07 Januari 2013

Permulaan 2013


Sibuk?

Takdela sibuk mana pun selalu tue aku buat-buat sibuk je. *tiba-tiba blur nak karang ayat apa* masalah betul!.

Hari pertama sekolah, aku cuti nak uruskan beberapa perkara, paling penting nak uruskan hal transit Azri dan Fahmi. 

Azri pakai bedak hahaha apasal ada satu line kat dahi, Fahmi pula sememeh kat pipi..anak anak
Macam biasalah hari pertama sekolah jammmm sudah semestinya. Mak bapak yang nak hantar anak-anak masuk darjah satu parking ikut suka je. Kalau dah lambat takde parking dekat kenela jalan sikit parking jauh nie tak, nak juga parking depan pagar sekolah, lepas tue ikut suka ko je nak parking kereta. Kalau nak parking depan sekolah sila la datang pukul 6.00pagi, confirm ko dapat parking best. 

Sebab aku takde anak yang nak masuk darjah 1 jadi, aku turunkan je anak-anak kat depan pagar sekolah. Lepas tue masukla korang ke kelas sendiri, pandai-pandai la cari kelas korang. Lepas hantar diorang nie sangkut dekat 20 minit agaknya depan sekolah, hampeh betul.

Lepas tue nak hantar Aqil pula. Semangat terlebih!,  Aqil orang kedua yang datang hahaha *ibu abah dia yang lebih sebenarnya*. Aqil masuk sekolah pukul 8 balik pukul 12.

Aku tunggu kejap je, lepas tue aku keluar dia selamba je, aku ingat adala drama airmata rupa-rupanya bo layan je bila aku cakap aku nak balik. Ada juga la bebudak yang nangis dia pandang je, tue tengok tengah bizi ngan kawannya.

Good boy la aqil nie sampai hari nie pun sampai sekolah je terus lari masuk kelas salam pun tak hokey sabo jela haku. Aku yang lari2 kejar dia nak salam :-)

Lepas hantar aqil, aku ajak Azam ke banting ada hal yang nak di settlekan. Balik tue siap-siap tapau nasi ayam 3 bungkus ehehehe. Lepak rumah Ateh, nak balik rumah sendiri jauh pula nanti. Masa buka pintu rumah Ateh terus teringatkan arwah mak. Ya Allah sedihnya. Kalau saat-saat macam nie selalunya mak yang paling sibuk sekali. Sibuk dengan cucu-cucunya. Suasana rumah yang sunyi tue buat aku terkenang-kenang.

Rehat-rehat kejap, pukul 11.45 aku dah nak ambik Aqil. Sampai je tengok dia dah kat luar dengan cikgunya, balik cepat sikit. Sampai rumah minta nenen hahaha. Lepakla dengan Aqil sampai dekat pukul 1 lepas tue nak ambik Azri dengan Fahmi pula. Azam tidur sebab dia kerja malam ngantuk sangat, kesian pula aku nengoknya.

Sekolah Agama Azam yang hantar bebudak sebab Aqil dah ketiduran. Pukul 5.30 ambik pula Azri dengan Fahmi. Lepas tue terus pergi kedai basikal. Esok dan seterusnya Azri dengan Fahmi kene pergi sekolah naik basikal. Transit dari rumah kakak pengasuh. Senang sikit aku, takde la nak kene pusing kampung tiap-tiap hari. Pagi-pagi aku letak je semua kat rumah kakak pengasuh, balik pun macam tue. Jimat masa dan minyak kereta. hihihi. 

