25 Februari 2013

Hadiah tahlil untuk mak

Hampehla dah siap dah patutnya Ne3 nie  tetiba pula ada error  tak bleh nak save/publish...arrghhhhhhhhhhhhhhh...

Minggu raya cina tue, rabunya aku dah kerja. Kayang pula baru nak balik sini. Ceh, apada semua orang dah kerja dia baru nak balik, takle nak lepaking sama-sama. Sabojela.

Bila dengar je kayang nak balik sini, kakida cadangkan nak buat tahlil adik beradik. Aku setuju aje dan yang lain-lain pun ikut je. Kebetulan bulan 2 adalah hari lahir arwah mak dan sama bulan dengan hari lahir Ain (anak kakida) dan yang menyedihkan Ain mimpi arwah mak mengusap mukanya lepas hari lahirnya...huhuhu...*mungkin nenek nak ucapkan selamat hari lahir macam dia selalu buat masa hayatnya* :-(

Khamis malam jumaat masa yang paling sesuai buat tahlil tue. Kakak-kakak plan nak masak simple untuk hidangan lepas tahlil. Aku memang tak cuti la hari tue *nak ngelak kene tolong masak..hahhahahha*. Ateh yang kebetulan ada hal tercutila dia hari tue, mangsa yang sesuai jadi supir kakak-kakak cari bahan nak masak petang tue..huahuahuahua.

Tapi petang tue aku minta balik awal sejam, sampai rumah mandi-mandi pastu angkut anak-anak pegi rumah ateh. Azam kerja malam tak boleh follow. Aku sampai je memang diorang tengah masak-masakla, huru hara jap..hihihi..tapi aku bukan tolong sangat pun, tolong buat kecoh je. Ala ada kakak-kakak nie semuanya sap sap soi...hihihihi. Sebelum maghrib semuanya dah siapppppp pun.

aku tolong goreng ayam je, jadila dari tak tolong langsungkan..

Sebenarnya bukan senang nak kumpul adik beradik nie, sebab orang jauh di perantauan tue susah nak balik kalau tak cuti sekolah. Tue sebab kalau tak cukup korum kitaorang buat tahlil kat surau je.

tok imam baru sampai, lama tunggu tok imam rupanya pegi memerut dulu..muahhahahha..
budak kecik bermuka pelik tengok makciknya ber camwhore..hahahhahahha...


Tahlilnya lepas maghrib. Azan isyak berkumandang je tahlil ringkas pun habis dengan jayanya Alhamdulillah. Semoga hadiah tahlil nie sampai pada arwah-arwah. Rasanya inilah hadiah terhebat dari anak-anak mak untuk arwah mak tersayang walaupun arwah mak takde kat sini tapi mak tetap dalam hati sampai bila-bila.

memang betul2 adik beradik, anak-anak beranak je...tiada yang lain.
Habis je tahlil kaum lelaki pergi ke surau, sembahyang isyak yang kaum perempuan ready untuk dinner. Kat surau pun ada tahlil jugak memang setiap malam jumaat ada tahlil untuk waris2 yang nak buat tahlil diorang cuma bawak makanan yang nak disedekahkan jela bila habis tahlil nanti. Dapatla nasi ambeng sebungkus.

org jauh diperantauan dah merasmikan nasi ambeng tue..heheheheh..dia sorang je kot..kahkahkahkah..
Masa diorang makan nie, aku tak makan sama aku saje buat-buat kecoh usik sana usik sini..hahhaha. Sumpah suasana yang menyeronokkan. Kononnya aku tak makan sebab masa kakak-kakak habis masak tadi aku yang tukang 'rasa'..hihihihi..rasanyala sangat kan sampai sepinggan aku bantai...hahhahhaha. Eh tapi Azam sampai je, layan dia makan aku pun termakan lagi...hahhahahhaha.. sepinggan termakannya. Takat kene perli tue tak mematahkan semangat makan aku, bertambah semangat ada..hahhahahhahaha..coi sangat.

Habis makan, kemas apa yang patut balikla haku. Esoknyakan kene kerja, anak-anak pun sekolah. Tapi aqil taknak balik dia tengah seronok nak main dengan sepupu pupunya, masa tue dah pukul 10 kot. Menjerit-jerit dia dalam kereta adalah 3 kali aku berenti kat tepi jalan yang gelap ugut nak turunkan dari kereta..huhuhuhu..aku yang buat aku yang rasa seram..hahhahah..dahla malam jumaat jalan golapppppppppp.

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

monas2petronas berkata...

Emak dalam hati kita sampai bila-bila ...:) Al fatihah untuk arwah emak Cikja...kita pon sayanggg sangat dekat Emak...eh sapa yang tak sayang mak sendiri kan?

Cikja berkata...

kirim salam cium mak win..ehehehhe..tq win.

Irfa berkata...

'termakan' itu yg aku tak tahan baca
alfatihah utk mak

Cikja berkata...

ehehehhe..biasala irfa nak buat rasa kurang bersalah makan banyak..tq irfa