21 Januari 2013

Rumah ada api panggil TNB





Semalamkan rumah aku kan hampir-hampir terbakar...ceritanya macam nie..

Aku dah janji dengan kakida nak datang lepaking kat rumah Ateh sebab kayang balik sekejap hantar anaknya masuk UIA lepas dah cuti panjang. Tengah sedap-sedap berjanji tue aku kerahkanla anak-anak aku mandi, kapur kasut, kemas beg bagai takut balik lambat karang diaorang tertido dalam kereta susah pulak nak kejutkan. Oh lupa masa lebih kurang pukul 6.15 petang. Aqil dengan Azri dah mandi tinggal Fahmi je, Sementara aku tunggu Fahmi mandi tue aku angkat kain dulu kat luar. Masa nagkat kain tuela aku dengar benda meletup-letup macam mercun, tengok atas siap berapi-api. Panik kejap aku. Masa tue aku ingat nak lari je tapi teringat anak-anak kat dalam rumah. *ada hati nak selamatkan diri sendiri je..hahahhah*. Nasib tak jadi api besar kalau tak aku tak taula mcm mane anak-anak aku. Aku tengok letupan tue macam reda sikit aku masuk panggil anak-anak keluar sambil aku off main suiz. Bau hangit dah masa nie. Terus talipon Azam*dia keje masa pagi*. Bila aku pasti takde letupan lagi aku cabut semua plug yang ada. Memang golap la masa tue sebab mendung lagipun dah dekat puul 6.45ptg.Tambah hujan renyai2.

Fahmi yang tengah mandi ketakutan keluar dari bilik air tanpa seurat benang panik punya pasal..muahhahahhaha. Aku suruh dia sambung mandi dengan azri jadi teman depan bilik air. Lepas tue aku pulak mandi *hahahha..sempat mandi tue*. Siap mandi dah wangi-wangi aku cari bil TNB sebab nak talipon aduan kerosakkan. Cari bil pulak tak jumpa. Terpaksa google. Aku ingat nak tunggu azam je tapi takut lambat sangat lagipun azam tak tau mana yang terbakar sebab aku yang nampak.

Aduan TNB 15454. 

"selamat petang, saya F boleh saya membantu"

"En. F saya nak buat aduan, meter bacaan letrik kat rumah saya keluar api, sekarang nie dah bau hangit" *belasah je*

"ok boleh saya tau sapa yang bercakap?"

"saya Siti Fariza"

"oh itu boleh menyebabkan kebakaran puan"
"sekejap ye puan" 1 minit berlalu
"ok, alamat puan sekarang berada di no %$# jalan pandan #%^, Taman %^&*, Telok &^R$$  dan no talipon puan 03-6499556. Betul?"

"iye betul2" *fuyoooooo canggihla sekarang nie, boleh detect sendiri dari mana kita buat panggilan...batak kejap haku, padahal dia cuma tanye nama aku je, pastu aku cerita dengan Azam, dia pun tumpang batak juga muahhahahhaha*.

"ok, sekarang saya nasihatkan puan tutup semua suiz dan plug kemudian jauhkan diri daripda tempat kejadian, kami akan hantar pasukan TNB dalam masa 1-2 jam"

"ok terima kasih en F"

"sama-sama"

Aku ajak anak-anak keluar rumah tunggu kat depan pagar. Tak sampai 10 minit ada abang nie naik motor, aku kenal dia nie sebab selalu hantar surat2 kat area taman rumah ni, dia ni mcm AJK taman gitu. Dia tanya "keluar api ye?"...lor dia ker yang jadi pasukan TNB yang kene standby..hihihi..sonang keje den. Pastu baru lori TNB datang sekali.

yang repair abang TNB naik lori..hihihi..memang terbakar mende alah tue..cair aku tengok covernya.


Abang TNB Betulkan tak sampai 10 minit pun. Siap je baru Azam balik. Konon dia yang nak call TNB, takpe bang bini abang sekarang berdikari sangat selagi boleh buat saya buat..cheewaahhhhhhhh..*padahal cuma talipon TNB je pung poyo je lebih*.

Kemudian Rumah ku terang kembali,  happy ending.........


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Irfa berkata...

EH NGERINYA CERITA KO NI
HEBAT GAK YE BOLEH DETECT ALAMAT PAKAI NAMA JE ;)

KALAU 1-2 JAM BARU NAK SAMPAI.DAH HANGUS LA KISAHNYA..ADOI

APAPUN HAPPY ENDING
RISAU PULAK AKU

Cikja berkata...

memang ngeri wei..kalaula benda nie jadi masa malam hari atau aku tak perasan..nauzubilla...

tau takpe wei...huhuhu..