21 Mac 2013

Hanjing Betul!!

Aku tak taula semalam macam serba tak kena dari pagi dah stress membawa sampai ke petang aaiishhhhh. Macam rasa nak nangis je..huahuahua. Itula jugak status aku kat FB semalam.

Tak sampai berapa minit up status tue kat FB, Azri balik dari taman meraung raung. Sambil cakap sakit-sakit. Aku malas layan..hahahhaha..boleh macam tue *kejam jugakla mak ko nie*. sebab aku ingat dia gaduh dengan Fahmi. Tak lama lepas tue Fahmi pulak balik. Aku tanye Fahmi, "abang kenapa?"..dah tuan badan dok meraung2 non stop sampai tak boleh nak cakap kaki dia kenapa aiyyakkkkkkkk sabo je mak ko nie. Fahmi cakap "abang kene gigit hanjing" .. "what!!?"..eh tipu aku takdela mat saleh sangat nak ber what2 bagai...hihihi.. "biar betul korang nie, hanjing sapa yang gigit!?". 

Aku bangun tengok kaki Azri, berdarahla tapi tak luka macam kene gigit hanjing. Hujung ibu jari yang luka. Fahmi tunjuk rumah tuan hanjing. Eh sebelum tue Fahmi ceritala sikit2 apa yang jadi tadi. Aku apalagi panas hati betul. Belum habis Azri meraung aku terus jalan kaki nak serang pergi rumah tuan hanjing, melampau la bawak hanjing pergi taman. Dah dekat taman tue ada signbord tak boleh bawak hanjing ko bawak jugak hanjing..aiiiiyyyaaakkkkkkk..

Jumpa tuan hanjing tue, aku cakap "tadi anak u ada bawak anjing pegi taman ker?". 

Dia cakap "takde anak saya ada kat dalam".

"Tadi anak u bawak hanjing kat taman tapi rantainya terlepas,  lepas tue kejar anak saya sekarang anak saya dah luka, dia kata kene cakar anjing, ada kakak yang duduk kat taman pun nampak"...hambek..uhuks..

terus dia jerit nama anaknya pastu "&*&^$#$*((*#$&"  aku tak paham tapi gayanya dia marahkan anakya. Dia cakap anjing tue tak mungkin gigit sebab anjing jinak dan suka main2 dengan anak-anaknya.

"Anak saya panikla kena kejar dengan anjing, mungkin anjing tue ingat anak saya tengah nak main dengan dia, saya cuma nak pesan tolongla jangan bawak anjing pegi taman budak2 takut"

"saya selalu jerit2 dari dalam rumah tak bagi anak saya bawak anjing pergi taman, saya minta maaf, luka teruk ker?"

"Terkopek hujung ibu jari berdarah, kejap lagi saya nak bawak pergi klinik tunggu suami saya balik"

"takpe2 saya boleh hantar, saya ada kereta"

"takpelah tunggu suami saya tapi duit klinik saya claim kat awak nanti"

"boleh boleh" sambil angguk-angguk

Aku pun balik, lepas tue tengah duduk2 sambil bebel2 kat bebudak, tuan hanjing datang nak tengok Azri. Dia mintak maaf lagi sekali dan aku pun cakap hal yang sebenar bukan cedera kene gigit/cakar hanjing.

Bila si azri dah diam dari menangis aku tanye dia betul2 apa ceritanya. Ceritanya azri tengah nak ambik bola kat longkang tetiba hanjing yang budak tue bawak rantainya terlepas, jadi hanjing tue pun ikut lari kejar bola, Azri nie panik kaki dia tersagat dinding longkang. Gitula..takde langsung pun dicederakn oleh hanjing tue, cuma hanjing tuela penyebab dia terluka sebab panik. Sedia maklumla kita orang melayu sangat fobia dengan hanjingkan...huhuhuhu...tapi pegi klinik kene gak sedas kancing gigi. Hari nie pergi sekolah pakai selipar...

Masa Azam balik nak hantar Azri pegi klinik, bila tau bukan kene gigit hanjing aku kene marah..huhuhu..bencik. Mana aku tau masa tue aku panik anak-anak pun cerita tak betul. Ingat aku suka2 nak buat cerita jadi sensasi ker?...

Ini telah menjadi SEJARAH

7 ulasan:

monas2petronas berkata...

Halahaiii..dia tgh nangis n panik la tu.kita trikut panik jgk kan?

Irfa berkata...

siyes..aku paham perasaan ko
anak woi..dikandung 9 bulan
luka sikit pun kita dah risau
inikan pulak katanya di gigit anjing
apa2pun bertabahlah CikJa
aku tak salahkan ko

Cikja berkata...

win
tuela, bila cakap kene gigit anjing aku terpikir anjing gila je..adoilaa..

Irfa..
tapi anjing tue mmg kejar sampai ke kaki dia...cuma sbb anjing tue jinak, takdelah dia gigit..huhuhuhu..aku frustla bila kene marah..huhuhuhuhu...

ieda berkata...

habis tu claim dak duit klinik?hihi
tapi tuan anjing tu kira ok la...ambil berat jugak.

kes ibu bapa (biasanya ibu la) panik ni selalu juga akak hadapi.anak relax ja tapi maknya kelam kabut (sikit sebanyak akak pun jadi suspens juga...hahaha)...biasanya akak kena relaxkan maknya dulu...then baru boleh rawat patient.

Akukah? berkata...

huhuhu cikja...

sabo je la!!!

Irfa berkata...

kan aku penah tulis kat blog,masa nak gi skolah..3 ekor anging punyalah besar kejar anak aku smpi ke pagar rumah..nasib baik sempat aku tarik masuk pagar..anjing liar yg tak bertuan ko tahulah,muka mmg hanjeng habis.dah repot kat majlis perbandaran pun takde tindakan

Cikja berkata...

kakieda
tak claim pun..malula..hahahhah
biasala kak mak2 memang macam tue apa2 panik dulu baru pikir tindakan..ehehhehe

Akukah?
memang kene sabo..hehehhehe..

irfa
ye ye aku penah baca, lor takde tindakan?..hanjing liar lagila garang2 semuanya..kat tempat aku nie ada musim2..ada masa banyak anjing liar, kadang tue sekor pun takde..