15 Januari 2013

Sebarkan cinta

Tajuk nak gahhhhhhhhh je parijah nie ehehehhehe.

Aku dah remove N3 tabita yang lama aku upkan je cerita yang baru pasal tabita tue ye dan seperti yang dijangka statistik pelawat menurun dengan mendadak hihihi tapi takpe aku bukan buat belog untuk kejar pelawat yang masuk kat sini. Aku berbelog sebab aku suka dah 6 tahun pun usia blog haku ni, masih bertahan huahuahua.

Ada FB tapi tak semua benda aku boleh kongsi secara detail macam aku cerita kat belog, lagipun tak ramai yang tau haku ada belog hanya orang tertentu je kot yang tau *agaknyala hahaha*. Sekarang banyak medium nak sebarkan atau nak share life korang dengan orang-orang kat luar tu. Kita ada FB, Instagram, twitter bla bla bla.. tapi setakat ni aku suka FB n Instagram. Artis pun galak sangat le kalau kat instagram (IG). Contoh macam gambar Dato Siti Nurhaliza yang sekarang dah full bertudung sebelum belog gosip2 artis keluarkan berita aku dah tengok dulu gambar dia kat IG just follow je, lagipun aku tengok semua gambar kat belog gosip artis tue pun cilok *mungkin minta izinla kot*  IG Dato siti.

Baru-baru ni ada kawan kat instagram bagi satu gambar cikgu perempuan pergi sekolah naik motor dengan jalan berselut sebab dia mengajar kat kawasan pendalaman. Serius aku jadi kagum kemudian aku hantar request nak follow instagram cikgu tu. Tengok profile ada belog la cikgu nie, apalagi zassssssssssssss aku baca belog cikgu dan dah khatam pun. Ya ALLAH bila baca N3 dia hade yang aku ketawa terbahak-bahak ada yang aku mengalirkan airmata. KAGUM, INSAF n BERSYUKUR.

Kalau cikgu lain pergi sekolah dengan vouge de vas cikgu nie pegi sekolah macam orang angkasa. Tabik springla CIKGU!!

Perjalanan ke sekolah ambil masa 2 jam paling cepat dengan jalan selut mcm ni, bayangkan. Pertama kali dia lapor diri ambik masa 4 jam wei nak masuk. Takde bekalan elektrik  diorang pakai generator so ada masa-masa je boleh buka generator tue, tapi sekolah tue sangat cantik damai je aku tengok. Sekolah kat kawasan tanah tinggi memang pemandangan indah ada sungai bagai kata ko.




Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Irfa berkata...

tq fr sharing..maka aku pun follow dan akan khatamkan juga ;)

ieda berkata...

satg akak nak pi jengok jugak..

ada sorg customer akak ngajar kat sabah...sekolah pedalaman.letrik pun ada sebelah malam ja.tapi kata dia,dia suka ngajar kat sana.tak terfikir nak balik ke semenanjung buat masa ni...sana aman damai katanya.

Yunus Badawi berkata...

Salam kenal Cikja. Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya dan meninggalkan komen.

Sekarang ni mmg banyak media sosial yang ada - blog, twitter, fb, IG. Kadang kala sampai tak larat nak melayannya.

Kisah cikgu di pendalaman tu memang menyentuh hati.