26 Mac 2013

Keyword yang membuatkan hariku ceria





Zaman dah berubah, agak-agak ada persoalan kat kepala hotak , cari je kat internet confirm ada jawapannya tapi betul atau tak sendiri tapisla. *N3 kedua aku pasal keyword*

Aku pun salah seorang yang suka membuat carian secara talian maya..hihihihi..lepas tue nanti aku sendiri mabuk maklumat sebab banyak sangat info. serius.

Tapi otak aku selalunya suci murnila takde nak cari mende yang bukan-bukan..hiks. Tapi kadang-kadang kalau tersalah keyword yang keluar boleh yang bukan-bukan!..bahaya siot.

Boleh dikatakan hari-hari aku cek keyword kat belog haku, hampir setiap hari ada je keyword lucah..hahahhaha..hampeh betul la korang nie. Minggu lepas ker 2 minggu lepas, masa kat rumah saje aku cek guna live traffic feed kat tepi belog aku tue, sekali ternampak keyword "K*te Hitam yang menawan"..hahahhaha...nak tergelak aku, motif cari sampai gitu sekali nape?????..sengal!!!. Rugi aku tak print screen..hahahhahah..




hari nie punya keyword hahahahhaha...terasa i tau...entah2 nie laki aku yang google tak?..wakakakkaka..kad sspn rosak?..hihihihi..
Teringat aku masa arwah mak disahkan kanser, setiap hari aku cari maklumat berkaitan sampai satu tahap aku hopeless sangat. Aku jadi murung resah sedih  dan menangis tiap kali dalam kereta. Sebab maklumat yang aku dapat dalam internet kebanyakkannya tak memberi harapan. Padahal masa tue mak dah berserah n Redha..huhuhuhu. Arrghhhhhh..aku tak boleh lupa saat mak peluk aku dan menenangkan aku, padahal mak yang sakit. Sampai mati  pun aku tak boleh lupa.

Kalau tengok keyword kat belog aku yang paling memduduki carta teratas carian adalah keyword tabi*ta..hihihihi. aku ingat kalau aku keluarkan N3 tab*ita confirm merudum teruk pengunjung belog haku nie..ahaks.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku ada nampak satu keyword masuk blog aku 'main dengan kakak'apa maksudnya tu ye?emmm..of kos la aku ada tulis,anak2 aku main dengan kakak dia