19 Mac 2013

Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang

Pagi tadi dengar lagu kat IKIM FM, lagu lama sedap pulak senikatanya. Bila cari kat youtube tajuk lagu nie JASA BONDA dari WARISAN. Pagi2 masuk kereta mesti pukul 7 pagi, rutinnya aku alih frekuensi radio 91.5fm aminkan doa pagi dulu, dah habis doa pagi baru alih radio panas atau sinar.

Pagi tadi habis doa pagi, keluar pula lagu nie aku lambat sikit alih ke frekuensi lain, syok la pulak layan lagu nie. Last senikatanya MARAH BUKAN KEBENCIAN tapi TANDA SAYANG. Habis lagu tue aku tanya anak-anak. "Faham tak makna lagu tue?". Azri jawab "entahla tak paham"..hahhahah..budak nie memang tau malas nak pikir. Fahmi yang jawabkan "maksudnya kalau marah bukan sebab benci tapi sayang"...good job fahmi. Aku cakap 

"okla macam nie nampak parit tue, kalau abang main tepi parit lepas tue ibu nampak tapi ibu diam je sampaila abg termasuk dalam parit tue...agak-agak abang ibu sayang abang tak?". 

"tak sayang."

"sebab apa tak sayang?, sebab ibu tak marah *maksud aku tegur* abang masa ibu nampak abang main tepi parit tadi kan?" 

"aah"...

Pagi-pagi dah kene tazkirah anak-anak haku..bertabahla korang.

Aku nak anak-anak tau setiap yang aku marahkan sebab aku nak diorang jadi baik sebab aku sayang bukan sebab BENCI. itu pointnya.

*sekadar hiasan*

Aku suka layan IKIM FM pukul 7 pagi (dengar doa pagi je) kemudian Khamis 5.15 petang ada rancangan islam agamaku...hihihihi


Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

monas2petronas berkata...

Wahh 2 org tu pagi2 dah kena tazkirahh woooo.hahahhaa sebab lirik lgu tu. .tabahlah anak2

Irfa berkata...

anak aku dah diajar dr kecik 'umie marah sebab sayang'hehe

Cikja berkata...

win
hahahhahahah...nasibla ye..

Irfa
memang pun cuba kita kupas lagi mendalam supaya diorang lebih paham..hahahhahah...