21 Februari 2013

Cuti raya

Maksud aku cuti raya cina yang dah berlalu hampir 2 minggu lepas.

Aku ingat macam kebiasaannya Azam nak ajak balik kampung cuti panjang kan. Rupanya dia tak cuti langsung. Sangap gila duduk rumah 3 hari *sangap katanya padahal suka*

Aku pun dah tak berapa nak ingat apa aku buat 3 hari tue tapi yang pasti aku santak tido muahahhahah...sampai azam cakap "macam dia yang keje malam"..hahahahhahahha..Dahla tido je masak pun malas, terpaksa laki ajak makan luar huahuahua. Memang saje membesarkan badan.

Anak-anak pula, bangun tido je tanya "hari kita pegi mana bu?"..hahahhaha..kesian kan. Jadinya hari selasa tu aku ajaklah Azam keluar awal, pergi sarapan pastu ajak tengok wayang cerita HANTU KAKLIMAH 2. hihihi. Sampai sana ngam ngam 10.30 pagi first tayangan start 11.00 pagi, cantik sangatla. Pagi-pagi orang tak bangun tido lagi panggung wayang pun kosong.

pengalaman pertama aqil  tengok movie kat wayang


over kot si Fahmi ni, belum mula lagi baru iklan pun...ceh sabo jela.
Aqil 5 minit pertama je duduk elok kat seat sendiri lepas tue mmmm...berpangku dengan aku. Kebas kaki aku. Sabo jela, alasannya takut sebab tengok cerita hantu. Azam cakap, "tau beli 4 seat je"..hahahhahaha..

Filem ni biasa-biasa je, tak bleh lawan yang HKL 1. Kalau HKL 1 sepanjang jalan cerita aku boleh gelak non stop kot yang nie macam bosan sikit n banyak diolag HKL 2 nie ulang diolag HKL 1, yang bezanya orang lain cakap dialog tue. Contoh kalau tgk HKL 1 masa husin balik rumah nampak kak limah kat tingkap rumahnya kan husin tegur "hai kaklimah tak tengok Akedemi fantasi ker, ada Ac mizal"..lebih kurang gitula..kat HKL 2 pun ada dialog tue bezanya kaklimah yang tegur husin masa husin nak naik ke rumah. Scene nya sebijik HKL 1. Ada 2 3 lagi scene yang sama. Tapi masih boleh gelak la.

Masa keluar dari TGV  ni, Ya Allah ramainya umat manusia nak jalan pun berlaga-laga. oitla nasib keluar pagi-pagi. Tengok orang yang nak beli tiket wayang pun berlingkau2 barisannya.

Round sedas 2 kat Aeon tue turun bawah, anak-anak nak Takoyaki pulak. Layannnnnnnn. Suka sangatla diorang dengan takoyaki nie. Azam cakap apala yang sedap sangat mcm cekodok je pun. >_______ <

sorang sebekas..mak ngan bapak tengok je...huahuahua..kadang tue tak cukup sorang sebekas sapa makan lambat nasibla kene pau sebijik..hahahhahah..

Sekian,
Begitula cerita RAYA CINA saya. TAMMAT.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

Lom tgk lg citer tu.adik aku kta x best sgt
takoyaki tu aku pun bru je try..memula cam pelik tp skrg dh jatuh cinta