27 Februari 2013

Gangster cakap macam mane???

Tengah syok layan FB, sambil tengok tv. Aqil khusyuk tengok tab. Tiba-tiba terlontar satu soalan.

"MAMA GANGSTER CAKAP MACAM MANE???"

"haaa, gangster cakap macam mane?, mana ibu tau"

"ala mama cakap la gangster cakap macam mane?"

"ibu, tak tau la dik gangster cakap macam mane"

"ala mama tau, mama cakapla gangster cakap macam mane" *dah start nangis*

"hish, ibu tak taula!"

Sampai ke sudah dia 'berzikir' suruh aku cakap, gangster cakap macam mane. Geram ada nak ketawa pun ada. Apa ko pikir mak ko nie gangster ker ha....manala ibu tau gangster cakap mcm mane, tapi sebenarnya aku tak paham soalan dia..hahhahahhaha.

Zikir *nangis plus mumbling* dia tahan sampai satu jam hokey, tahan jela telinga ko. gggrrrrrr...Hampir-hampir mak ko jadi gangster jadian, nasib iman tebal di dada dik. 

Aqil nie kadang tanye soalan yang ko tak reti nak jawap. Lagi soalan yang aku ingat aku takle jawap. Dia tanye aku "kenapa rumah ezat terbakar?"..hahhahhaa..kes dia tengok UPIN IPIN episod bomba. Aku dahla tak tengok episod tue, mana aku tau kenapa rumah ezat tue terbakar?. Berzikir jugakla dia, last-last aku jawab sebab dia main api...hahhahah..terus dia diam sambung tengok upin ipin tue..fuuuhhhhhhhhhhhhhhh..lega nasib dia terima jawapan haku. Satu lagi yang pelik kadang dia tanye soalan dia dah ada jawapan bila jawapan aku lain dari jawapan dia... dia boleh mengamuk ..hahahhahahha...menjengkelkan betul budak nie tau.

 
video

Video kat atas nie dia tengah 'zikir' gak tue. Kes nak mandi tapi nak aku mandikan, jawapan mak mithali boooo..layan..hahhahahha.

Semalam dah sampai rumah kakak pengasuh tak nak sekolah, aku malas nak gaduh-gaduh dengan dia, aku suruh turun kereta sambil cakap "nanti aqil boring takde kawan semua orang sekolah nanti mak tido aqil sorang2" dia jawap "takpela nanti aqil tido sekali ngan mak"..mmmmm..hahahhaha..malas aku layan. Tapi kakak pengasuh cakap dah pukul 8 lebih dia suruh kakak pengasuh hantar pergi sekolah...hahhahaha..apa ko pikir sekolah tue bapak ko punya ker qil ..suka2 hati je nak masuk sekolah pukul berapa...aaiiiyakkkkkkkkkk...pitam layan budak nie.


"adik sakit tekak la"...sambil pegang belakang leher..."bukan tekakla, tengkok"..hahhaha...mana tak sakit tengkok, gitu gayanya.

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

adoi..mmg la
soklan susah nak jawab
mgkin dia tanya mcm mana nak eja kot

Cikja berkata...

hihihi..eja mende irfa abc pun tak lepas lagi..hihihihi..

ieda berkata...

dia tau mak dia pandai berlakon...tu yg dia suruh cakap ala2 gangster.

Cikja berkata...

kak ieda..hahahhaha..iyela tue..