08 Mac 2013

Bila tak kene dekat batang hidung sendiri...

Bukan nak cari salah siapa, tapi mungkin boleh direnungkan & dipikirkan. Untuk peringatan diri aku jugak. JANGAN PENTINGKAN DIRI. Kemalangan tue adalah penyebab je, kalau dah sampai janji Allah apa pun kita tak boleh buat.

Rabu petang aku baca status kawan sekolah aku. Masa aku baca aku tak rasa apa-apa pun. like pun tidak. 

kawan aku memang ada masalah W n kependekkan perkataan hahahhaha..pandai2la nak pahamkan..

Bila esok pagi masa aku nak hantar Azam pegi kerja, dia dapat sms dari kawan dia. Minta Doakan anaknya yang tengah koma sebab accident semalam. Aku kenal kawan azam nie sebab dulu, kitaorang pernah berjiran dengan arwah mak kat rumah lama. Dan cerita Azam nie buat aku teringat kawan aku punya status sebab cerita Azam mcm ada persamaan dengan status kawan aku. 

Petang semalam lepas balik training Azam dengan kawan2nya terus pegi KPJ, nak melawat. Bila sampai rumah je, tetiba Azam cakap 

"bu, anak isa dah meninggal".

 "innalillah..bila, bukan tadi abg tengok ker?". 

"memangla abg tengok, lepas kitaorang turun hospital je dapat berita dah meninggal, tadi masa tengok baru bagi harapan kat isa tue cakap anaknya nampak ok sikit". 

huhuhuhu...sedih.

Terus aku ambik henpon tanya kawan aku, yang buat status semalamnya. Kalau meninggal sebab lambat dapatkan rawatan sebab takde orang yang nak tolong hantar ke hospital memang menyedihkan. Aku tau dah takdir, tapi sebagai orang awam apa effort kita nak tolong orang yang dalam kesusahan/kecemasan/kemalangan. Ini aku ingatkan diri aku jugak nie.


Paling terkilan kawan aku niela sebab dia yang cuba nak tolong tapi terbatas pulak. Budak nie dah jatuh masa kawan aku sampai tue. Dia pun tak tau budak nie jatuh macam mane. Bapaknya cakap jatuh sendiri langgar bonggol. Kakaknya yang bawak motor, lepas ambik adiknya balik sekolah. Kakaknya cuma luka-luka ringan je. Adiknya nie teruk mungkin sebab masa jatuh kepalanya terhentak ke jalan, jadi ada pendarahan dalam kepala.

Aku harap kak ita tabah dan redha atas kehilangan anak bongsu tersayang. Sesuatu yang pedih. Janji dia dengan Allah dah sampai.  

Aku kan pergi 
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya..

Ini telah menjadi SEJARAH

6 ulasan:

monas2petronas berkata...

Innalillahiwainnaillihirajiunnnnnn...tak sangkaa org yg lah pulakk..ambik dr skolah kira dlm skolah rendah lah ya? Ya aallah apalah perasaan si kakak skrg ni.sedihnya. Allah ambik dgn pelbagai cara.tp benda nak jd kejap je kan :(

Cikja berkata...

aah win sekolah rendah darjah 6, tuelah tak sangka sebab kalau ikut cerita kawan, budak tue masih mampu respon lagi.....

bahagian masing2 win.

ina khairina berkata...

innalillah....kesiannya budak tu.mmg la ajal dia dah sampai tp kalu diberi rawatan cpt mungkin nasib dia lbh baik lg...

Cikja berkata...

ina khairina
tuelah orang ramai kurang prihatin...mungkin diorang pikir masa budak tue tak serius..padahal dalaman nie tak nampak...

Irfa berkata...

alfatihah..serius aku sedih baca en3 ni..aku penah baca survey kat mana tah,kesedaran rakyat malaysia bila tgk kes kemalangan adalah masih ditahap bawah..setakat tengok tapi tak membantu ;(

Cikja berkata...

aah irfa, dia orang tolong tengok sampai jalan boleh jem..huhuhu.