal le pulak..nantilah kalau ada masa pegi sana beli banyak2 buat bisnes.hehe

Cikja berkata...

Aah irfa kat sana murah sangat...bolehla nanti klu ko jual bagitau aku..bagi aku harga kawan2..hahahhahah