20 Mac 2013

Cinta ketek

Pernah ke korang rasa cinta ketek, best ker?..adakah gayanya seperti ketek. oh lupa ketek di dalam bahasa jawa sama dengan monyet. 

Kelmarin *tetiba teringat lagu zureda*, masa duduk kat meja makan *kat kedai* Azri dengan fahmi dok sok sek sok sek. Adalah yang diceritakan tue. Lepas tue Fahmi cakap

"ibu, ibu nak tau tak.. abang dapat surat dari S*budak perempuan aku lupa namanya"

Masa nie Azri diam je, dia biarkan adik dia jadi orang perantaraan eh jadi wartawan kepochi..hahhahahha..

"surat apa?"

azri pulak yang jawab
"suratla dia cakap dia suka kat abang"

"eee..poyola ko..hahhahahha"

"betulla, dia baling kertas tue kat abang"

aku tak tau nak respon apa,
"hahhahahhaha..."

"iyee...dia tulis i love u...." 

azri belum habis cakap aku dah gelak sakan..lawak kot..
"hahahhahahhaha..poyola kawan ko tue.."

"iyeeeee la bu, dia cakap i love u soo much"

lagi terbahak aku ketawa dengar cara azri cakap sooooooo much tue ngan muncung2 mulutnya..muahahahhahahhaha...tak sangka pula ada soooo much ingat i love u je...hahahhahahahhahah

"abis tue abang buat apa?"

"abang koyakkan kertas tue"

hahahhahahha..maluw la tue..

"cantik tak budaknya?" hahahhaa..mak ko takle blah..betul!

"boleh tahannnnnn la"

Azam duduk je *dia pegi toilet*. Nampak aku gelak2 ngan anak-anak. Dia tanya "apa?"..aku jawab "takde apa, rahsia"...hihihihi. Azam takpuas hati hahahha, bukan aku taknak cerita takut dia melenting..hahahhaha. Aku takut karang bebudak nie taknak kongsi cerita dengan aku. Aku kalau boleh nak anak-anak suka jadikan aku tempat diorang kongsi cerita luahkan perasaan semua. Macam kawan2.

Semalam, masa aku tengah masak Azri datang kat aku dia menjenguk apa yang aku tengah masak sambil tue dia cerita lagi..

"ibu, kawan abang tue bagi surat lagi"

"dia tulis apa pulak?"

"Dia suruh abang berterus terang sebenarnya abg suka sapa?"..

glup..tak boleh blah sungguh bebudak sekarang nie..hahahhahahhaha.

"abis abang buat apa"

"abang diam je cuma dia pesan jangan kotakkan surat dia kalau tak nanti dia tumbuk abang"

oh mannnnnnn...perrghhhhhhh..garangnya..hahahhahahha

"tapi dia mana tau abang koyakkan pun, bukan dia nampak"...

hahahhahahhaha...

Aku kalau teringat bebudak nie punya cerita nak tergelak je. Sungguhla berani budak perempuan itu. Hot sangat ke anak aku tue..kulit dah macam yenna kot, pun ada orang suka. aaiyakkk..satu lagi.....anak aku baru 11 tahun wei..hahahhahah..lepas tu pula belum sunat punnnnnnnnnnnnn..hahahhahahhahha...


Nampaknya cepatla aku terima menantu..muahhahahhahaha...

Ini telah menjadi SEJARAH

7 ulasan:

monas2petronas berkata...

Haha cinta monyet ke cinta ketiak tu? Oii nnt kenuri jgn lupa jemputt yee...anak sulung dh mula dikejar anak dara..laku btoi la..tp dr crita bakal menantu tu ganas btoii..memaksaa hahaha

Cikja berkata...

aah la sama pulak dengan cerita ketek ko win..miahhahahah...kalau jawa kat sini ketiak = kelek..rasanya.

itula pasal ganas oo.siap warning nak tumbuk..entahla nie nak cari cinta ker nak cari gaduh..hahhahah...

in shaa allah umur panjang ada rezeki klu aku buat kenduri aku jemput ko win...*macam nak kenduri lagi 2 3 bulan*..hahahahha

Irfa berkata...

adoi..sakit perut aku gelak
berani sungguh bebudak sekarang
eh lupa la,aku dulu sekolah rendah dh pndai minat lain jantina.huhu
tp x penah la tulis surat.senyum sensorang je

:: Cik Viva :: berkata...

hhehe...cinte ketek, lame dah dengar orang sebut ketek ni...

Cikja berkata...

irfa
kan berani betul..hihihi..tapi lawak jugak..
minat je kan..hihihi..

Cik viva
eh seblm nie penah dengar ye..femes jugak ketek nie ye..hihihi

ieda berkata...

kalau budak pompuan tu tau belum sunat confirm kensel..hahaha

budak2 dulu pun sama gak...husband akak cerita masa dia darjah satu dia dah ngorat budak darjah 6...siap timing nak bagi naik bas sekali masa balik sekolah...gatal dia tu dah menurun ke anak jantan dia tapi yg ni pemalu sikit.

Cikja berkata...

kak ieda
kan..hahhahahah...

hahahhaa..lagi advance suami akak, ekekeek..saya rasakan kak budak2 sekarang nie memang dah terbalik kot..perempuan lebih berani banding dengan lelaki..huhuhu..