Satu hal nak beli basikal kene beli 3 biji sekaligus. fitam!. Dah pilih 3 biji kene tunggu nak pasang itu ini. Hantar basikal kat rumah kakak pengasuh ngam ngam maghrib *sungguh kurang sopan*. Lepas tue tumpang maghrib kat rumah kakida sebab nak terus pergi makam malam atau omputih cakap dinner, kalau balik rumah dulu memang lepas tue tak keluarla gamaknya, aku nak masak dah malam-malam nie memang tak laratla *manjang tak laratnya pun*.

pukul 8.17 masih lagi berbaju sekolah, nie dekat kedai makan.
Balik rumah suruh anak-anak mandi kemas beg sekolah. Aku pula gosok baju sediakan beg untuk esok. Tepat pukul 9.30mlm aku hambat bebudak tido. Esok kene bangun awal sebab diorang kene naik basikal, kalau lambat nanti banyak kereta n anak-anak aku first time nak naik basikal tue macam gayat sikit hahaha.

Sebab excited melebihi segalanya diaorang takde masalah nak bangun 545 pagi. Hari ketiga tue Azri yang bangun dulu hahaha tapi bila dia tengok aku masih tido dia sambung tido balik, boleh???. Setakat nie takde masalah lagi. Alhamdulillah. Aqil pun ok bangun mandi sendiri ada juga la mood yang down aku mandikan dia *siramkan je pun sabun berus gigi semua buat sendiri*

Aqil belum dapat baju sekolah sebab takde size, masa nie dia menangis nak pegi sekolah naik basikal sebab nampak abang2nya naik basikal hahaha

Hari jumaat kena pakai baju melayu, aku kene melayan dia main basikal pepagi uhuksssssss. Dah rupa badang aku, hari-hari nak angkut basikal dia naik kereta, suruh tinggal je kat rumah maknya taknak..ggrrrrrrrr..

Azri dan Fahmi dengan basikal masing-masing

Setakat nie anak-anak happy dapat naik basikal. Aku pun tenang sikit, tak terkejar-kejar masa balik. Lagipun biar diorang rasa pengalaman naik basikal dan berdikari sikit. Anak lelaki kan. Lagipun sebenarnya tak jauh pun dari rumah kakak pengasuh tue yang aku percaya diorang naik basikal tue. Hari-hari balik sekolah cerita pengalaman diorang naik basikal eheheh. Fahmi masih takut-takut, lagi-lagi bila nak melintas jalan. Tapi abangnya n anak kakak pengasuh ada aku tak risau sangatla lagipun pakcik rela ada jaga budak-budak melintas.


Tuelah kerja budak kecik nie..
Selalunya aku sampai rumah kakak pengasuh pukul 7, nak hantar aqil 740-745 macam tue. Jadi aku melangutla depan rumah kakak pengasuh dekat 45 minit uhuksssss. Melayanlah si kecik banyak mulut nie main basikal.


hari nie dah pakai baju seragam sekolah, saiz s takde cikgu bagi saiz m. Kat bahu ok bajunya tapi panjang baju sampai lutut..hahahhahha...dah mcm baju tido pula.
Siap pakai kasut sekolah bagai, layankan. Pagi tadi dah sampai sekolah dia buka kasut nak letak kat tempat kasut sekali terpijak air hujan bertakung kat lantai. Aku pandang je dari dalam kereta dia cakap "stokin adik basah!" aku jerit kat dia "sikit je!"...hahahha. Lepas tue aku tengok dia terjenguk2 depan pintu, aku pandang je tak masuk-masuk, aku turun je tengok dia, baru dia masuk pembantu cikgu sambut,  sekali aku pandang kat air bertakung tue banyak juga airnya..mesti basah gila stokinnya..huahuahua..sian Aqil. Apa punya mak daaaaaaaaaaaaa....harap stokinnya tak berbau..ekekekkeke..

Jadi, panjang ceritanya setakat nie ok la semuanya berjalan lancar. Takde adegan lipas kudung n berpeluh-peluh setiap pagi. Anak-anak pun  bagi kerjasama yang baikkkkkkkkkkk sekali. Alhamdulillah.

Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

Irfa berkata...

aku pun sama..alhamdulillah takde pun adegan air mata maupun suara tarzan ;) siap aku gi keje mcm biasa dihari pertama buka skolah tu