22 Januari 2013

Nikmat apa yang aku nak dustakan

Entah kenapa aku menjadi sangat penggila dengan supplement. Mungkin kecewa dengan hasil luaran, kononya beralihla pula dengan dalaman. kahkahkah.kesiannnnnnnnn dia.

Tapi sebenarnya aku dah mula makan VCO (coconut virgin oil) masuk 4 bulan. Aku rasa ok. Kemudian aku terbeli pulak Kacip Fatimah dari Dr zubaidi. Kemudian tertengok pamplet shaklee lepas tue opismate pula saiko kata ok sebab dia makan vit C mukanya yang dulu berjerawat besar dah nampak cantik kemudian aku pun terorder juga tapi bukan vit C la aku order vit lain. Kacip Fatimah dan produk shaklee tue aku beli dalam bulan nie. Memang mencari nahas dikala aku takde bajet pun sebenarnya untuk semua-semua tu. Pastu ada lagi yang bukan-bukan aku beli uhuhuu.

aku tak beli untuk cantikkan kulit tapi aku beli untuk cantikkan badan..hihihi *mmg kompen cantikla sebab takde duit dah nak beli makanan..hahhahah*

Dalam minggu lepas duit aku kat bank tinggal RM18 hahahaha dan lebih bestnya tak boleh keluarkan pun 10 tue kahkahkah nampak tak betapa sangapnya aku. *Sangap yang dicari* Dalam purse adalah puluh-puluh. Memang terbaik pokainya. Nak gaji lagi 7 hari ni. Parah sangat. Pastu ada jugak hal emergency yang tak boleh dielakkan yang memerlukan duit.

Ahad malam minta belas ehsan Azam full kan tank minyak kereta..hihihihi.
Malam tadi dapat sms dari kakida. Masa tue aku dah nak tido. *Aku memang tido awal pukul 10-10.30 wajib atas katil..hihihi*.

Hari nie aku tawakal jela dengan duit 18 inggit tak bole keluar tue. Dalam purse tinggal belas2 ringgit. Pastu saje je simpan duit bantuan sekolah anak 50 inggit dalam purse mana tau emergency nak guna, kira hutang dulula hahaha. Nasib semalam pagi sarapan dan lunch di taja ehehhehe. Selamattttttttttt perut haku dari kelaparan. *teruk sangat dah bunyinya tuekan*

Dengan menurut perintah pagi tadi aku datangla rumah kakida. Pastu kakida cakap "akak nak bagi duit hasil" "eh ada ker, aku ingat akak nak bagi aku sarapan"..hahahhahhaha..memang itula yang aku pikirkan dari rumah. Tak terpikir langsung kakida nak bagi duit hasil kebun. Takdela banyak sangat cukup-cukup je nak cover sampai gaji nanti. Ala takat tanah sekangkang kera pastu pokok sawit pun jarang-jarang macam gigi orang tua..hahhahaha *jahat sangat perumpamaan tu*. Itu pun hasilnya kutip 6 bulan sekali kalau tiap2 bulan memang tak rasa apala sebab dah bagi 2 dengan tukang petik.

Rezeki yang aku tak sangka-sangka sangat sampai kat kereta buat aku terpikir dengan nikmat Allah nie. Rasa takjub dan syukur sangat-sangat. 

Nikmat apa yang aku nak dustakan. SYUKUR sangat.


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Irfa berkata...

at least,,ada juga duit terpijak.
aku?non ado..tp bersyukurlah masih mampu makan.hehe

meh la dtg sini blanja aku prosperity burger kalau berani

Cikja berkata...

eh jangan gitu kawan rezeki tak semestinya duitkan....

oit siap mencabar lagi..bukan tak berani jauhhhhhhhh wei nak kesana..hihihi..

Irfa berkata...

ye,aku bersyukur seadanya
rezki bukan duit semata2
anak2 sihat,suami sihat,mak ayah sisihat..kita sihat.itupun rezki jugak kan?
#ayat pujuk hati

Cikja berkata...

Irfa : pandai pun.. :)

#ye pujuk hati aku gak ..