11 April 2013

Lang Kawi 1

Patutnya first time jejak kaki kat langkawi jadi satu keterujaan. Tapi nampaknya layu betul mood haku. Bukan sebab tak best...tapi sebab entahlah...

Hujung bulan 3, Azam cakap dia ada cuti company shutdown. Aku tengok kalender jatuh time cuti sekolah. Otak pun ligat memusing berkira-kira nak kemana, bukan senang Azam nak cuti panjang wei. Lepas tue aku tertengok SUTERAZEN pergi langkawi. Dalam hati , boleh try jugak nie pegi langkawi. Lagipun plan cuti-cuti aku untuk tahun nie memang nak ke UTARA sana, boleh singgah rumah kayang.

Suruh Azam book hotel, survey benda menarik kat sana. Dan kebetulannya waktu kitaorang pergi tu ada LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition). Menariknya LIMA tue tapi Harga Kereta sewa, hotel bla bla bla semuanya tak best sebab mencanak2 naiknya. Termasuk sekali dengan Harga MASA!.

Rabu malam 27/3/2013 lebih kurang 10.00 malam kitaorang keluar dari rumah. Dalam kereta aku membuta Azam drive sorang-sorang. Aku kalau dah ngantuk memang mata takle celik langsung cuma aku perasan Azam banyak kali berenti sebab letih+mengantuk. 

Sampai Jeti Kuala Kedah Lebih kurang pukul 6 pagi. Memang itu planya nak naik feri paling awal sekali. Sebelum sampai jeti dah ada motor follow suruh parking tempat dia. Malas nak argue banyak2 ikut jelah. 3 Hari parking kene RM60.00. Boleh tahan jauh jugak nak jalan dengan mengangkut beg besar 2bijik..hukhukhuk. Masuk Dalam jeti je orang yang beli tiket dah berlingkau barisannya..fuhhhh... Aku letak beg, suruh Azri Fahmi & aqil duduk diam2 kat situ aku pegi solat kejap. Habis solat aku cari Azam suruh dia solat plak dgn anak-anak aku masuk barisan. Dia habis Solat je  ngam ngam aku dah sampai kaunter..hihihi. Dapatla tiket feri pukul 7.20 pagi. 

Dalam ferry tue boleh memuatkan lebih kurang 400++ orang kot, sebab tengok no seat aku pung dah 350++ rasanya. perrrgghhhh  memang ramai gila lepas tue takde nak beratur2 main redah je..aarrghhhhh..macam kambing masuk kandang, sampai yang jaga tiket tue jerit "tak payah tolak2 semua ada kerusi jangan risau!"..mmmmmm...


Terpisah tempat duduk dengan Azam, Masa nie beli 5 seat tapi 4 je yang digunakan sebab Aqil taknak duduk sendiri dia nak berpangku. Pagi cuaca tenang jadi air laut tak berombak sangat, rasa macam naik bas je. 1 jam perjalanan ke Langkawi ye.

Sampai jeti Langkawi lebih kurang pukul 9 pagi macam tue, nak keluar pun berebut rebut dengan beg nak berangkut perrghhhhh. Nak keluar tue dah dah ada yang tanye  "kete sewa kak"..mmm lagi sekali malas nak argue lagipun first time kan, ikutla adik tue. Yang ado kete iswara & wira 2 2 auto. Alasan sebab lima kete abis. Sehari 120 inggit, aku kat sana 2 hari setengah..dia kasi RM300, ambik hari 28/3/2013  pkl 10 mcm tue kene pulangkan 30/3/2013 sebelum pukul 7 ptg. Belasahhhhhhhhh.. Memang duit jelah kat sana..

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

langkawi ni konfem tak sesat kalau pegi..pusing2 situ jugak